Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Nasi kukus ayam goreng berempah resipi Khairulaming + sis in law, macam kedai bau rumah rasanya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dek kerana bulan puasa adalah bulan Khairulaming menyerlah sejak 9 tahun lalu, makanya puasa hari ke-6, saya buat nasi kukus ayam goreng berempah resipi KA ni. Serius penat bila buat sengsorang plus dok ralit mata dok pandang henset, pandang dapur, ke hulu ke hilir kat dapur. Belum lagi kena settlekan si bulus punya makanan dulu. Malam aje, terasa nak pengsan 😅

Anyway, berbaloilah resipi kali ni. Saya dapat belajar ilmu baru nak mengukus nasi, buat sambal yang sedap dan kuah kari nasi kukus. Yang bab ayam tu, saya guna resipi adik ipar plus KA juga (tak lari jauh pun bezanya).

Meh saya kongsikan step by step buat nasi kukus ayam goreng ni. Anda perlukan at least 2 jam di dapur untuk siap. 

Bahan untuk ayam goreng berempah:
1/2 ekor ayam dipotong ikut saiz yang disukai
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
5 batang serai
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 tangkai daun kari
Sedikit air untuk kisar bahan
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Masukkan ke dalam pengisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, biji ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan sedikit air. Kisah hingga 90% lumat. Tips penting: Tapis bahan kisar ini dan masukkan hanya bahan kisar dengan 1/4 cawan air kisar ke dalam mangkuk berisi ayam. 
2. Masukkan serbuk kunyit, garam, rempah kari, serbuk cili dan 1 tangkai daun kari ke dalam mangkuk ayam. Gaul mesra kesemua bahan tadi. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Bila hendak menggoreng, panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Tips penting: Goreng ayam sahaja tanpa bahan kisar rempah ratus tadi. Setelah semua ayam siap digoreng, barulah goreng bahan kisar lumat tadi. Goreng guna api sederhana dan masukkan baki daun kari 2 tangkai tadi ketika menggoreng. Goreng sehingga warna bertukar menjadi coklat. Angkat dan tapis minyaknya.
4. Setelah minyak tersejat, taburkan rempah goreng tadi ke atas ayam goreng. Hiaskan dengan daun kari dan cili padi.

ayam goreng berempah

Bahan untuk nasi:
2 pot beras
Air untuk memasak dan mengukus
Periuk kukus


Penyediaan:
1. Basuh beras macam biasa. Kemudian, masukkan beras ke dalam loyang atau mangkuk kecil untuk

Nasi Temasik, resipi rare dari ma


Assalammualaikum & Salam sejahtera. Resipi nasi temasik ni terjumpa masa cari resipi biskut dalam buku resipi mama yang gedabak. Bila tengok bahan, takdelah susah sangat. So, apa lagi, pi kedai kita pun cari. Alhamdulillah bila dah siap masak, sedap rasanya cuma akak terlupa letak garam (kat dalam buku pun ma terlupa tulis).So, ini resipi yg proper. Hopefully kena dengan tekak anda seisi keluarga. 😊

Bahan:
5 pot basmati yg dibasuh bersih, direndam 15 minit & ditoskan.
5 biji bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
3 sudu besar minyak sapi
1/2 cawan minyak masak
2 helai daun pandan
1 tin susu cair
Air secukupnya untuk memasak beras
1 sudu kecil garam
5 biji cengkih
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
Pewarna merah/hijau/kuning untuk dititis pada nasi
Air mawar untuk direnjis
Bawang goreng/gajus/badam untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan tumis (cengkih, kayu manis, pelaga) sebentar. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Masak hingga layu.
2. Masukkan daun pandan & beras. Goreng sebentar & masukkan susu cair, air & garam. Tutup tudung periuk & biarkan nasi masak.
3. Setelah masak, renjiskan air mawar di permukaan nasi & kemudian buatkan 3 lubang kecil bagi memasukkan sedikit pewarna tadi. Tutup periuk nasi & biarkan selama seminit. Kemudian, gaul perlahan nasi & boleh dihidang serta dihias dengan bawang goreng/badam atau gajus. Nasi temasik ini enak dengan makan dengan lauk kenduri, rendang ataupun lauk biasa yang anda suka. 

Nasi Kerabu yang menggamit nostalgia


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan semua. Nasi kerabu yang menggamit nostalgia time 'tandus duit' ketika belajar.

Dek kerana Allah beri rezeki banyak bunga telang berkembang sehari dua ni, saya decide nak cuba masak nasi kerabu. Menu yang tak pernah terlintas nak buatnya.

Menu nasi kerabu ni sangat saya syukur sangat dapat kenalnya waktu belajar di Kelantan. Ia menu murah yang sedap & banyak. Dengan harga hanya RM1.50 (jika tak silap), kami boleh dapat sebungkus nasinya berserta dengan keropok & telur masin. Jika ada duit lebih, saya minta ikan seekor atau ayam seketul. Berkira-kira sangat dengan duit masa tu.

Dan bila saya cuba masak nasinya kali ini, warna birunya tidaklah seperti diharapkan. Barangkali kuntuman bunganya tidak cukup banyak untuk menaikkan warnanya.

Untuk anda cuba masak nasi ini, masak seperti nasi biasa aje. Cuma letak daun pandan dua helai & beberapa kuntum bunga telang yang belum direndam air panas. Sediakan juga air rebusan bunga telang dalam beberapa cawan.


Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:

12 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
½ labu bawang putih
1 inci halia
2 cawan air

Nasi Briyani Ala Pakistan Yang Mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu nasi briyani ala Pakistan ni mudah sangat. Dan tak perlu guna minyak sapi. Hanya guna minyak zaitun aje. Itupun dalam 3 sudu besar untuk 5 pot beras. Jimat sangat. 

Lauknya, jika ikutkan di web, ada menu ayam tersendiri tapi dek kerana orang request nak makan dengan ayam kicap mulberi, maka kita just masak nasi. Itupun dah bertambah bila makan. 

Bahan:
5 pot basmati (dibasuh bersih, direndam 1/2 jam & tapis)
7 pot air (untuk air, lebihkan 2 pot dari beras)
3 sudu besar minyak zaitun
8 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai bay leave
1 sudu kecil garam
1/4 cawan susu cair
3 sudu besar yogurt
Sedikit pewarna kuning / safron

Bahan hiasan:
7 biji telur rebus
5 biji kentang kecil direbus
2 batang cili hijau dipotong seinci-seinci
Bawang goreng
Kacang gajus atau badam
Sedikit kismis

Penyediaan:
1. Di dalam periuk nasi, masukkan air, minyak zaitun, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, bay leave & garam. Masak sehingga air mendidih.
2. Masukkan beras, kacau seketika & biarkan masak sehingga nasi hampir 80% masak.
3. Kemudian, masukkan yogurt & susu cair. Kacau sebentar & biarkan nasi masak sepenuhnya. Bila periuk nasi dah bermula tanda nasi masak, masukkan beberapa titik pewarna kuning ke atas nasi. Tutup penutup periuk nasi & biarkan ia seketika (lebih kurang 5-7 minit). Selepas itu, gaul perlahan-lahan nasi & pewarna tadi agar nasi tidak patah.
4. Untuk hidangan, masukkan nasi briyani Pakistan ini ke dalam mangkuk nasi & taburkan bahan hiasannya iaitu kacang gajus, telur rebus, kentang rebus, cili hijau, bawang goreng & kismis.

Bubur nasi yang rasa macam bubur lambuk


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya guna baki sup ayam berempah sehari sebelumnya. Selalunya memang begitu. Cuma kali ni, rasa buburnya mirip kepada rasa but lambuk. Sedap sangat rasanya. Mak mertua pun elok aje makan. Sedap kat tekak dialah agaknya.


Untuk resipinya, boleh aje ke resipi sup ayam sebelum ni. Cuma tambahkan 1 cawan beras yang telah dibersihkan.

Nasi goreng mentega yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tq so much Tuanku @airtangan_tunkuazizah untuk video resipi yang dikongsikan di IG. Excited nak cuba sebab bahannya ringkas sangat. Cuma kami punya tak letak cili sebab parents in law tak makan pedas. Alhamdulillah, suami pun suka 😊


Untuk rakan2 nak cuba, ini versi saya. Saya guna apa ada di dapur aje. Lepas masak, makan aje dengan keropok goreng yang digoreng lepas tu.

Bahan:
3 cawan nasi putih berbaki semalam
1/2 cawan mentega
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih didadu
4 biji fishball dihiris
2 biji telur
1/2 cawan mix vege
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan mentega. Selepas mentega cair, masukkan bawang besar & bawang putih. Setelah sedikit garing, masukkan fishball. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar.
2. Selepas itu, ketepikan sedikit bahan goreng tadi & masukkan 2 biji telur. Kacau sekali sekala agar telur tidak terlalu pecah.
3. Kemudian, masukkan nasi & mix vege. Kacau sehingga mesra. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & siap dihidang.

Nasi Briyani Johor, takdelah susah mana nak membuatnya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. My 1st attempt untuk cuba masak nasi briyani Johor. Alhamdulillah jadi. Kejadiannya catik, rasanya sedap dan wangi satu rumah dengan aroma nasi ni. 

Harini janji dengan Rudy sama-sama nak buat menu nasi kandar. Jadinya, saya ambil part masak nasi & lauk pauk manakala dia goreng ayam & goreng popodam + food tester lauk. Plus, kali ni saya masak letak kas kas. Pergh!! Kesedapan dia next level. 

Thanks @aziekitchen untuk resipi saya ambil di web. Ini resipinya. Saya ada tambah tolak skit ikut bahan yang ada.

Bahan:
7 pot beras Basmathi
2 biji buah tomato - direbus
1 helai daun pandan
7 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
1 sudu kecil garam
1/4 cawan susu cair
Sedikit pewarna kuning

Bahan kisar basah:
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan kisar kering:
2 sudu besar rempah ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil kas kas


Penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan.
2. Masukkan bahan kisar basah & kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering & tomato yang direbus tadi.


3. Masukkan pila beras & goreng seketika. Tuang air secukupnya & garam.
4. Masak nasi seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata & tutup periuk.
5. Bila air telah kering, titis pewarna kuning & tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru kacau rata. Siap dihidang nasi briyani Johor kita untuk keluarga.


Menu Nasi Goreng Ikan yang sedap & jangan membazir


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Dah 5 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia. Jadinya, antara langkah penjimatan saya untuk keluarga, nasi & ikan goreng semalam yang ada, kita buat nasih goreng ikan. Sedap sangat rasanya. Kalau dapat makan dengan keropok, lagi tambah sedapnya.

Ia menu mudah yang mampu bangkitkan selera. Siap bekalkan untuk encik hubby lagi untuk dia makan sarapan di ofis. Kedai makan kan tutup. Yang bukak cuma fast food. Jadinya, ini yang sesuai. Nak pedas, letak aje sambal cili atau cili padi masa goreng tu. 15 minit dah settle.

Bahan:
3-4 cawan nasi putih
2 ekor ikan kembung goreng. Carikkan isinya. Buang tulang
1 biji bawang besar dihiris
3 sudu sambal bilis / 3 sudu cili giling
2 biji telur
2 tangkai kacang panjang dipotong kiub
Sedikit kicap
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api sederhana. Selepas itu, masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula sambal bilis atau cili giling. Masak hingga sedikit garing. Masukkan sedikit kicap & air. Kacau. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan pula telur. Kacau perlahan-lahan. Setelah telur separuh kering, masukkan nasi putih, ikan & kacang panjang. Kacau hingga semuanya mesra. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar & siap menu nasi goreng ikan kita.

Kuah Kacang Yang Sedap dinikmati dengan nasi impit mahupun sate.


Kuah kacang yang sedap untuk nasi impit. Rasa macam hari raya pula bila buat menu ni. Menu yang sedap juga bila makan dengan kuah lontong.

Untuk yang teringin nak buat untuk minum petang ni atau sarapan esok, ini resipinya. Nak lagi sedap, guna gula melaka atau gula anau.

Bahan:
500gm kacang tanah
2 biji bawang besar dihiris
1 cawan cili giling
1 cawan gula melaka/gula anau/gula putih
1 cawan minyak sayuran
3 cawan air
1 sudu besar garam halus

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & sangai kacang tanah. Masak tanpa minyak ni sehingga kebanyakan kulit kacang kehitaman & dengar banyak bunyi letupan kecil kulit kacang. Tutup api & letak kacang atas dulang & sejukkan seketika. Kemudian, ramas kacang untuk membuang kulitnya (jika kulit tak dibuang, kuah kacang akan rasa pahit).


2. Setelah settle buang kulit kacang. Masukkan kacang ke dalam blender. Masukkan air sedikit agar bahan dapat dikisar 80% lumat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali besar. Setelah panas, masukkan hirisan bawang. Setelah naik bau, masukkan cili giling & masak hingga naik minyak.


4. Masukkan pula kacang yang dah dikisar. Kacau sebentar & masukkan air. Kacau hingga mesra. Setelah menggelegak, masukkan gula & garam ke dalam kuah. Kacau hingga mesra. Kuah kacang mesti ada rasa manisnya. Masak hingga kuah menggelegak & mengeluarkan sedikit minyak. Tutup api & biarkan kuah kacang sejuk sedikit baru dihidang. Siap.



Nasi Minyak, Menu pagi raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dek kerana mama kata dah boring asyik buat nasi tomato dan nasi daging aje time raya, so harini dia minta buat nasi minyak.
 
Maka, saya guna resipi @matgebu . Dah lama tak buat menu nasi minyak ni & Alhamdulillah menjadi. Famili yang datang beraya pun happy aje makan. 

Bahan:
5 1/2 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
5 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih# (#rempahtumis)
Sedikit pewarna kuning & hijau

Penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah tumis & bawang besar hingga harum. Masukkan bahan kisar & daun pandan. Tuang air & biarkan ia mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam & gula. Bila mendidih, padamkan api &tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata & masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang & masukkan pewarna kuning & hijau. Biar nasi betul2 masak.
4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu. Angkat & letakkan dalam bekas nasi. Tabur bawang goreng & hirisan daun sup/bawang. Siap nasi minyak di hari raya.

Nasi Goreng Jagung dengan Ayam Masak Kicap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Selalu kita dengar atau makan, nasi jagung. Kali ni cuba buat nasi goreng jagung pula. Mungkin anda terfikir akan manisnya jagung tapi bila diletak dengan cili padi & lada hitam dalam kuah kicap, sedap. Lagi-lagi makan time panas-panas. Confirm bertambah.

Bahan:
2 mangkuk nasi putih
1 tongkol jagung rebus disisirkan jagung dari tongkolnya
5 tangkai cili padi
1/2 biji bawang besar dihiris
1 ketul isi ayam masak kicap dipotong dadu berserta kuahnya sedikit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Setelah panas, masukkan bawang besar. Kacau hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan kuah ayam masak kicap & ayamnya. Kacau-kacau sebentar.
2. Masukkan pula telur. Kacau sesekali agar telur tak terlalu hancur. Selepas itu, masukkan nasi, jagung & cili padi. Kacau sebentar & kemudian masukkan garam. Kacau hingga mesra. Siap nasi goreng jagung kita. 

Nasi Goreng Rendang, baki rendang yang ada jangan dibazirkan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu nasi goreng rendang ni tetiba muncul bila teringat kat abah saya waktu dia muda-muda dulu. Dia akan masukkan apa sahaja baki / lebihan lauk yang ada dalam fridge untuk buat nasi goreng. Itulah selalunya menu kami adik beradik bila mama dah tak ambil servant & kami dah semakin besar dan boleh jaga diri.

Kalau ikutkan, antara nasi goreng masakan abah & mama, kami lebih prefer abah. Dia pandai masak benda goreng-goreng manakala mama lebih pandai memasak lauk dan kuih.

Anda boleh cuba jika masih ada lagi baki rendang dalam peti ais ya.

Bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 ketul ayam rendang diambil isinya (jangan basuh, biarkan kuah rendang yang melekat pada ayam tu)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
2 tangkai kacang panjang
1 biji telur
2 tangkai cili padi dipotong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, goreng bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling. Kacau seketika & masukkan air. Kacau & biarkan cili masak sebentar.
2. Selepas itu, masukkan pula isi ayam rendang. Kacau & masak dalam 2 minit. Masukkan pula telur & dadarkan sedikit. Masukkan pula kacang panjang & nasi. Gaul hingga mesra. Masukkan pula cili padi & garam secukup rasa. Masak sebentar & siap nasi goreng rendang kita.

Nasi Goreng Cina


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Nasi goreng cina ni, masa muda-muda dulu, memang tak pernahnya masak kalau menjadi. Ada aje slack di mana-mana. Dan sekarang, Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki dapat memasak masakan yang dulu tak pandai dan juga makanan yang baru.

Dulu masa belajar, nak masak nasi goreng ni pun tak berapa jadi. Alhamdulillah sekarang, ok lah rupa & rasanya :)

Guna baki nasi putih semalam. Jangan membazir. Menu mudah untuk sarapan.

Bahan:
2 cawan nasi sejuk
3 ketul fishball dihiris
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji telur pukul sedikit
2 tangkai kacang buncis dihiris
1/2 batang lobak merah dipotong bulat & belah dadu
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
Hirisan daun bawang
Cili merah dihiris

Penyediaan:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak kemudian tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan fishball & goreng seketika. Tambah lobak merah & kacang buncis. Kacau & masak seketika.
3. Ketepi isi kuali, masukkan telur, kacau seketika & bila telur kelihatan berketul, masukkan nasi & lada sulah. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa & masak seketika. Tutup api. Letakkan nasi goreng cina dalam mangkuk & hiasakan dengan daun bawang & cili merah.

Nasi Goreng Panas, Pedas & Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu nasi goreng ni jika makan panas-panas, pedas-pedas & rangup ikan bilisnya sekali dengan serunding daging, pergh!! Mau capai senduk kali ke-2. Pasti.

Nak dapatkan nasi goreng yang cantik & terliur orang menengoknya, pastikan nasi putih tu sejuk/suhu bilik & dah 3-4 jam dari waktu memasaknya. Jika masa nasik putih tu panas korang goreng, alamatnya nasi jadi cepat lembik & melekat-lekat dalam kuali. Jika ikut member cina time kerja dulu, dia akan guna nasi putih yang simpan dari waktu malam hingga siang.

Bahan:
1 pinggan nasi putih
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 batang cili padi
2 batang cili merah
1/2 cawan air
1 biji telur
3 batang kacang buncis dipotong pendek
1 sudu kecil belacan bakar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, belacan & air.
2. Panaskan kuali & 3 sudu minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau & bahan sedikit kering.
3. Masukkan pula telur. Kacau & biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi putih & kacang buncis. Kacau hingga sekata. Masukkan pula garam secukup rasa. Gaul seketika & siap. Taburkan ikan bilis goreng diatas nasi goreng ini.

Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah sesuai untuk sarapan mahupun makan tengahari


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Nasi lemak dan ayam goreng berempah untuk hubby dan keluarga yang dah seminggu pulang dari Tanah Suci Makkah. Kat sana depa dok makan nasi arab aje. Nak makan nasi lemak kena dengan tekak sendiri, ada satu dua tempat aje kat sana. Itupun kena tunggu ada ruang kosong untuk duduk.

Hari Isnin lalu, saya masakkan mereka nasi lemak ayam berempah. Masing-masing dah rindu nak makan makanan Malaysia yang pelbagai rasa dengan pelbagai rempah ratusnya.

Encik suami cerita, satu pek nasi lemak yg dijual di Makkah, SR27. Itupun kira macam nasi lemak biasa. Mahal mungkin kerana kos bahan yang dibawa masuk & sewaan kedai barangkali.
Manakala nasi arab yang portionnya boleh 3-4 orang makan, baru SR15. Hmmm... beza...

So, jom saya kongsikan nasi lemak versi saya untuk keluarga. Moga semua happy bila menjamu selera. :)

Nasi Lemak.
Bahan:

4 cawan beras dibasuh bersih & direndam dalam 10 minit & tapis.
1 biji santan kelapa / 1 kotak
1 batang serai
1 helai daun pandan
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris nipis
6 cawan air (untuk dicampur dengan santan)
1/4 sudu garam

Penyediaan:
1. Selepas beras ditapis, masukkan semuanya dalam satu bekas periuk nasi. Gaul mesra seketika dan masak guna rice cooker.
2. Bila hampir masak, gemburkan nasi guna garfu/chopstick. Biarkan hingga masak. Siap.

Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan:
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 biji bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala. 
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula ikan bilis dan juga bawang besar. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam lagi. Jika dah puas hati dengan rasanya, tutup api dan siap.

Telur Rebus:
1. 4 biji telur dicuci bersih 
2. 1 sudu kecil garam
3. Air untuk merebus 

Penyediaan:
1. Rebus telur di dalam periuk yang berisi air melebihi paras telur tersebut. Sebaiknya 1/2 air dari ketinggian periuk. Masukkan 1 sudu kecil garam. Ia ada bahan yang mampu membuatkan telur anda mudah dikopek dan halus sahaja.
2. Rebus telur dalam 10-15 minit dan buang air panasnya. Biarkan telur sejuk sendirinya dan kemudian kopek kulitnya. Potong dua. Bila nak makan nasi lemak, letakkan semuanya dalam satu pinggan ya.

Untuk resipi ayam goreng berempah, boleh klik aje resipi ni... Ayam Goreng Berempah...

Happy cooking


Nasi Ayam Bakar Madu sungguh gebusss...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Nasi ayam. Rasanya semua rakyat Malaysia sukakannya. Jika ada yang tak suka, mungkin ada sebabnya yang tersendiri.

Resipi yang saya nak kongsi ni, saya ambil dari web Che Mat Tiffinbiru. Dari dulu sampai sekarang, saya suka cari idea nak masak apa dari blog dia. Dan selalunya resipi yang dikongsikan 95% menjadi. Betul... Tak tipu punya. Arwah makcik saya yang tak makan pasta pun boleh makan pasta dibuatnya.

Kali ni saya gunakan resipi nasi ayam bakar madu dari webnya. Ada beberapa perkara yang saya kurang sebab ada bahan yang tak ada di rumah mak saya ni. Kiranya, guna ajelah apa yang ada. But still sedap tau...


NASI AYAM.....
Bahan-bahan:
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 45 minit dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar penuh majerin (planta)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Daun salad
Hirisan timun dan tomato secukupnya

Penyediaan:
Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, daun pandan dan bunga lawang hingga harum, masukkan beras basmathi, gaul rata dan goreng 1 minit, guna api sederhana dan kacau selalu. Matikan api.
Pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air rebusan ayam, masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak hingga nasi masak. Gemburkan dan off suis periuk nasi. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama daun salad, hirisan tomato, timun, sup ayam, sos dan ayam bakar madu...

SUP UNTUK NASI AYAM....
Bahan-bahannya:
6 - 8 kaki ayam / 2 bahagian dada ayam
2 inci halia, dititik*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kiub pati ayam (optional)*
1 camca teh lada hitam kisar
4 liter air (atau secukupnya)
1 sup bunjut Adabi
1 biji kentang, kupas dan potong kiub

Penyediaan:
Kaki / dada ayam dicuci bersih dan kerat. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan bahan-bahan bertanda (*), kacau dan masak hingga menggelegak, kemudian sederhanakan api dan terus merenih selama 45 minit (kalau kurang kuah, tambah air lagi) jika ada seakan-akan buih timbul dipemukaan sup, keluarkan. Asingkan 5 1/2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.
Kemudian masukkan sup bunjut, lada hitam kisar dan kentang. Masak lagi hingga kentang empuk. 

AYAM BAKAR BERMADU....
Bahan-bahan:

6 kepingan kepak ayam bersaiz besar / apa sahaja bahagian ayam yang anda suka
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
Sedikit majerin

Penyediaan:
Cuci bersih kepak / bahagian ayam, kemudian cucuk-cucuk dengan garfu pada semua bahagian. Masukkan dalam satu bekas. tambah semua bahan2 diatas kecuali garam dan majerin. Gaul rata pada semua bahagian kepak ayam, tambah garam secukup rasa dan perap 5 - 6 jam dalam peti sejuk....
Panaskan kuali ajaib dengan sedikit majerin, kemudian susun kepak ayam tadi dan ketepikan jus yang terhasil dari bahan perap tadi. Kecilkan api dan tutup kuali. Masak 10 minit. Sementara itu, jus perapan dimasak hingga pekat sedikit. Gunakannya untuk menglis ayam semasa proses membakar. Ayam akan masak kurang lebih 25 minit... Boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi..

SOS UNTUK NASI AYAM...
Bahan-bahan:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah saiz sederhana, potong kecik
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
2 cawan air
3 camca besar gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam

Penyediaan:
Kisar cili, bawang putih dan tomato dengan 2 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalau.
Masukkan kiub ayam dan cuka makan. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Perlahankan api, tuang bancuhan tepung jagung (kacau sebelum dituang) dan kacau hingga sebati dan terus memasak hingga pekat. Matikan api dan biar sejuk. 

Happy cooking

Resipi Kimbap @ Sushi @ Pulut Gulung untuk semua :)


Assalammualaikum semua... Hari ni try resipi kimbap @ sushi @ pulut gulung. Dek kerana fenomena Korea ni dah hampir 3 tahun dan sehingga sekarang ini masih lagi kuat (mana taknya, siapa yang kaki 2 days 1 night atau Running Man mesti tunggu aje cerita tu bila time slotnya), saya pun tetiba ada rasa macam nak buat kimbap. Kan dah gi ngetest makan kimbap kat 2 kedai makan korea sebelum ni, so, rasa tu memang tak larilah kan. Masuk aje dek tekak ni.

Dan sudah ditakdirkan Allah, tetiba kawan saya di FB pun sarankan saya buat aje kimbap sendiri. Dia pun dok sarankan beras mana yang sesuai dan siaran kat you tube mana yang patut digunakan untuk cara memasaknya. Dan... Alhamdulillah, masa Hari Raya Aidil Adha baru ni, saya dan adik perempuan saya akhirnya berjaya membuat kimbap korea. Seronok gitu...
Dan yang paling seronoknya, bila our parents yang bukannya suka sangat makan benda pelik2 ni akhirnya menyumbat juga kimbap ke mulut dalam seketul dua. Mak mertua adik saya pun boleh aje makan kimbap ni. Kami suka suka suka tengok mereka makan.... Mungkin barangkali beras yang digunakan rasanya sedikit macam pulut. Itu yang mereka suka dan boleh masuk ke mulut.

Jom saya kongsikan bahan-bahan untuk buat kimbap ni. InsyaAllah senang. :)

Bahan-bahan:


1. Beras short grain (saya guna jenis Sumo mcm gambar di atas). Beras ni ketot-ketot aje tau. Lagi ketot dari beras yang kita biasa makan di Malaysia.
2. Seaweed atau rumpai laut yang dileperkan (alah... macam dalam gambar di atas). Pastikan anda cari yang ada logo halal ya sebab kalau yang semuanya bahasa asing, susah juga sebab tak tau kandungan apa yang ditulis dalam bahasa tu).
3. Minyak bijan
4. Minyak masak (sedikit aje gunanya)
5. Telur 2-3 biji (bergantung berapa banyak anda nak buat kimbap ni)
6. Sebatang lobak merah
7. Sebatang timun
8. Sosej (ayam atau daging, bergantung pada mana yang anda suka)
9. Sedikit garam
10. Bamboo mat atau dalam bahasanya tikar bamboo kecil (boleh le kot ayat ni, hehehee...)

Cara-cara penyediaan (Gambar penyediaan ada di bawah ya. Silalah scroll... :

  1.  Masak nasi dalam 3 pot. Cuci beras macam kita selalu masak tu. Selalunya kalau 3 pot beras, airnya mesti 6 pot. Dan selalunya, jika 3 pot beras anda masak, anda akan dapat dalam 6 gulung panjang kimbap tu.
  2. Masa menunggu beras masak, kita goreng telur dadar. Tarukkan secubit garam dalam adunan telur tu. Goreng seperti biasa. Potong memanjang bila sudah masak.
  3. Buang kulit lobak merah dan potong memanjang seperti mana macam telur juga.
  4. Untuk timun pula, potong kedua-dua hujungnya dan potong memanjang seperti lobak tadi cumanya, jangan ambil bahagian tengah timun yang berair. Tak sesuai untuk diletakkan dalam kimbap. Takut cepat basi. Potong memanjang timun tersebut, Jangan nipis sangat tau. At least, sebesar saiz jari kelingking.
  5. Sosej pula, anda potong empat bahagian memanjang. Sama seperti timun dan lobak.
  6. Goreng lobak merah yang dipotong ke dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak. Sedikit aje tau. Kemudian angkat dan ketepikan.
  7. Goreng sosej pula dengan minyak yang sedikit. Setelah agak masak, angkat dan ketepikan. Saya sarankan anda lap minyak yang ada pada sosej dan lobak agar ia tidak terlalu berminyak di dalam gulungan kimbap. Untuk kesihatan juga kan...
  8. Setelah nasi masak, dan agak suam-suam, masukkan ke dalam satu mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan ke atas beras dan letakkan beberapa cubit garam. Tang ni, ikut citarasa anda. Kiranya suka rasa tawar, kurangkan garam. Tapi kalau nak sedap, suka-suka hatilah bak kata Chef Amar... Gaul nasi, garam dan minyak minyak itu agar mesra. 
  9. Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat ke atasnya dan letakkan pula sekeping seaweed ke atasnya. Letakkan sedikit nasi yang telah digaul tadi sedikit demi sedikit di atas seaweed dan benyekkan nasi tersebut. Macam gambar kat bawah ni. Benyek keliling kepingan seaweed tu tapi yang dihujung tu jangan taruk banyak sangat sebab takut bila digulung nanti, nasi terkeluar di hujungnya. Tak cantik sangat dah kimbap tu dan membazirlah kan... 
  10. Kemudian, ambil timun dan letakkan ditepi sekali. Ambil sosej, telur dan lobak merah dan letakkan rapat-rapat. Ala-ala macam bertindan.
  11. Bila hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelek ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap tu. 
  12. Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang. Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari. Kalau rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati... :)
  13. Dah siap potong semua, bolehlah dihidangkan kimbap tadi di atas pinggan panjang atau bulat. Enak dimakan dengan mayonis, sos black pepper dan paling 'hebat' sekali adik saya buat, dibantainya makan dengan sambal tumis ikan bilis. Hehehe...







HAPPY COOKING EVERYONE...

My 1st attempt making Nasi Minyak... :)

Alhamdulillah, 1st time saya buat nasi minyak dan jadi. Senyum aje sambil taip entri ni. Hehehehe...
Saya akui, saya memang tidak pandai sangat masak memasak ni. Kekadang jadi kekadang hancus. Bila jadi, mestilah sukakan. Cuba kalau fail, tidakkkkk....

Meh saya kongsikan resipi Nasi Minyak yang diambil dari blog Tiffinbiru Che Mat. Thanks a lot Che Mat for sharing your knowledge on cooking. Amat bermakna buat saya yg biasa2 aje memasak ni :)

Gambar ehsan dari encik google.

BAHAN-BAHANNYA :
4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 camca besar minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
Sedikit pewarna kuning atau warna hijau (mana yg adalah)

** Oleh kerana family saya ramai, saya triplekan bahan2 di atas **

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. 
2. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
3. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
4. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.
5. Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus sebelum menghidang nasi minyak kita pada keluarga.

Happy cooking everyone...

Resipi nasi arab kabsah madinah, resipi dari Roza Roslan yang tak mengecewakan

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Segala puji bagi Allah yang memberikan saya kekuatan untuk berkongsi lagi resipi yang Alhamdulillah, menjadi bila mencubanya untuk kali pertama, Nasi arab kabsah madinah.  

Terima kasih kepada penulis buku Aroma Antara Benua kerana berkongsi resipi yang mudah, sedap dan menarik untuk saya mencubanya. Bila saya kongsikan masakan yang dimasak, ahli keluarga dan anak2 sedara yang 'nakal' pun sukakannya. :) (nakal tapi itulah penyeri kami sekeluarga).

First, saya nak kongsikan resipi Nasi Arab Kabsah Madinah (Lain kali saya kongsikan resipi lain yang saya dah cuba). Saya berani mencuba nasi ini kerana masa saya berjalan di pasaraya Giant, ternampak satu botol rempah yang bertulis rempah kabsah. Saya tanya pada penjual di gerai yang menjual barangan2 Arab dan kurma sama ada rempah itukah yang digunakan untuk memasak nasi arab. Dia hanya berkata, "Ia kot kak. Saya pun tak pasti. Saya jual aje." Saya hanya tersenyum. Dan, bila buku Aroma Antara Benua dah ada di tangan dan ternampak akan resipi Kabsah Madinah, terus saya teringatkan tentang rempah tersebut. Saya pasti, inilah rempah yang dimaksudkan. So, jika anda ingin mencuba mendapatkan rempah kabsah atau mandy, boleh dapatkannya di kedai2 kecil di dalam pasaraya Giant, Carrefour, Tesco atau kedai2 yang menjual barangan Arab seperti di area Ampang Point.

Kabsah Madinah


Bahan-bahan untuk 4-5 orang makan:
  1. 4 cawan beras panjang (brasmathi)
  2. 4 cawan air panas
  3. 1/2 cawan susu segar / yogurt
  4. 1 ekor ayam - dibelah 4 atau 8 
  5. 1/4 cawan minyak sayuran
  6. 2 biji bawang besar dimayang
  7. 4 ulas bawang putih dicincang
  8. 4 tangkai bunga lawang
  9. 4 tangkai bunga cengkih
  10. 4-6 biji buah pelaga
  11. 2 batang kulit kayu manis
  12. 1-2 sudu besar rempah kabsah
  13. 2 sudu besar puri tomato
  14. 2 biji buah tomato besar dicincang kasar
  15. 2 batang lobak merah diparut kasar
  16. 1 biji oren - diparut kasar kulitnya
  17. 5 biji lada hijau
  18. Garam & lada hitam
Penyediaan:
  1. Rendamkan beras sekurangnya satu jam. Tuskan airnya dan ketepikan.
  2. Panaskan periuk. Kemudian tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga, bersama hirisan bawang besar menggunakan minyak sayuran. Biarkan sehingga bawang wangi dan keperangan.
  3. Kemudian masukkan puri tomato, bawang putih dan buah tomato. Kacau beberapa minit dan masukkan ayam yang telah dipotong.
  4. Masukkan 3 cawan air panas, parutan lobak merah, kulit oren, rempah kabsah, garam dan lada hitam ke dalamnya. Masak dengan api sederhana selama 20-25 minit atau sehingga ayam empuk.
  5. Keluarkan ayam dari air rebusan dan ketepikan.
  6. Masukkan beras ke dalam periuk yang sama (sukat air rebusan agar menjadi 4 cawan). Tambahkan air panas jika perlu dan susu segar/yogurt ke dalamnya. Masak selama 30-40 minit atau sehingga nasi mula mengering.
  7. Tutup periuk nasi dengan penutupnya dan kecilkan api. Masukkan lada hijau ke dalamnya. Padamkan api apabila nasi telah masak.
Nasi Arab ni boleh juga anda buatkan jelatah timun dan nanas untuk makan dengannya. 

Untuk sos pedasnya atau dipanggil Salatha, ini bahan2nya:
1. 4 biji tomato besar - dibuang biji
2. 1 bawang besar 
3. 4 biji cili hijau
4. Setangkai daun ketumbar atau pudina
5. 1/4 cawan air
6. Garam & gula secukup rasa
7. Sesudu besar jus lemon

Penyediaan:
1. Masukkan tomato, bawang merah, lada hijau, daun ketumbar/pudina, air, aram & gula ke dalam mesin pengisar.Kisar semua bahan sehingga agak lumat.
2.Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus lemon. 

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...