Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 23 Julai 2018

Nasi Goreng Panas, Pedas & Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ni jika makan panas-panas, pedas-pedas & rangup ikan bilisnya sekali dengan serunding daging, pergh!! Mau capai senduk kali ke-2.

Nak dapatkan nasi goreng yang cantik & terliur orang menengoknya, pastikan nasi putih tu sejuk/suhu bilik & dah 3-4 jam dari waktu memasaknya. Jika masa nasik putih tu panas korang goreng, alamatnya nasi jadi cepat lembik & melekat-lekat dalam kuali. Jika ikut member cina time kerja dulu, dia akan guna nasi putih yang simpan dari waktu malam hingga siang.

Bahan:
1 pinggan nasi putih
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 batang cili padi
2 batang cili merah
1/2 cawan air
1 biji telur
3 batang kacang buncis dipotong pendek
1 sudu kecil belacan bakar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, belacan & air.
2. Panaskan kuali & 3 sudu minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau & bahan sedikit kering.
3. Masukkan pula telur. Kacau & biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi putih & kacang buncis. Kacau hingga sekata. Masukkan pula garam secukup rasa. Gaul seketika & siap. Taburkan ikan bilis goreng diatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...