Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 29 April 2009

Padamu sahabat

Awal minggu lalu saya mulakan hari dengan ceria. Saya tengok emel, melayari website dan berchatting (sebelum memulakan aktiviti D.O.). Entah macam mana, sedang enak berchatting, seorang rakan saya mula bertanyakan soalan yang agak pelik. Saya sudah rasa ada something wrong dengan question tersebut. Saya tetap jawab dengan tenang dan tanpa berselindung. Entah macam mana, tiba-tiba dia mula mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang rakan saya yang seorang ini. Saya pelik. Bukankah sebelum ini mereka bersahabat baik. Masing-masing sudah tahu pe'el masing-masing tetapi mengapa mesti merujuk pada saya yang kalau diikutkan baru setahun mengenali mereka. Walau bagaimanapun, saya tetap memberi pandangan yang baik buat dia dan rakannya itu. Ini kerana saya tidak mahu melihat mereka terlalu emosi dan mula tidak menghormati antara satu sama lain. Sayang benar rasanya jika tali persahabatan yang dibina putus separuh jalan. Benar-benar sayang.

Saya harap selepas ini hubungan mereka dapat dipulihkan. Saya sayangkan mereka berdua walaupun tempoh perkenalan itu singkat. Padamu ya Allah, saya berharap Kau pulihkan kembali hubungan mereka dan bantulah mereka mengikut jalan Kau yang lurus...

Rabu, 22 April 2009

Dah bedah...

Alhamdulillah, suami saya dah selamat operation gigi bongsunya. Sekarang ni tengah nyenyak tidur (kene ubat bius kot). Bila dia nampak je anak sedaranya yang 3 tahun mesuk bilik, terus dia mintak dikeluarkan. Bukannya suami marah, cuma takut dia terlompat atas muka suami saya. Bab-bab melompat, bermanja dan mengada-ngada dengan suami saya, dia memang nombor 1. Tengah syok dia melompat, tak pasal-pasal tersiku pipi suami saya dah berdarah balik tempat operation tu. Naya sangat tu.

Masa suami balik tadi, saya tengok dia macam ok. Bila dah masuk rumah jer terus tanya dia, sakit sangat ke? Dia kata tak lah sakit macam operation yang 1st dulu. Lega hati mendengarnya. Tengah dia tengok saya ngadap tv jap, dia tunjukkan saya gigi geraham bongsu yang dikeluarkan. Apalagi, menjerit kecil saya bila tengok gigi tu dan terbayang saat-saat operation di bilik bedah. Tersengih-sengih dia tengok saya apabila disakat. Saya tanya dia, tak nak tanam ke gigi tu? Dia kata tak nak. "Takkan awak nak frame pulak gigi tu?" tanya saya lagi. "Ha'ah nak frame" jawabnya sambil tersengih.

Menjeling jap saya tengok dia tayang gigi tu kat anak sedara dia. Macam bangga jer...

Isnin, 20 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009


Seronoknya tak terkata... Alhamdulillah...
Dapat juga saya ke pesta buku tahun ini. Hari 1st lagi dah tercongok kat PWTC. Oleh kerana excited sangat, jam 9.40 pagi dah sampai hari jumaat tu. Hehehe... Tapi nampaknya bukan saya seorang, berderet-deret orang keluar dari perut lrt apabila tiba di stesen PWTC. Takdelah malu sangat. Semuanya dengan wajah ceria dan ketawa-ketawa dengan rakan masing-masing. Saya gak yang sorang-sorang masa 1st day tu coz hubby ada kerja di ofis.

Nasib masa awal-awal pagi Jumaat tu tak ramai orang lagi. Takdelah berebut menengok booth-booth buku yang ada. Datang-datang je terus pi naik escalator ke tingkat 1. Masuk je dewan Tun Razak hati saya dah excited. Nak pi kanan dulu ke nak pi kiri. Oleh kerana benda baik, saya pi belah kanan dulu. First booth yang saya masuk sudah tentunya Creative Enterprise.

Kat sini je dah dok dekat 20 minit. Nasib betul orang tak ramai time ni. Belek majalah-majalah kartun gila-gila lama yang dah di'compile'kan. Ada aku budak minang, tiga dara pingitan (ada 5 volume lagi tu), atuk, I.B.C dan macam-macam lagilah. Alih-alih saya beli satu buku je, Teguh oleh Norhayati Berahim. Buku lama tu. Walaupun novel Donia tu saya suka giler (mak ngah lah yang promosi dulu) tapi oleh kerana budget untuk beli buku ni tak le banyak sangat, jadi saya pandang ajelah novel Donia tu di rak.

Tengah saya ronda-ronda tu saya terperasan booth NB Kara. Teruja betul time tu. Meliar mata saya mencari penulis Norhayati Berahim. Dub dab dub dab jantung saya berdenyut kencang bila ternampak orang yang saya cari. 'Jangan lepaskan peluang hari ni' hati saya berbisik. Oleh kerana Norhayati Berahim dan geng sedang buka booth, jadi saya ronda-ronda ke booth Alaf21 yang berhampiran. Rasa-rasa macam dia dah ok je, saya terus ke gerai NB Kara.

Tengah saya pilih-pilih novel untuk dia menyainnya, dia tegur saya dan mengatakan hari ni semua buka diskaun 20%. Apa lagi, saya cekup novel terbaru dia 'Setiap Jumaat'. Selepas aje sesi membayar, saya pun apa lagi cari ler dia untuk minta autograf dan bergambar. Alhamdulillah, dia dengan senang hati dan ramahnya menandatangani dan bergambar dengan saya. I love you lah Kak Yati.




Lepas dapat je tanda tangan dan bergambar, hati rasa gembira dan happy sesangat. Lepas itu, apa lagi, menyambung aktiviti meronda booth-booth di dewan Tun Abdul Razak. Ronda punya ronda dan naik tingkat atas terasa macam kekurangan pulak. Aik? Mana booth Karnadya, PTS dan Jemari Seni. Last sekali saya tanya le kat sorang hamba Allah ni yang sedang macam hangin-hangin je dengan pekerja dia. Peduli apa saya, tanya aje pun bukannya curi barang. Lepas dia tunjuk tu, barulah tahu kat maner letaknya booth-booth yang saya cari tu. Dalam hati terdetik, kenapa macam tersorok ajer. Rasenyer pesta buku tahun lepas senang sikit nak cari booth tapi kali ni macam scattered plak.

Bila masuk ke kat dewan Tun Hussein Onn terasa pelik bertambah-tambah. Tak ramai langsung orang berbanding di atas. Boleh dikategorikan sunyi jugaklah. Cari punya cari akhirnya jumpa gak booth yang dicari. Nampak Zaki, Airoll sedang bertugas. Ada gak budak-budak KD yang lain tapi tak kenal. Ada juga student kat gerai ni tapi tak ramai (lebih meriah rasanya di tingkat atas). Well, hopefully esok booth ini akan ramai dikunjungi ulat-ulat buku.


Lepas beli buku di booth Karnadya dan Jemari Seni,ronda-ronda jap dan lepas tu duduk lepak kat sofa panjang di tepi ruang legar. Bila tengok jam awal lagi nak balik, saya pun keluarkanlah novel Chinta dari dalam beg. Apalagi, sambung bacaan yang tergendala semalamlah. Lepak kat sofa tu dekat 3 jam + tengok-tengok orang sekeliling. Pukul 3 petang je, saya pun angkat kaki dan keluar dari PWTC dan menuju ke Sogo plak untuk aktiviti shopping yang lain pulak.





Hari Sabtu (18 April 2009), saya datang sekali lagi dengan hubby. Ialah, semalam dia kerja so, hari ni dia pun nak join the club. Sampai PWTC jam 10 pagi. Dari luar tengok macam dan ramai orang kat pesta buku tu. Pukul berapa agaknya dia orang ni semua sampai?


Kami terus masuk ke beberapa booth. Nasib juga orang ramai hari ni, jadi bolehlah mengelak bila orang-orang marketing dok promote barang-barang mereka (semalam banyak kali dah kena tarik). At the end, kami ke booth KD. Fuiyoo, ramai gila student, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa di booth ni (Alhamdulillah tak macam semalam). Punyalah payah saya nak menyelit lepas tu untuk cari Zaki untuk tanya pasal buku Chihuahua. Dengan senyuman yang sedikit, Zaki hulurkan buku tu kat saya (penat kot dia). Bila di tanya balik lambat dan datang awal ke hari ini. Dia kata ha'ah. Saya senyum je lah. Malas nak cakap lebih-lebih coz ramai betul peminat buku nak membayar. Tanya Zaki, Kak Mimie datang tak hari ini. Dia kata datang tapi lambat sikit kot. So, saya cakap le dengan dia yang saya nak mintak sain autograf. Senyum je dia dengan sorang lagi budak KD.



Jadinya, lepas ke booth KD, saya dan hubby merayau lah lagi ke seluruh booth-booth yang ada hari tu. My hubby, borong buku-buku collection dari Creative Enterprise, Anjung Seri, Al-Quran yang siap sekali dengan terjemahannya (hadiah sempena hari jadi abah) dan e-kamus.


Dua jam lepas tu kami ke booth KD lagi. Apalagi, nak cari kak Mimie Afinie ler. Bila dah nampak jer dia dengan Kak Aina, saya pun dengan pantasnya membeli novel Bila Dah Suka. Lepas bayar je, saya dan hubby cuba gak menyelit dalam lautan manusia untuk pergi ke dia. Tapi tak lepas. Hubby kata 'Jom ikut jalan belakang. Nampak macam tak ramai sebelah sana.' Kami pun ikut booth belakang KD. Tengah kami nak menyelit-nyelit depan gerai Jemari Seni, tetiba bahu saya dicuit. Paling-paling jer terus nampak muka Ayu (member time ITM dulu). Kami beramah mesra jap dengan dia dan lepas tu terus jumpa kak Mimie Afinie dan kak Aina. Apalagi geng, sesi menandatangani dan bergambar pun bermulalah. Yang spoilnya masa bergambar mata saya tertutup pulak. Ish, geram betul.



Dah dapat apa yang saya nak (exactly gambar-gambar dengan penulis ni membuatkan semangat saya sentiasa kembang untuk jadi seperti mereka. Doa-doakanlah ya.), saya dan hubby pun dengan segeranya menarik diri untuk pulang ke rumah dan membaca bahan-bahan yang kami borong di pesta buku 2009 ni. Walaupun rasa macam nak berlama-lamaan di sini tapi oleh kerana ramai sangat manusia yang betul-betul cintakan buku, jadi kami berdua pun terpaksa melangkah awal untuk pulang.

Jika ada rezeki, tahun depan saya hendak ke pesta buku lagi. Dan jika dengan izin Allah juga, hopefully tahun depan ada 2 atau 3 novel saya di pesta buku. Amin...

Jumaat, 10 April 2009

Geraham bongsu

Kasihan suami. Minggu depan dia kena buat pembedahan gusi untuk mengeluarkan gigi geraham bongsunya yang tumbuh ke dalam. Setiap malam, wajahnya sering mendung akibat kesakitan yang dialaminya serta perasaan takut mengenangkan 'operation' yang bakal dihadapinya untuk kali kedua. Tapi kali ini pembedahannya lebih kritikal.

Sewaktu suami berjumpa doktor hari selasa tempoh hari, doktor telah memberitahunya juga kesan sampingan yang bakal dihadapi. Oleh kerana gigi geraham bongsunya itu tumbuh mendatar ke dalam, akarnya telah menghampiri urat lidah. Doktor kata yang peluangnya untuk hilang deria rasa adalah 50/50. Huh! Risau sungguh saya mendengar kata-kata doktor itu. Tapi hendak tak hendak, dia terpaksa juga menjalani pembedahan. Kalau tidak, menahan sakit yang amat sangatlah di kemudian hari.

So my beloved hubby, don't worry. I will take care of you after the operation until you feel better and stronger.

Khamis, 2 April 2009

ish ish ish...

Adoilah... Rasanya mata dah macam penyu. Kepala pun toink-toink ajer. Payah juga nak menulis buku pra sekolah ni. Terpaksa mencari kata-kata yang sesuai dan difahami budak2. Bila pandang manuskrip rasanya menaip sikit tapi padamnya berulang kali. Ish ish ish... Bahaya betul ni.

Walau apa pun, dah siap juga separuh. Alhamdulillah... Harap2 minggu depan settle semua. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...