Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

30 tips untuk bangkit dari jatuh demi meneruskan kehidupan yang lebih membahagiakan di masa hadapan


Semua orang pernah hadapi ujian jatuh dan bangun dan jatuh dan bangun lagi. Cuma bagaimana untuk bangkit dari jatuh yang banyak kali itu memerlukan kekuatan, semangat, doa dan perasaan tidak mudah putus asa. Saya sendiri akui, berpuluh kali hadapi kejatuhan dalam sesuatu perkara sampai ada ketika saya jadi fobia. Tapi jatuhnya saya itu mengingatkan saya bahawa ‘aku tak boleh selamanya jadi macam ni. Aku kena kuat. Aku ada Allah. Apa nak jawab depan Allah nanti. Apa saham akhirat aku nak bawa?’, itu antara monolog saya dalam hati untuk kuatkan semangat. Antara monolog lain yang bantu saya adalah ‘Ya Allah, tolong aku. Bantu aku. Tenangkan hatiku. Bimbing aku’.

Monolog-monolog ini adalah antara kata-kata afirmasi buat diri sendiri agar dapat kuatkan semangat semula dan jangan sekali-kali larut dalam kesedihan atau kemarahan berpanjangan. Saya pernah hadapi situasi ini dan ia membuatkan saya mengambil masa untuk bangkit. Apapun saya bersyukur, walaupun bertahun, Allah tetap beri saya kekuatan untuk pulih kembali. Dia bimbing dan Dia pandu dalam meneruskan hidup yang masih dipinjamkan nyawa ini. Dan oh ya, ada satu mutiara kata dari HAMKA yang buat saya belajar untuk menerima kejatuhan atau kesedihan yang berlaku pada diri dengan lebih tenang. kata-katanya beliau ada benarnya. Saya harap anda juga dapa jadikan ia satu pegangan bila berhadapanan dengan ujian hidup yang unpredictable.

“Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau senantiasa saja manis, hati akan menjadi bosan." (HAMKA)

Jika anda seperti saya, sering berhadapan dengan jatuh bangun yang berkali-kali dalam hidup dan ada

Kota baca 2026 di Dataran Merdeka, banyak benda baru saya belajar

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah 25 April lepas saya dan suami ada rezeki untuk datang ke Kota Baca di Dataran Merdeka. Syukur sangat. Kami keluar awal pagi. Jam 7.30 gerak dari Ampang rumah mama dan sampai ke Central Market (CM) dalam jam 7.50 gitu (nampak tak timing tu bila jalan clear dan tak jem). Dah sampai awal tu, udahnya kami ronda-ronda kawasan CM kejap, area Dayabumi dan sarapan. We call all the memories masa belajar dan dating dulu.

Central Market atau kita panggil CM. Dulu bangunan ni memang tempat jual ikan sayur zaman mertua saya masih kecil. Bila zaman suami saya belajar KL, ni kawasan orang busking, lepak, melukis dan berkarya. Pernah lah dulu layan dengan orang nyanyi kat situ. Pernah gak kena kejar dengan orang lelaki yang nak buat jahat. 

Dalam pada nak cepat ke Dataran, entah macam mana, termerayap kejap area CM. Layan tengok bangunan McD lama jadi hotel, kawasan sekitar yang dilukis mural dan taman depan jam KL dah

33 sebab menulis itu penting selagi masih hidup

 

Menulis itu penting kerana ia bukan sahaja sebagai alat komunikasi kepada pembaca tetapi juga sebagai cara untuk menyampaikan ilmu, berkongsi maklumat dan penyimpan data yang terbaik. Menulis mampu menerbitkan idea-idea baru, menyatakan pendapat, merakam detik-detik penting dan pelbagai lagi kelebihan yang sudah semestinya penting dalam kehidupan manusia. Beberapa cendikiawan ada menyatakan pentingnya menulis dalam kehidupan. 

Pada saya, menulislah apa sahaja di mana sahaja anda suka. Anda boleh tulis di blog, di dalam buku, di media sosial, di website, di dalam komputer hatta menulis kebaikan di atas secarik kerta. Menulis, secara tidak langsung menggalakkan kita mengingati apa yang cuba diingati, mengajar kita untuk menyusun ayat dengan baik dan teratur juga berusaha untuk mengekalkan ilmu serta memori yang ada. Di sini, saya kongsikan dengan anda beberapa mutiara kata dari orang-orang hebat berkaitan dengan kepentingan menulis. Bila anda membaca catatan mereka ini, anda akan bersetuju secara langsung dengan apa yang disampaikan dan diperturunkan. 

1. “Ilmu tanpa tulisan bagaikan unta tanpa tali kekang. Ia akan hilang dibawa angin.” (Imam Syafi‘i)
2. “Catatlah ilmu, kerana dengan mencatat, engkau mengikatnya agar tidak hilang.” (Imam al-Khatib al-Baghdadi)
3. “Menulis adalah melawan lupa.”
(Pramoedya Ananta Toer (sasterawan Indonesia))
4. “Apabila engkau menulis, engkau sedang membina sebuah dunia yang akan terus hidup selepas ketiadaanmu.” (Jalaluddin Rumi)
5. “Tulis sesuatu yang berharga untuk dibaca, atau lakukan sesuatu yang berharga untuk ditulis.” (Benjamin Franklin)



Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan kita dan orang lain boleh dapati dengan menulis. Di sini, dikongsikan 33 sebab kenapa menulis itu penting selagimana masih bernyawa.

1. Meninggalkan jejak diri – tulisan menjadi warisan yang kekal walaupun penulis sudah tiada. Menulis menjadikan seseorang itu ‘abadi’ berpuluh malahan beratus tahun. Lihatlah karya-karya dari Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Shakespears, Dale Carnagie, Imam al-Syafi’i, HAMKA dan lain-lain.

2. Mengabadikan pengalaman hidup – setiap catatan adalah sejarah peribadi yang tidak akan berulang. Penulisan travelog hidup memperlihatkan betapa kuatnya kita (penulis) merekodkan apa yang berlaku sehari-hari dalam hidup. Ia bukan setakat untuk dikenang tetapi apa yang ditulis itu diharap dapat membantu orang lain membacanya (contohnya seperti buku travelog pengembaraan atau haji)

3. Membantu mengingat – menulis mengekalkan memori yang mudah hilang jika hanya bergantung pada ingatan. Kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lemah ingatan perlulah mencatat segala yang dipelajari agar tidak hilang dari ingatan. Imam Syafii pernah mengungkapkan mutiara kata ini: “Ilmu itu

Rendang ayam kampung maman buatkan suami makan bertambah walaupun pertama kali makan maman


 Assalammualaikum & salam sejahtera. Rendang ayam kampung maman ni rupanya bila dah makan sekali memang mampu buat penggemar ayam makan bertambah. Bukan sahaja ayam kampung tu terasa lembut bila masak sekali dengan maman tapi keenakan asli daun maman tu memang tak dapat disangkal. Walaupun terasa ada pahitnya daun maman tu bila makan tapi pahitnya boleh lagi kita terima berbanding makan peria. 

Sebenarnya daun maman ni saya tak pernah tengok. Pertama kali saya lihat secara life adalah bilamana saya ke kebun seorang rakan threads ni. Asalnya nak beli kacang panjang dan sayur lain yang ada. Sekali, dia perkenalkan saya pokok maman. Katanya pokok ni kalau orang tahu dah boleh tuai, mereka akan beli berkilo-kilo untuk masak. Saya tanya, "Menu apa yang sesuai untuk masak guna daun maman ni?" Terus dia dan suami cakap, paling ramai orang buat  adalah rendang ayam kampung maman. Saya pula cakap macam pernah makan tempoyak daun maman sekali je (kat mana tak ingat). Jadinya, bila dah cerita gitu, saya terfikir, 'dah lama saya tak try menu baru, Kalau ikutkan dalam visi misi 2026, nak cuba resipi baru makanan Asia dalam 10 resipi. So, bolehlah try'. Saya beli sekilo maman dengan sis ni sekali dengan kacang panjang dan bendi. Apapun, ni saya sharing sikit maklumat tentang pokok maman dan khasiatnya. Mungkin anda berkenan nak cari dan cuba makan. 


Ini pokok maman yang dah boleh dituai hasilnya. Seronok tengok hasil berkebun orang bila menjadi.

Maman dan khasiatnya juga resipi popular di Malaysia.

Pokok maman ialah sejenis tumbuhan liar yang cukup dikenali dalam masakan tradisional Melayu, terutamanya di kawasan kampung. Nama saintifiknya ialah Cleome gynandra, dan ia juga dikenali sebagai spider plant atau African cabbage di sesetengah negara. Pokok maman ialah tumbuhan berdaun hijau dengan rasa sedikit pahit. Ia mudah tumbuh di kawasan tropika tanpa penjagaan rapi. Daunnya kecil hingga sederhana, dan biasanya dipetik muda untuk dijadikan sayur. Rasa pahit itulah sebenarnya yang menjadikan maman unik dan bagi sesetengah orang, itulah “penambah selera” dalam hidangan tradisional.

Khasiat Maman

Walaupun nampak sederhana, daun maman kaya dengan nutrisi:

  • Tinggi antioksidan – membantu melawan radikal bebas
  • Mengandungi vitamin A & C – baik untuk kulit dan sistem imun
  • Sumber kalsium & zat besi – bagus untuk tulang dan tenaga
  • Dalam amalan tradisional, ia dipercayai membantu:
    • melancarkan penghadaman
    • mengurangkan tekanan darah
    • membersihkan darah

Rasa pahit itu sering dikaitkan dengan manfaat “detoks semula jadi” dalam perubatan tradisional.

Resipi popular yang menggunakan daun maman

1. Maman tumis air
2. Rendang maman
3. Rendang ayam kampung / daging salai maman
4. Maman jeruk
5. Tempoyak maman dengan petai
6. Jeruk maman bersama sambal picit
7. Telur dadar pucuk maman
8. Maman masak lemak cili api
9. Nasi ulam utara
10. Nasi ulam Terengganu
11. Masak lemak telur itik dengan jeruk maman

Mari saya kongsikan resipi rendang ayam kampung maman yang saya pertama kali cuba. Saya cari resipinya di Tiktok dan website orang yang selalu memasaknya. Alhamdulillah menjadi dan suami saya makan bertambah 2 kali. Saya pula, boleh aje makan daun maman tu dengan nasi putih gitu aje. Kiranya resipi ni sesuailah untuk kamu yang dah 4 series.

Bahan:
1 ekor ayam kampung dipotong saiz untuk masak rendang
1 kilo maman yang diambil pucuk lembutnya serta daunnya

Catio kucing untuk anak-anak kucing MIL dan famili akhirnya sampai


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, catio kucing atau kekadang orang panggil banglo kucing siap dan selamat sampai ke rumah kami. Rumah kami memang ada banyak kucing. Senang cerita, lebih dari 10 ekor. Jadinya, satu hari, MIL saya cakap dengan anak dia @ suami saya, "Di, nanti buat rumah kucing satu. Letak kat depan. Bebudak ni dah ramai. Biarlah selesa skit." Suami pun cakap, "Mahal mak rumah kucing tu." "Takpe, kau cari aje orang boleh buat, nanti aku bagi duit." Maka bermulalah episod suami saya dan kakaknya survey di medsos orang yang boleh buat catio kucing area Negeri Sembilan dan Selangor.

Saya bab ni memang tak berapa masuk campur sangat. Sebab MIL memang suruh suami yang cari + duit dia. Saya dengar-dengar dan tahu gitu-gitu aje. Satu hari, suami cakap dah jumpa orang boleh buat. Dan Sabtu, orang tu datang amik ukuran untuk tahu saiz yang mahu dan design yang sesuai. Sebulan lebih juga lah siap sebab kita sambut puasa dan raya, maka amik masa sikit. Dan Jumaat lepas, contractor wasap suami. Kata dah siap. InsyaAllah Sabtu boleh hantar dalam lepas zohor gitu. Dia hantar video juga.

Bila saya tengok video catio tu, saya impressed. Lawa warna dia. Design pun ok. Tapi masa ni saya tak tahu lagi saiznya. Cuma saya tahu harganya memang boleh beli motosikal Yamaha Y16ZR cash (terkejut badak sat saya bila tanya suami berapa harga custom-made catio tu. Punyalah MIL sayang kucing-kucingnya).

Maka, hari yang dijanjikan tiba. Pagi, saya dan suami bersihkan porch. Buang mana tak perlu dan ketepikan tong besar isi air bila musim takde air datang. Dan bersih, dah wangi, kami rehat kejap. Dalam lepas zohor, tengah saya lunch kat dapur tetiba kak ipar cakap, "Eh! Lori dah sampai." Kelam kabut saya abiskan makanan. Laju aje ke depan untuk amik gambar dan rekod buat kenangan. Once keluar gate aje, tercengang saya tengok lori besar gabak depan rumah. 'Mak ai, besarnya lori bawak banglo kucing ni.Beli perabot rumah pun tak macam ni lorinya', ucap saya dalam hati. 

Jiran yang tengah tunggu family dia nak pi beraya pun pandang aje lori besar tu. Dia tanya suami, "Apa benda tu?" Suami cakaplah rumah kucing. Once bahagian belakang lori dibuka. terserlahlah catio yang

Hari Raya dan hubungan silaturrahim keluarga

 


Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua. Rasanya tak terlewat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog EkspresiSyukur. Seminggu sebelum raya, saya busy skit uruskan penghantaran jurnal syukur yang diberi percuma kepada pengunjung Threads yang bertuah. Seminggu pertama raya, saya busy pulak beraya, memasak, mengemas, mengupdate jurnal sendiri dan rehat. Hari ni, baru sempat ngadap blog balik.

Gais, ada beberapa perkara yang saya perasaan sewaktu menyambut hari raya tahun 2026 ni. Ia berkaitan dengan hubungan silaturrahim keluarga. Saya ada 4 kisah untuk dikongsikan dan mungkin dengan kisah ini, anda lebih menghargai orang yang ada pertalian dengan kita tak kira jauh atau dekat.

Kisah Pertama: Ini kisah tentang hubungan makcik dan anak saudara yang tak pernah kenal seumur hidup.

Saya tak pernah jumpa dan kenal anak abang saudara saya seorang ini. Ditakdirkan Allah, 2 tahun lepas, saya dan arwah ayahnya berjumpa di tanah perkuburan area Gombak kerana pengkebumian maklong saya (bulan Ramadan). Kami bertukar nombor telefon dan berbual sebentar dengan mama dan ahli keluarga lain. Dan bila nak raya, saya teringatkan arwah ayahnya. Saya jemput dia dan family untuk datang open house Raya kami sekeluarga di Ampang. Dan disitulah saya dan ahli keluarga berkenalan dengan anak saudara seorang ini.

Waktu ni, kami berbual kejap aje sebab saya dan adik-beradik perempuan + menantu sedang sibuk memasak untuk jemputan yang hampir sampai. Saya pun jumpa dengan ayahnya kejap aje. Waktu mereka nak balik, saya suakan balang cabutan bertuah. Masa tu anak saudara ni mula ingat saya sebab bila dia pergi rumah open house lain, takde bab cabutan bertuah ni (itu yang dia maklumkan bila berwasap).

Oktober 2024, saya dapat wasap maklumkan yang ayahnya telah meninggal dunia akibat masalah kegagalan pada fungsi hati. Entah kenapa, saya teringat terus ke dia. Masa kecil, ibunya telah dijemput Allah, dan kini ayahnya pula. Kiranya seawal umur 20-an, dia dah tiada ibu ayah. Kalau saya di tempat dia, entah bagaimana keadaannya. Dan sejak dari situ, saya sering wasap dia bertanya khabar. Dan masuk tahun 2026 ini, telah menjadi rutin saya untuk menjemput dia datang beraya dengan pakcik belah ibunya serta sepupunya ke Ampang setiap kali mama buat open house. Secara luaran hubungan kami tak sekuat mana tapi oleh kerana saya mengenangkan arwah nenek dan datuknya serta ayahnya yang baik dengan saya waktu kecil dahulu, saya layan baik juga pada dia. Saya nak arwah maklong tahu (mungkin jumpa masa soal jawab depan Allah nanti), hubungan silaturrahim itu masih ada meskipun berpuluh tahun dia telah pergi.


Kisah Kedua: Walaupun 10 tahun sekali berjumpa, air dicincang takkan putus.

Korang pernah ada tak sepupu atau makcik pakcik yang dapat berjumpa 10 tahun sekali atau lebih? Saya ada beberapa orang sepupu yang susah nak jumpa. Selalunya situasi gini berlaku bila mereka duduk/bermastautin jauh, bila kita nak jumpa selalunya timing kita atau dia tak kena, tak berapa rapat dan the worst one bila merajuk atau marah tapi kita tak tahu sebabnya dan bila jemput datang ke rumah atau kita nak ke rumahnya, dia mengelak. Pada saya, semua ni ada hikmahnya dan Allah dah takdirkan.

Puding karamel KA yang viral seantero Malaysia sempena Ramadan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Puding karamel KA, antara menu terpaling viral dan meletop dicuba oleh rakyat Malaysia Ramadan tahun 2026 ni. Jangan kata rakyat Malaysia aje, kalau tengok di medsos, rakyat negara luar pun try buat juga. Dari kita yang suka masak, abang bomba, anak-anak kelas khas, anak kecil, orang tua, anak perantau dan artis, semuanya excited nak try menu puding karamel KA ni. Tak sure kenapa tapi bila buat puding ni, dia macam attract semua orang untuk involve. Suasana paling buat semua orang yang buat puding ni teruja adalah waktu terbalikkan loyang puding atas pinggan rata. Bukan setakat kita harap puding ni cantik kejadiannya tapi vibes ketuk-ketuk loyang agar puding jatuh elok buat kita happy + berdebar.

Kalau tengok video-video yang dikongsikan netizen di TT, IG, FB, semuanya teruja bab ketuk-ketuk loyang dan part bila loyang diangkatkan. Bila lawa aje kejadiannya, terus tukang bukak dan family yang ada keliling menjerit, "Khairulaming... saya buat jadi..." Momen tu buat kita tumpang senyum bila tengok semua orang gembira. Parents pun excited tengok anak-anak mereka bersemangat nak belajar benda baru. Dan Alhamdulillah, saya dah boleh join crowd netizen menjerit, "Khairulaming, saya buat jadi..." waktu Ramadan ke-7. Happy sangat weh jadi puding sedap ni. Suami saya pun tumpang bangga sebab dia tahu wife dia kalau bab baking kek atau puding, selalunya tak berapa jadi.

Tahun ni, entah kenapa, mood nak try menu KA kali ni memang tinggi. First, saya tengok dulu makanan tu saya pernah buat ke tidak. Kedua, saya tengok juga kalau dibuat, ada tak orang dalam rumah suka atau nak makan. Ketiganya, sudah tentulah bajet. Kalau mahal, saya tunggu duit ada. Alhamdulillah, menu KA dalam 10 hari puasa, mesra bajet. So geng, ini saya kongsikan resipi puding karamel KA untuk dicuba (untuk anda yang jenis suka membaca resipi instead of tengok video berkali-kali).


Bahan-bahan puding karamel KA

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2 keping roti dibuang kulit
2 cawan krimer sejat
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan cream cheese
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam
Aluminium foil untuk tutup atas loyang waktu kukus

Penyediaan:
1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga gula mencair. Setelah mencair, masukkan gula ke dalam loyang untuk mengukus.

Gula yang dijadikan karamel

2. Sediakan periuk pengukus. Masak air guna api sederhana. Kemudian, untuk bahan puding, masukkan krimer sejat, roti putih, telur, susu pekat, cream cheese, esen vanila dan garam dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian tapis bahan kisar ke dalam mangkuk. Ini bagi pastikan ia smooth takde serdak.

3. Masukkan bahan kisar ke dalam loyang perlahan-lahan. Tutup dengan aluminium foil rapat-rapat

Nasi kukus ayam goreng berempah resipi Khairulaming + sis in law, macam kedai bau rumah rasanya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dek kerana bulan puasa adalah bulan Khairulaming menyerlah sejak 9 tahun lalu, makanya puasa hari ke-6, saya buat nasi kukus ayam goreng berempah resipi KA ni. Serius penat bila buat sengsorang plus dok ralit mata dok pandang henset, pandang dapur, ke hulu ke hilir kat dapur. Belum lagi kena settlekan si bulus punya makanan dulu. Malam aje, terasa nak pengsan 😅

Anyway, berbaloilah resipi kali ni. Saya dapat belajar ilmu baru nak mengukus nasi, buat sambal yang sedap dan kuah kari nasi kukus. Yang bab ayam tu, saya guna resipi adik ipar plus KA juga (tak lari jauh pun bezanya).

Meh saya kongsikan step by step buat nasi kukus ayam goreng ni. Anda perlukan at least 2 jam di dapur untuk siap. 

Bahan untuk ayam goreng berempah:
1/2 ekor ayam dipotong ikut saiz yang disukai
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
5 batang serai
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 tangkai daun kari
Sedikit air untuk kisar bahan
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Masukkan ke dalam pengisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, biji ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan sedikit air. Kisah hingga 90% lumat. Tips penting: Tapis bahan kisar ini dan masukkan hanya bahan kisar dengan 1/4 cawan air kisar ke dalam mangkuk berisi ayam. 
2. Masukkan serbuk kunyit, garam, rempah kari, serbuk cili dan 1 tangkai daun kari ke dalam mangkuk ayam. Gaul mesra kesemua bahan tadi. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Bila hendak menggoreng, panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Tips penting: Goreng ayam sahaja tanpa bahan kisar rempah ratus tadi. Setelah semua ayam siap digoreng, barulah goreng bahan kisar lumat tadi. Goreng guna api sederhana dan masukkan baki daun kari 2 tangkai tadi ketika menggoreng. Goreng sehingga warna bertukar menjadi coklat. Angkat dan tapis minyaknya.
4. Setelah minyak tersejat, taburkan rempah goreng tadi ke atas ayam goreng. Hiaskan dengan daun kari dan cili padi.

ayam goreng berempah

Bahan untuk nasi:
2 pot beras
Air untuk memasak dan mengukus
Periuk kukus


Penyediaan:
1. Basuh beras macam biasa. Kemudian, masukkan beras ke dalam loyang atau mangkuk kecil untuk

Resipi Khairulaming lagi, air longan kurma merah yang enak aje lalu kat tekak


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Puasa hari ke-4, saya try buat air longan kurma merah dari KA. Tak pernah umur saya beli kurma merah, tetiba kali ni beli. Selalunya pandang aje kurma merah tu kat slot barang rempah kat supermarket area rumah. Telek-telek tengok harga dan kuantiti, nasib murah. RM3.60 aje sepeket yang ada dalam 25 biji kurma. Yang mahal dalam resipi ni, longan aje. Itupun dalam RM5.90. Selasih dan gula batu, sepeket yang boleh guna berkali-kali tu, dalam RM1.80 dan RM2.80 je. Gula melaka 4 ketui sepeket dalam RM2.60 gitu. OK lah tahun ni punya harga bahan resipi. 

Ni saya kongsikan bahan dan penyediaan longan kurma merah KA. Kot le tetiba medsos korang nak berhentikan penggunaan, boleh aje cari di google kan 😁

Bahan:
1 tin longan
12 biji kurma merah dibelah dua
1 ketul kecil gula melaka (kalau malas kerat, masuk aje seketul tu tapi jangan lupa tambah air)
3-4 ketul gula batu
1 1/2 liter air (kami yang tua tak tahan manis so kena extra)
1 sudu besar selasih
Ais ikut suka

Bahan air longan kurma merah

Penyediaan:
1. Belah dua kurma merah dan bersihkan. Sediakan periuk dan masukkan air, kurma merah, longan dan air gulanya, gula batu dan gula melaka. Renih lebih kurang 12-15 minit sehingga kurma merah tu lembut. Setelah lembut, tutup api dan biarkan ia menyejuk sendiri dalam 2-3 jam.

Masukkan dalam periuk dan renih longan, kurma merah dan gula.

2. Bila dah nak berbuka, rendam biji selasih dalam mangkuk kecil selama 3 minit. Bila biji selasih mengembang, tapis dan basuhnya. Masukkan air longan kurma merah tadi dalam mangkuk besar dan masukkan juga biji selasih dan ais. Kacau-kacau dan sedia untuk dinikmati bila azan maghrib berkumandang. 

Soda herbs kasturi, air dari KA buat iftar puasa hari ke-3


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba buat minuman perkongsian Khairulaming di medsos sempena Ramadhan 2026 ni. Saya dan suami cuba buat air soda herbs kasturi. Gigih suami saya cari daun pudina kat pasar gais. Nasib wife dia dah tau peniaga mana yang jual sebab dulu nak buat sambal hijau nasi kandar kena ada daun pudina. 

Kiranya, nak buat air soda herbs kasturi ni senang aje. InsyaAllah semua orang boleh buat.

Bahan:
12 biji limau kasturi (9 biji untuk perahan & 3 biji untuk belah separuh je)
6 biji asam boi
2 batang serai yang diketuk
2//3 air aiskrim soda
1/2 genggam daun pudina
Ais ikut suka


Penyediaan:
1. Dalam jag, masukkan ais. Kemudian, sediakan tapis dan perah 9 biji limau kasturi ke dalam jag dan ambil patinya. Masukkan baki 3 biji limau kasturi, asam boi, serai, daun pudina dan air aiskrim soda. Kacau-kacau dan siap air soda herbs kasturi kita. 

Ayam goreng korea resipi Chef Baek Jong-Won dalam rancangan The Backpacker Chef

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Resipi ayam goreng korea ni saya buat seminggu sebelum Ramadan. Masa ni tengah hangat berita tentang netizen Korea gaduh dengan netizen Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Macam-macam isu keluar. Kami yang umur dah 40 ni tengok, baca, senyum dan setuju tak setuju aje. Nak campur, bukan reti sangat pun.

But anyway, resipi ayam goreng korea kali ni saya amik dari Chef Baek Jong-Won yang femes tu dalam rancangan The Backpacker Chef. Resipi ni lagi mudah dan serius simple. Semua bahan ada kat dapur kita kecuali Gochujang. Hat tu korang kena beli kat supermarket. Janji cari yang ada cop Halal ya (sebab ada yang sejenis lagi dia tulis containing alcohol).

Bahan:
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar minyak masak
1/3 cawan sos cili
3 sudu besar gochujang
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar gula
2 sudu kecil cuka
1 cawan air
Sedikit daun bawang dan bijan yang disangai
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, masukkan ayam untuk digoreng. Untuk resipi Chef Baek ni, ayam tu TAK PERLU sadur garam or kunyit. Goreng gitu aje. Memang nampak pucat tapi kalau anda tengok rancangan The Backpacker Chef, gitulah caranya mereka goreng.
2. Setelah selesai ayam digoreng, kurangkan baki minyak dalam kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar.
3. Masukkan pula gochujang, serbuk cili, sos cili dan gula. Kacau sebentar dan masukkan pula air. Kacau lagi dan biar ia masak sebentar. Bila nampak mendidih, masukkan pula cuka dan ayam goreng tadi. Kacau dan biarkan ia masak lebih kurang 3-4 minit. Kita nak ayam tu mesra dengan sos.
5. Setelah kita nampak sos memekat dan ayam disadur elok merahnya, kacau sebentar dan tutup api. Angkat ayam dan letakkan dalam mangkuk yang sesuai. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan juga bijan. Siap ayam goreng Korea kita untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.



Rahsia resipi mi goreng mamak yang terangkat


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Untuk anda yang nak ubah selera makan, boleh cuba menu mi goreng mamak yang padu dan terangkat ni. Kalau dapat makan panas-panas, memang lagi kaw. Rahsia utama nak dapatkan mi goreng yang best, anda kena masak guna kuali hitam yang tebal tu. Kalau anda ke restoran or kedai mamak, cuba anda perhatikan jenis kuali yang dipakai. Mereka tak guna kuali nipis. Nak lagi kaw bila masak guna kuali tebal, anda boleh ketuk-ketuk skit kuali tu macam mamak masak. Confirm sebijik.

Ini saya kongsikan bahan dan cara memasak mi goreng mamak. Selamat mencuba.


Bahan:
1 pek me kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ketul bahagian dada ayam dipotong kasar
1 biji kentang dipotong dadu digoreng sekejap
2 sudu besar cili giling
1 cawan air (untuk masakkan cili sebentar)
6 biji fishball dibelah 2 atau 1 batang fishcake dipotong kasar
3 sudu kicap biasa
2 sudu kicap pekat
1 sudu besar sos cili
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
Sedikit sayur bayam
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat & sos cili. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.
5. Ketepikan sedikit bahan dalam kuali dan masukkan telur ke dalam kuali. Biarkan ia masak dalam beberapa saat dan kemudian baru gaul. Masukkan pula mi kuning dan ramas tauhu di atas mi. Kacau dan goreng hingga mesra. Masukkan kentang dan sayur bayam. Goreng lagi mi sehingga anda dapat kegaringan yang anda mahukan. Setelah masak, hidangkan dalam mangkuk besar. Sedia untuk dinikmati.

Ayam sos plum Khairulaming yang viral puasa 2026


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, tahun ni dapat buat resipi Khairulaming lagi. Resipi pertama yang saya cuba adalah ayam sos plum. Bila dengar aje perkataan sos plum, huarghhh... lega sangat. Akhirnya sos plum yang saya guna hanya untuk masak ketam akhirnya digunakan untuk resipi ayam pula. Tak membazir you sos ni dibeli encik suami last year. 

Bila tengok KA share cara penyediaannya, saya confident boleh buat. Bukan apa, bahan-bahan lain tu semua ada dan selalu pun masak ayam sambal. Cuma kali ni bezanya letak kicap, sos plum dan daun limau purut. Ok gais, ini saya sharekan resipi ayam sos plum KA.

Bahan:
1/2 ekor ayam
1 sudu kecil lada hitam
3 sudu besar sos tiram
6 tangkai cili besar hijau dan merah
14 tangkai cili padi (4 tangkai untuk hiasan)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan air
4 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
2 batang serai dihiris kasar
3 helai daun limau purut
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam sos plum. Ada juga si Bob interframe lepas kenyang.

Penyediaan:
1. Sadurkan ayam dengan sos tiram dan lada hitam. Bakar ayam dalam air fryer pada suhu 200c selama 20-25 minit (tengok pada saiz ayam)

Dek kerana lada hitam kisar kasar abis, kita guna serbuk ajelah.

2. Sementara tunggu ayam masak, kita buat sambal. Dalam chopper, masukkan cili besar, 10 tangkai cili

Makaroni bakar ala Melayu, resipi best dari Sheila Rusly


 Asssalammualaikum dan salam sejahtera. Resipi makaroni bakar ala Melayu ni saya dapat dari IG @sheilarusly_jspictures lama dulu.Dah lama tak buat menu ni sebab oven rosak dan kali ni saya buat sebab guna oven kat rumah mama. Bila dah jumpa adik-beradik, tentunya mood memasak mencanak-canak. Dapat pulak sorang adik saya memang terer masak, jadinya kami divide kerja dan menu. So, ini saya kongsikan resipi best dari Sheila Rusly yang insyaAllah confirm sedap dan jadi.


Bahan: 1 pek makaroni direbus al dante & ditoskan 4 sudu besar minyak zaitun 1 labu bawang besar didadu 4 ulas bawang putih didadu 2 inci halia didadu 4 sudu besar cili giling 2 sudu besar rempah kari 1 tin kecil tomato puri 250gm daging cincang 1/2 cawan air 1 batang saderi dihiris 1 biji tomato didadu 1/2 batang lobak diparut 1/2 biji cili benggala didadu 1 sudu kecil garam 5 biji telur 1 cawan susu / susu cair Parutan keju
Penyediaan: 1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar. Goreng seketika & masukkan bawang putih & halia. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak sehingga sedikit garing & masukkan rempah kari & sedikit air. Kacau seketika. Kemudian, masuk tomato puri. Kacau hingga mesra. Selepas itu, masukkan daging cincang. Masak lebih kurang 5 minit. 3. Kemudian, masukkan batang saderi, lobak merah, tomato, cili benggala, air & garam. Kacau &

Kueh tiaw goreng macam kedai mamak kat rumah kita


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni, saya nak kongsikan menu kueh tiaw goreng yang mudah masak dan terlajak sedap. Kueh tiaw ni lebih kurang macam mamak style dan jika anda nak rasa kueh tiaw tu macam hangit-hangit skit, guna kuali yang jenis tebal k. Baru sedap ketuk-ketuk masa masak dan kueh tiaw rasa lebih berbeza jika guna kuali nipis. Ini resipi mudah anda boleh cuba. Selalunya dalam 10-15 minit masak dah siap.


Bahan:
500 gram kueh tiaw
1 cekak kucai, potong pendek
1 genggam taugeh
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
5 ekor udang dibuang
1 keping fish cake dihiris kasar
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 ketul tauhu besar diramas
1 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng seketika. Masukkan sedikit air, kacau dan biarkan cili masak sebentar. Masukkan pula sos tiram dan sedikit air, kacau dan tumis hingga cili garing.

Bila mak mertua jatuh, anak cucu menantu semua risau


Assalammualaikum & salam sejahtera. Pagi tadi, mak mertua saya jatuh di dapur. Suami baru aje keluar hantar kakak ipar balik Cheras tak sampai setengah jam. Saya pula baru aje selesai bersihkan dapur lepas masak sarapan dan bagi kucing makan. Tengah saya dok rehat kejap hadap handset dalam bilik sebelum mandi tiba-tiba terdengar suara menjerit, "Fisyah." Saya diam. Kot salah dengar ke. Bukan apa, MIL memang ada pasang radio kat ruang tamu, jadi saya ingat kot lah suara orang kat radio. Saya diam lagi. Layan lagi kerja kat phone. Pastu terdengar lagi suara jerit, "Fisyah, fisyah, fisyah" Sah. Memang suara MIL. Makin kuat

Saya terus bangun dan bukak pintu. Saya pandang kerusi kat ruang tamu dia selalu duduk. Takde. Saya toleh ke dapur. Tak nampak pulak dia. "Mak, nape mak?" Kot le dia dalam bilik, saya tunggu dia bagi permission masuk. "Sini kat dapur. Mak jatuh ni." Ah sudah! Laju saya jalan. Tengok-tengok dia dan terduduk di lantai dekat kerusi meja makan. "Eh mak. Macam mana boleh jatuh ni?" Laju saya pandang dia saya pandang sinki yang terbuka paip air. Saya pandang selipar merah yang selalu dia pakai merata. Pantas saya check kaki dia. Saya cuba bangunkan dia pelan-pelan dari arah belakang badan dia. Saya dapat angkat badan dia separuh aje dari duduk. Kaki MIL macam tak kuat nak berdiri. Semacam tenaga dia tinggal 10% aje. "Kejap mak. Fisyah letak mak balik. Kita try dari depan pulak." Saya tukar posisi. Cuba angkat dia dari arah depan.Dengan guna kederat yang ada, saya cuba sekali lagi. Tak lepas juga. Saya letak dia balik. "Jap mak. Lupa nak check. Kaki mak ok ke? Ada terpeleot ke? Tadi mak kata sakit, kot le ada patah ke?" 

Saya minta dia luruskan kaki. Dia lurus macam biasa. Saya pegang-pegang area kaki dan buku lali. Dia tak menjerit. Saya tanya dia lagi, "Mak jatuh macam mana tadi? Punggung dulu ke peha?" "Aku jatuh belah kiri. Selipar tu licin. Tu yang jatuh," dia cakap sambil saya tengok selipar yang dekat area sinki. Saya pandang lantai. Lantai kering tak basah. Saya pandang sinki yang air dok mengalir lagi. Saya bangun dan tutup paip di sinki. Saya nampak ada anak tudung dan tudung hitam dalam sinki. Sah! Dia basuh tangan aje anak tudung dan tudung tu dan nak sidai dalam bilik. Tak nak basuh sekali dalam mesin basuh. Saya jalan balik ke dia. "Mak, kalau fisyah letakkan mak duduk atas kerusi meja makan ni dulu boleh? Kita cuba ya."

Sekali lagi saya cuba angkat dia bahagian kanan badan dan tangan kiri dia cuba pegang tempat duduk kerusi. Tak lepas juga. Dia geleng-geleng kepala. Tak boleh. "Ok mak, macam ni. Fisyah sandarkan mak kat dinding dulu. Kita luruskan badan. Luruskan kaki. Fisyah try call Amy jap. Mintak tolong dia datang dan angkat sekali. Fisyah tak lepas angkat sorang ni mak." "Tak payahlah panggil dia. Dia

Kelah Buku 2026, Jurnal Diri buat peminat journaling di Malaysia


Kelah Buku 2026 baru aje berlangsung 10 Januari lalu di Taman Botani, Putrajaya. Event ni tahun lepas mereka ada buat tapi tak dapat nak join sebab mama tak sihat dan masuk hospital. Dan lebih kurang seminggu sebelum event start, saya ternampak poster promosi di medsos. Weh!! Boleh join ni. Terus tanya suami dan family kot ada yang boleh jaga MIL masa kami berdua beraktiviti di Taman Botani. Alhamdulillah, kakak ipar sorang ni kata dia boleh. Yeah... Moga Allah mudahkan urusan dia sepanjang masa sebab bantu saya dan suami.

Sambil menunggu hari Kelah Buku, ternampak poster aktiviti mereka kongsi. Ada pertandingan menjurnal sempena Kelah Buku. Saya baca syaratnya dan tetiba cakap dalam hati, 'Apa kata try join. Aku dah 5 tahun menulis jurnal kesyukuran dan decorate jurnal. Adalah skit skill kat situ'. Terus saya decide jam tu juga nak join. Dan entah macam mana, Khamis pagi tu, tengah sarapan sambil tonton Culinary Class War S2, terpandang chef-chef profesional dan ada kedai makan sendiri ni berusaha buat yang terbaik dalam masa yang diberikan oleh juri dan rancangan. Bila terdengar seorang chef ni kata dia berlatih setiap hari untuk dapatkan teknik, masakan dan penyediaan yang diharapkan masa pertandingan, terus tersentap jap. 'Kalau mereka yang profesional pun sanggup berlatih untuk mempersembahkan yang terbaik, takkan aku nak walk-in gitu aje dalam pertandingan jurnal tu. Kena design dan sketch skit ni'. Apalagi, settle aje urusan rumah dan order buku, terus aje design dan tulis barang nak bawa. 

Dan Jumaat malam sebelum event esok, tetiba rasa nak bagi goodies kecil dan jurnal kesyukuran Pelengkap Kegembiraan kepada orang tertentu. Apalagi, laju aje balut jurnal dan sediakan pouch kecil untuk pengunjung bertuah (gula-gula tu sempatlah beli masa nak beli barang dapur petangnya).

Dapatlah sediakan pouch kecil berisi kalender tahun baru, gula-gula dan batu motivasi.

Hari Kelah Buku 2026, ingatkan nak pi dalam 7.30. Udahnya kol 8.15 juga gerak sebab settlekan hal si bulus dulu. Sampai aje kat Taman Botani kol 8.40 gitu, rupanya dah berderet kereta beratur nak masuk ke dalam kawasan parking. Udahnya, kami terpaksa parking jauh sebab suami tak nak kereta dia kena saman. Gigih diknon kami berjalan dekat 2km nak sampai ke tapak acara. Kiranya kami settle letak

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...