Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 13 Mac 2020

Kuah Kacang Yang Sedap & Mudah Dimasak


Kuah kacang yang sedap untuk nasi impit.

Rasa macam hari raya pula bila buat menu ni. Menu yang sedap juga bila makan dengan kuah lontong.

Untuk yang teringin nak buat untuk minum petang ni atau sarapan esok, ini resipinya. Nak lagi sedap, guna gula melaka atau gula anau.

Bahan:
500gm kacang tanah
2 biji bawang besar dihiris
1 cawan cili giling
1 cawan gula melaka/gula anau/gula putih
1 cawan minyak sayuran
3 cawan air
1 sudu besar garam halus

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & sangai kacang tanah. Masak tanpa minyak ni sehingga kebanyakan kulit kacang kehitaman & dengar banyak bunyi letupan kecil kulit kacang. Tutup api & letak kacang atas dulang & sejukkan seketika. Kemudian, ramas kacang untuk membuang kulitnya (jika kulit tak dibuang, kuah kacang akan rasa pahit).


2. Setelah settle buang kulit kacang. Masukkan kacang ke dalam blender. Masukkan air sedikit agar bahan dapat dikisar 80% lumat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali besar. Setelah panas, masukkan hirisan bawang. Setelah naik bau, masukkan cili giling & masak hingga naik minyak.


4. Masukkan pula kacang yang dah dikisar. Kacau sebentar & masukkan air. Kacau hingga mesra. Setelah menggelegak, masukkan gula & garam ke dalam kuah. Kacau hingga mesra. Kuah kacang mesti ada rasa manisnya. Masak hingga kuah menggelegak & mengeluarkan sedikit minyak. Tutup api & biarkan kuah sejuk sedikit baru dihidang. Siap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...