Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 24 Februari 2017

5 Bintang Untuk Raudhah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, rezeki saya kali ini dapat baca buku yang sangat bagus. Saya berikan naskhah buku thriller tulisan Ramlee Awang Murshid ini 5 bintang.

Untuk lengkapkan koleksi bacaan saya bulan Februari yang betul-betul lengkap membaca, saya ambil buku Raudhah ini yang ada dalam stok saya sejak bulan Januari. Kerana hambatan kerja harian dan lain-lain, saya mengambil masa hampir 3 hari untuk selesaikan bacaan.

Pada awal novel ini, prolognya menceritakan tentang seorang 'Awwabin' - Orang yang Bertaubat. Dan bila masuk bab satu & berikutnya, kisah tentang Faris si Joker, professional contract killer yang membunuh orang berdasarkan pada emel yang diterima daripada White. Kebanyakannya adalah penjenayah kolar putih. Dan satu hari, Faris, tiba-tiba diserang heart attack ketika berada di sebuah restoran. Dan jantungnya berhenti berdenyut selama 3 minit & kemudiannya dia hidup kembali.

Hampir separuh dari novel ini menceritakan tentang Joker @ Faris yang ingin kembali bertaubat selepas terjumpa rakan lamanya, Hambali di Masjid Negara, tentang bagaimana Joker terbentuk dan membunuh serta bagaimana Faris & Hambali ingin berlepas diri daripada cengkaman White. Dalam pada membaca plot tersebut, tanpa dipinta, air mata saya terbit. Cara Faris ingin kembali pada jalan Allah dan kekuatan yang Hambali berikan serta selitan pernyataan bahawa 'Semua dosa diampun kecuali SYIRIK KEPADA ALLAH', membuatkan saya secara tak langsung berfikir, betapa Allah sangat sayang pada hambaNYA. Sebesar apa pun dan sebanyak mana pun dosa kita, jika kita meminta ampun dan bertaubat, DIA tetap akan memaafkan kita. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...

Dan sebaik Faris ke tanah suci untuk menunaikan umrah sebagai cara untuk dia kembali bertaubat pada Allah, satu lagi ujian terpaksa dia hadapi. Dia dituduh membunuh seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang dari Masjid Nabawi menuju ke hotel. Dia dipenjarakan dan dikenakan hukum hudud sebagai undang-undang yang terlaksana di sana. Kebesaran Allah atau erti kata lain, keajaiban berlaku. Perlaksanaannya ditangguhkan dari satu masa ke satu masa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan pada masa sampai hukuman dijalankan, isteri lelaki yang menuduh Faris tetap tidak mahu memaafkannya sehinggalah Faris menyatakan, "Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku... memaafkanmu atas khilaf ini." Dan hampir sahaja pedang mahu memancung leher Faris, si isteri menjerit supaya tunggu. Dan akhirnya dia memaafkan... Exactly ada sebab tertentu yang membuatkan wanita itu memaafkan. Silalah baca novel ini ya. Nanti tak surprise pula.

Dan rupanya, hampir nak ending, satu lagi kejutan penulis telah buat. Rupanya everything yang diceritakan sebelum ini rupanya berlaku dalam alam koma selama 3 minit yang berlaku tu. Nampak seperti tidak logik kan? Tapi, jika anda teringat kisah lelaki yang hilang di Bukit Broga baru ini, anda akan nampak persamaannya. Masa di dunia kita dan dunia sebaliknya adalah tidak sama. Dan jika anda teliti hadis berkaitan waktu lamanya kita di Barzakh, alam kubur, di neraka (nauzubillah..), juga adalah berbeza. Anda akan faham bahawa apa sahaja yang berlaku adalah atas kehebatan Allah yang Mencipta masa itu.

Ending novel ini, rasanya biarlah saya rahsiakan. Kiranya nanti jika saya ceritakan semua, tak thrill pula novel thriller ni :)

Anyway, thank you Ramlee Awang Murshid for this novel. Ia mampu membuatkan saya mengingati Allah dan secara tidak langsung berusaha belajar untuk sentiasa bersangka baik kepadaNYA.

Happy reading everyone.

Selasa, 14 Februari 2017

Burger Sloppy Joe yang mudah dan sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah alang-alang saya update resipi, saya tambah lagi resipi untuk Sloppy Joe.
Excatly bukan saya yang masak, encik hubby. Entah apa angin dia last week, tetiba dia cakap, "Yang, saya ingat nak try buat sloppy joe lah." Bila saya dengar tu, confirmlah suka. Ada orang nak masak... yeay...

Siapa pernah tonton filem It Takes Two masa kecil dulu, anda akan perasan yang kanak-kanak di dalam kem tu ada makan Sloppy Joe dekat dining mereka. Dan, memang nampak macam best aje makanan tu meskipun simple aje rupanya.

So, here are the recipe. Ada beberapa tambahan bahan banding yang asal. Haruslah ikut tekak orang asia kan...
Enjoy...

Bahan-bahan:
1. 500gm daging cincang (saya guna jenama Ramlee)
2. 1 biji bawang besar. Potong dadu
3. 1 biji cili benggal. Tak kisah nak guna hijau, kuning atau merah
4. 4 ulas bawang putih. Cincang
5. 2 sudu besar minyak zaitun. Jika tiada, guna minyak jagung
6. 2 sudu kecil paprika
7. 2 sudu besar gula perang
8. 2-3 sudu kecil worchesteshire sos
9. 2 sudu besar sos tomato
10. 3 sudu besar sos cili
11. 1 tin tomato puri
12. 1/4 cawan air
13. 1/2 batang parutan lobak merah
14. Garam dan lada hitam
15. Gula secukup rasa
16. Roti burger atau hotdog


Penyediaan:
1. Potong separuh roti burger dan sapukan mentega di kedua-dua belah. Bakar atas kuali panas tanpa minyak. Letak ketepi bila selesai.
2. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Kemudian masukkan daging cincang dan pecah-pecahkannya. Masak sehingga tiada lagi darah yang keluar dan air menjadi kurang. Kemudian, masukkan bawang, cili benggala & lobak. Gaul rata.
3. Masukkan paprika, bawang putih, garam & lada hitam. Masak bahan-bahan ini dalam 5 minit pada api sederhana. Gaul sekali sekala.
4. Masukkan gula perang dan gaul selama 1 minit. Kemudian, masukkan pula tomato puri, sos tomato & sos cili. Gaul mesra bahan-bahan. Gunakan api kecil dan biarkan bahan-bahan masak lebih kurang 15 minit. Gaul sekali-sekala.
5. Rasa masakan dan jika ada apa-apa yang kurang, tambahkan ikut citarasa anda.
6. Setelah masak, letakkan 1 senduk sos daging tadi di atas burger dan kapitkan (seperti dalam gambar). Siap & boleh dimakan.

Ini versi guna roti hotdog. Plus, suami add on telur dadar & keju.

Happy cooking

Isnin, 13 Februari 2017

Kek Pisang Aroma Lemon @ Banana Cake With Lemon Aroma


Assalammualaikum & Salam Sejahtera everyone...

Kek pisang bukan setakat sedap dimakan tapi pada saya, ada beberapa kenangan manis tentang kek pisang ni dengan encik hubby. Both of us very love to eat this cake. Dari muda sampailah sekarang.

Dan tengahari tadi dia cakap, "Yang, simpan kek ni dalam fridge lah. Kang berkulat."
Dan jawapan saya, "Tak sempat berkulat, kalau tak hari ni habis, esok confirm punya. Ramai peminatnya dalam rumah ni."

Dan telahan saya betul. petang tadi saya buka tupperware, dah tinggal beberapa ketul aje.

So, jom saya kongsikan resipinya yang mudah dan insyaAllah sedap untuk percubaan anda.
Anda boleh letak dalam loyang seperti roti atau letakkan dalam bekas remakins ataupun dalam kertas untuk cupcakes. Mana-mana yang anda suka.
Plus, kek ni special sikit sebab saya letakkan jus lemon dan parutan kulit lemon. So, bila anda makan, bau lemon akan sedikit bertindih dengan bau pisang (ala-ala macam Masterchef gitu, hehehe...)

Bahan-bahan:
1. 1 cawan gula kastor
2. 2 cawan minyak jagung
3. 4 biji telur A (suhu bilik)
4. 1 cawan tepung gandum
5. 1 sudu kecil baking powder
6. 1 sudu kecil soda bikarbonat
7. 1 sudu kecil esen vanilla
8. 1 sudu besar jus lemon
9. 1 sudu kecil parutan kulit lemon

Penyediaan:
1. Guna mixer: blend gula kastor, minyak jagung, telur dalam 3-5 minit.
2. Gaul guna spatula: campurkan semua bahan 4-9 dengan adunan pertama. Gaul sehingga mesra dan letakkan dalam dulang pembakar yang diletakkan tracing paper/kertas minyak di bawahnya.
3. Bakar pada suhu 170°c selama 1/2 jam dan kemudian turunkan suhu pada 150°c dan bakar lagi 20 minit lagi sehingga masak.

Happy cooking

Sagu Gula Melaka yang Sedap & Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Manisan atau dessert yang antaranya saya suka. Enak dimakan di kala ia sejuk dan di kala kita rasa stress. I really meant it. You just try it.

So, here are the recipe for this marvellous dessert. Anda cuba, dan anda pasti suka. InsyaAllah.

Bahan-bahan:
1.  1 cawan sagu
2. 2 ketul besar gula melaka (dalam 500gm)
3. 1 cawan air
4. 1 helai daun pandan. Bersiha & simpulkan ia.
5. 1 sudu besar gula pasir
6. 200ml santan kelapa
7. 100ml air untuk dimasak dengan santan
8. 1/4 sudu kecil garam
9. Bekas untuk mengisi sagu (apa sahaja yang anda ada)

Penyediaan:
1. 1 cawan sagu. Basuh dan rebus pada api sederhana sehingga sagu masak. Masukkan dalam cawan atau bekas kecil (jika nak makan dalam mangkuk). Letakkan dalam fridge selama 1 jam.
2. Masak 2 ketul gula melaka dengan secawan air & sehelai daun pandan. Jika nak rasa manis sikit, letakkan sesudu besar gula pasir. Masak sehingga gula melaka sedikit pekat & tutup api. Rehatkan sehingga gula sejuk.
3. 200ml santan kelapa + 100ml air dimasak pada api kecil. Letakkan suku sudu kecil garam. Kacau sehingga santan masak & tutup api. Ketepikan.
4. Bila ingin makan, letakkan seperti di dalam gambar ya

Happy cooking

Ahad, 5 Februari 2017

Masalodeh / wadeh / vadei, kegemaran suami & abah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Masalodeh @ wadeh @ vadei, sejenis kuih tradisi India yang cukup digemari oleh abah saya & suami. Kedua-dua mereka akan membeli kuih ini jika ke pasar malam hari Sabtu di Ampang atau di mana sahaja kedai @ gerai yang menjual kuih ini (pastikan nampak tempting di mata mereka).

Dan entah bagaimana, ternampak kuih ini encik mat gebu membuatnya di dalam instagram & web dia. Perasaan saya terus meronta-ronta nak ngetest buat bila mana 'mood' memasak seminggu dua ni macam ok aje.

So, saya dan suami pun ngetestlah buat makanan ini semalam. Ada beberapa tempat 'hiccup'nya tapi Alhamdulillah, menjadi juga. Dan berketul-ketul kuih ni encik suami makan sampai ke malam. Saya pun hanya makan 2-3 ketul aje. Katanya, sedaplah resipi yang encik mat ni kongsi.

So, jom saya kongsikan resipinya untuk 500gram kacang dhal (itu yang supermarket dah siap packing).

Bahan-bahan:
500 gram kacang dhal, cuci dan rendam 5 - 6 jam
1 biji bawang besar, cincang halus (buat aje ala-ala macam kat chef food network buat)
2 camca teh jintan manis
2 camca teh jintan putih
4 tangkai daun kari, basuh & dilurut
6 tangkai cili kering, cuci, lap kering, belah tengah memanjang dan buang bijinya. Hiris atau gunting halus.
1/2 camca teh gula (optional)
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Toskan kacang dhal, masukkan ke dalam mesin pengisar makanan atau blender. Kisar hingga separuh hancur. Kot lah masa anda blend tu macam tak berapa nak gerak kacang dhal tu, JANGAN tambah air. Anda hanya perlu goncangkan isi blender atau kacau dengan sudu panjang skit.
2. Masukkan gula, garam, daun kari, jintan manis dan jintan putih. Kisar lagi hingga kacang dhal halus dan sebati dengan bahan lain.
3. Alihkan bahan dalam blender ke dalam mangkuk besar. Masukkan bawang besar dan hirisan cili kering. Gaul rata.
4. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi garam. Sediakan dulang yang dialas dengan plastik bersih. Ia bagi memudahkan proses anda mengambil adunan. Ambil 1 sudu besar adunan atau nak banyak sikit, bulat-bulatkan seperti membuat begedil. Susun dalam dulang beralas plastik tadi. Buat hingga selesai.


5. Panaskan minyak untuk goreng. Kuantiti minyak adalah dengan pastikan adunan tenggelam dalam minyak nanti bila diletak. Perlahan2 ambil sekeping masalodeh yang siap dibentuk tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati2 agar ia tidak hancur. Goreng untuk 3 - 4 keping sekali goreng. Biar sekejap hingga kekuningan, baru dibalikkan. Masak hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Goreng adunan lain sehingga selesai. Siap.

Happy cooking

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...