Isnin, 2010 Februari 08
Tawakal
Apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatanNya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan Allah pada saat menghadapi kesusahan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq 64:3)
Jangan keliru dengan memisahkan antara usaha dan tawakal. Telah datang kepda Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan sahaja kemudian saya bertawakal?" Rasulullah s.a.w. menjawab, maksudnya: "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah." (Riwayat al-Tirmizi).
Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. juga turut digelar al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan al-Amin.
Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:
1. Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kefakiran.
2. Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala laranganNya.
3. Sumber kekuatan, antaranya diriwayatkan dalam sesetengah athar bahawa malaikat mampu menanggung Arasy dengan membaca lafaz: Lahaulawalakuwataillahbillah.
4. Membentuk sikap optimis tentang segala-galanya.
5. Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah s.w.t.
6. Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.
Sabtu, 2010 Februari 06
Selsema, sakit tekak n demam
So sekarang ni, nak menulis pun dok pegang tisu aje. Mood pun kadang-kadang takde. Harap-harap selepas ini banyak idea yang baik Allah kurniakan pada saya. Amin...
Sabtu, 2010 Januari 23
Putrajaya Challenge Park yang sunyi
Di dalam bangunan tu pun saya lihat hanya ada empat orang aje yang dok belajar ber'wall climbing'. Aduih, sedih benar bila saya tengok suasana di dua tempat yang sepatutnya boleh menarik ramai pengunjung ni.Isnin, 2010 Januari 18
kerja kerja kerja solat kerja kerja tidur...
Buat ini tak kena, buat itu tak kena, bila dah siap yang ni nak kena buat yang tu pulak. Huish, memang terduga betullah saya sebulan dua ni. Minta-minta Allah sentiasa bantu saya menjalani hidup ini dengan bantuan, rahmat dan kasih sayangnya.
Ahad, 2010 Januari 10
Alvin & The Chipmunks 2: The Squeakqual
Jumaat baru ni saya nonton cerita Alvin & the chipmunks 2. Puas hati dan kelakar, itu yang ada dalam hati dan minda saya. Ceritanya yang sentiasa ceria, lawak yang bersahaja dan watak-watak chipmunks yang comel especially Theodore memang buat saya dan seisi pawagam ketawa mengekeh.Dalam pada cerita yang menarik ini, terselit juga pengajaran buat kita. Antaranya, kita jangan suka hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja tetapi cari maklumat dan masa untuk mendengar cerita daripada pihak yang satu lagi. Orang sekarang memang suka memanupulasikan pelbagai maklumat dan kebenaran asalkan apa yang dikatakan itu mengikut citarasanya. Dan akhirnya, kita sendiri yang akan menyesal kerana tidak periksa pada awalnya cerita yang kita dengar.
Well, untuk cerita kelakar dengan watak-watak comel ni saya bagi 5 bintang. Memang puas hati dan pastinya tiada kanak-kanak dan orang dewasa (yang minat movie ya) yang akan berganjak dari kerusi selagi cerita ini tidak habis.
Ahad, 2010 Januari 03
Saba Middle Eastern Cuisine Restaurant @ Cyberjaya
Masa sampai tu, saya nengok bukan main ramai lagi orang kat situ. Dalam hati dok pikir, mesti lama baru dapat makanan. Tapi Alhamdulillah, tak sampai 15 minit, nasi yang saya order pun muncul di depan mata.

Ni dia menu yang saya memang nak makan buat kali kedua. Lamb Hanith. Pergh! Memang sedap. Nasinya bukan sahaja lembut tapi daging kambing yang dimasak dalam kertas aluminium ni sedap, tiada bau hamis dan lembut yang teramat. Saya ambil regular saiz aje. Itu pun tak abis coz banyaknya... Bayangkan kalau ambil large, mau terbaring saya kihkihkih...
Ni pulak kebab yang diorder oleh hubby saya. Daging ayam yang ala-ala macam sausage tu dilipas ke dalam roti pita yang ada. Taruk le sekali mayonis di dalamnya. Tapi mungkin kerana ramai sangat orang semalam, hubby saya nak mintak sos pun dah malas. Tapi makan dengan mayonisnya pun sedap gak.Air banana milkshake yang kami berdua order tu dapat lambat sikit. Tapi memang sedap air tu cuma saya sarankan kalau makan nasi tu orderlah air jus atau barbican yang didatangkan dengan perisa rasberry, apple, lemon dan peach. Kira macam air gas ler. Oleh kerana saya tak tahu, makanya cepatlah saya kekenyangan malam tu...
Anyway, saya bagi 5 bintang ler kat restoran ni. Bukan sahaja sedap malahan makanan yang diorder pun cepat sampai walaupun ramai orang beratur nak makan di situ (pilihlah sama ada nak makan dalam restoran atau di luar sahaja). So, cuba jangan tak cuba...
Selasa, 2009 Disember 22
Menyambut pengantin plus cuti-cuti Malaysia

Rombongan keluarga kami. Adalah dalam sepuluh buah kereta keluarga jugalah yang mengiringinya.
Settle aje kenduri kahwin, zoom kami ke Pengkalan Kubor. Apa lagi, shopping dan jalan-jalan. Hehehe... Dekat nak maghrib, baru kami balik ke hotel. Malam pulak saya dan suami ada dating dengan member belajar saya sewaktu di UMS. Dah 3 tahun lebih saya tak jumpa dia. Dan keesokan harinya dan hari Ahad, apa lagi aktiviti yang menarik kalau tak bershopping, makan-makan dan melawat tempat-tempat menarik.

Gambar atas: Kedai di Pasar Siti Khadijah yang saya dah borong baju kaftannya. Gambar tengah: 3 orang hero saya dok syok ngadap Laut China Selatan di PCB. Gambar bawah: Saya dan PD n adiknya. Dia skarang business ambil gambar orang kahwin n macam2 function. Murah jugaklah rezeki dia.

Kalau tengok gambar kanak nampak macam cawan biasa tapi sebenarnya, air milo panas dalam tu diisi dalam cawan yang 3 kali ganda besarnya. Mengah gak suami saya nak mengabihkannya. Saya plak try teh 'o' ais laicinyam pun sedap gak. Kiranya restoran Biker's dekat depan sungai Kelantan ni okey2 jugalah rasa makanannya.

Ni pula gambar masa on the way nak balik Nilai. Kami ikut Grik kerana Kuala Krai masa tu banjir. Walau apapun, pemandangannya memang tak menghampakan. Yang paling bestnya dapat merasa udara segar Banjaran Titiwangsa dan berehat di Tasik Belum. Memang indah betullah pemandangannya.

Sampai aje di bandar Kuala Kangsar, kami terus ke kedai makan di tepi Sungai Perak. Pemandangan bukan sahaja cantik tetapi juga cendol, pasembor dan maggi goreng mamaknya meang sodap. Di sini ada banyak gerai makan dan gerai menjual barangan rotan buatan orang kampung. Kiranyan kalau nak beli bakul, beg anyaman dan cenderahati, sini ada pelbagai pilihan untuk semua.
