Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 22 November 2014

My youngest sister sudah jadi isteri orang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Blog agak ditinggalkan sedikit lama. Diri ini bukan sahaja sibuk dengan urusan diri dan perniagaan tetapi juga urusan keluarga yang menuntut perhatian. Seminggu yang lalu, adik bongsu saya sudah selamat diijab kabul. Menjadi suri hati lelaki yang dicintainya. Bila lihat wajah ini, berharap yang mereka kekal perkahwinannya sehingga ke syurga.


Dikala melihat mereka diijab kabulkan, hati terdetik, mampukah dia menghadapi alam rumahtangga yang ada pasang surutnya? Mampukah dia bersabar dengan ujian yang bakal datang dalam pada kita tidak mahukannya? Tapi saya tahu, setiap apa yang berlaku sudah ketentuan oleh DIA yang Maha Berkuasa. DIA lebih tahu waktu dan tika yang sesuai dan terbaik untuk setiap hambaNya. Dan apabila dia sudah sah bergelar isteri, saya ter'tangkap' wajah abah. Rupanya dia sedih. Dia cepat-cepat menyapu air mata yang terbit dari mata. Tidak mahu tertangkap oleh orang lain tapi ditakdirkan terlihat oleh saya. Apa dalam hatinya, hanya ALLAH yang tahu. Moga doa sentiasa dititip olehnya pada anak-anaknya.


Alhamdulillah, akhirnya kami berempat sudah selamat menjadi suri hati pasangan masing-masing. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan kami pasangan yang saling lengkap melengkapi untuk kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri. Moga hubungan kekeluarga ini terjalin dengan eratnya antara banyak keluarga. Moga abah dan mama dikurniakan kesihatan yang baik untuk melihat kemunculan cucu-cucu mereka. :)


Alhamdulillah, kami berdua juga sudah selamat melayari bahtera perkahwinan selama 8 tahun. Dugaan, ujian, kesabaran dan macam-macam lagi sudah ditempuhi. Yang akan datang, kami pohon agar Allah memberikan kami kekuatan, kasih dan sayang serta kesabaran dalam menempuhinya. Moga hubungan kami berdua juga kekal hingga ke syurga. Saya ada kekurangan dan kelebihan, suami juga begitu. Dan Allah mentakdirkan kami bersama agar ia menjadi terbaik buat kami. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu dan hanya padaNya tempat kita mengadu dan berharap.

Selamat Pengantin Baru my dearest sister yang selalu bergaduh dan bertikam lidah dengan saya. Moga berbahagia buat selamanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...