Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi kuih gunting ibu mertuaku...


Salam semua...
 Kali ni saya nak kongsikan resipi kuih gunting atau ada orang panggil kuih siput.

Saya sebenarnya makan kuih ni pun kadang2 aje. Bukan apa, selalu terkena makan yang keras kalau beli di kedai atau di rumah orang time jalan raya. Aduhai, sakitnya gigi tang nak kunyah tu. Dan kali ni, saya kongsikan resipinya sebab en. hubby saya suka. Itu pun saya baru tahu bila mak saya belikan 1 tupperware kuih gunting ni dan letak di rumah. Masa saya nak buka tupperware tu, hamik kau, orang tu jual RM13 1 bekas. Waduh waduh... mahal giler. Tapi, nasib baik sedap dan tak keras sangat. Alhamdulillah.

Masa saya offer hubby kuih tu masa tunggu saya habis masak untuk makan malam, rupanya seronok aje dia kunyah kuih tu macam makan nasik. Saya tanya le dia, sedap ke? Dia kata ok lah. Tapi lepas tu keluar le ayat ni dari mulut dia, "Mak dulu buat gak kuih gunting. Sedap. Sekarang dah tak buat dah. Masa raya selalu gak kita orang makan." Jeng jeng jeng... Bila sudah disuarakan begitu, nampak gayanya bini dia ni kena menuntut ilmu buat kuih gunting dengan maknya.

Balik aje Nilai, esoknya saya mintak ibu mertuaku itu ajar buat kuih gunting. Musykil jap dia. So, saya story le apa yang sebenarnya dah terjadi. Dengan senangnya dia suruh saya belikan bahan2 untuk buat kuih tersebut meskipun dah dekat 7-8 tahun dia tak buat dah kuih tu.

Jom kita buat kuih gunting...
Bahan2nya:
1. 1 kg tepung gandum
2. 4-5 biji telur ayam suhu bilik (kalau besar amik 4 biji. kalau kecik amik 5 le)
3. Planta
4. 2 sudu cili giling
5. 4-5 biji bawang merah (yg kecik tu tau, bukan besar)
6. Daun bawang dihiris halus
7. Daun sup dihiris halus
8. 3/4 cawan air garam
9. Air suam setengah cawan
10. Minyak untuk menggoreng

Cara2 membuatnya:
1. Potong bawang merah. Memanjang boleh, potong macam masak spaghetti pun boleh. Petua orang tua, basuh bawang time dah dibuang kulitnya baru potong. Jika tidak, bawang lambat garing bila digoreng.
2. Goreng bawang sehingga warna keemasan dan letak dalam piring sehingga sejuk.
3. Dalam bekas lain pula, masukkan tepung gandum tapi jangan habiskan terus sebab nanti baki tepung tu nak ditabur masa nak giling adunan dan tabur atas bekas selepas dipotong. Campurkan juga, cili giling, planta dalam 4 sudu, telur, daun bawang, daun sup, bawang goreng yang dah sejuk sedikit dan air suam. Gaul sehingga mesra. Kemudian letak air garam dua sudu sesekali bila adunan keras. Jangan letak semua takut nanti kuih jadi masin.
4. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan terlalu keras.
5. Bila dah siap, mula giling adunan. Taburkan sedikit tepung gandum atas papan penggiling dan juga atas bekas lain untuk letak adunan yang dah digunting agar tidak melekat.
6. Ambil sedikit adunan tadi dan giling sehingga ia leper. Macam dalam gambar di atas. Jangan tebal sangat sebab takut kuih tu akan mengembang bila menggoreng nanti. Tak pasal2 tukar nama kuih tembam. Ngeee...
7. Bila dah leper, amik pisau dah toreh. Kemudian, amik kuih yang dah ditoreh tu lalu potong dengan gunting. Jika suka besar, potong besar. Jika kecil, kecillah.
8. Bila agak2 bekas yang letak adunan kuih yang dah digunting tu macam takde tempat lagi (letak rata2 jangan timba2kan sangat dia), boleh le menggoreng.
9. Goreng dengan api sederhana besar. Dan kemudian toskan. Lepas tu apa lagi, dah sejuk aje, makan ler.... krup krap krup krap

Happy trying & cooking...

21 ulasan:

  1. adamayra: ok. saya dah betulkan. tq utk pemberitahuan. :)

    BalasPadam
  2. Mmm... sedap ni... I nk cuba buatlh... ni klu time raya mkn sdp... krup2 krup2.... n mkn bnyk pon x jemu...mm

    BalasPadam
  3. serbuk kari tak payah letak ke,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya x ya juga.tanpa nama

      Padam
    2. Kalau letak daun kari jadi muruku.

      Padam
  4. Sue: Cuba jg tak cuba. mmg sedap :)

    BalasPadam
  5. Untuk resipi ibu mertua saya ni, tak perlu. :)

    BalasPadam
  6. Thank you so much for posting this. I've been obsessed with kuih gunting since I tried it at my friend's house last year. Can't wait to try this recipe :-)

    BalasPadam
  7. Sedap nye mmg my favorite nk try buat lh

    BalasPadam
  8. Sedap tengok mesti sy cuba

    BalasPadam
  9. Telur pakai kuning saje @ pakai dua2?

    BalasPadam
  10. Tinie: planta tu 1 bekas yg 250gm tu (saiz kecil bkn yg besar tinggi tu)

    BalasPadam
  11. garam berapa sudu nak letak dalam air

    BalasPadam
  12. tanpa nama: dalam 2 sudu kecil garam

    BalasPadam
  13. klu planta ganti ngan buttercup bole ke..sbb kt Umah byk buttercup..planta xde pulak.

    BalasPadam
  14. azura: kalau ikut kata mak mertua saya, planta lagi cantik dan lembut kuih tu jadinya. Tapi mungkin cik blh cuba :)

    BalasPadam
  15. mohon shre resepi anda,trima ksih

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...