Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

Sup ketam yang sedap layan bila badan dan tekak tak sihat


Assalammualaikum & salam sejahtera. Sup ketam memang menu akan dicari bila demam dan batuk melarat lebih dari 3 hari. Bukan apa, tekak sakit, badan lemah dan tidur pun tak berapa kena. Jadinya, nak naikkan selera dan ubat tekak agar tak makan pedas sangat, makanya, sup adalah ubatnya.

Saya tak minta banyak bila masak sup ketam. Selalunya minta 2 ekor aje. Ialah, nak makan beria, tak juga sebab dah tak sihat. Setakat cukup syarat je. Ini resipinya anda boleh cuba. Jika anda tak sihat bila baca posting sup ketam ni, moga Allah berikan anda kesembuhan kembali. Nikmat mana lagi kita hendak dustakan kan...

Bahan:

Ketam - 2 ekor dipotong dua & cuci bersih
Bawang besar - 1/2 labu dihiris halus
Bawang putih -2 dicincang halus
Bunga lawang - 1 kuntum
Bunga cengkih - 2 biji
Minyak zaitun -2 sudu besar (boleh aje pakai minyak sayuran)
Lobak merah - 1 batang dikerat 4 bahagian & potong suku
Batang saderi - 2 batang potong serong
Rempah sup - 1 pek kecil
Air - 2 cawan
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang dan bunga cengkih. Kemudian tumis bawang dan bawang putih.
2. Setelah naik bau, masukkan air dan lobak merah. Masak sehingga air mendidih. Kemudian, masukkan pula batang saderi.
3. Lebih kurang 2 minit, masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan sedikit air. Masak lebih kurang 5 minit dan kemudian masukkan ketam.
4. Pastikan api sederhana besar bila ketam dah dimasukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga ketam kelihatan kulitnya sudah semuanya merah dan isi dalamnya nampak masak (kalau belah 2 tu, confirm boleh nampak isi dalam ketam masak cantik).
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebentar. Bila rasa dah ok, tutup api dan hidangkan sup ketam kita dalam mangkuk besar. 



Menu sup tulang dagingnya empuk, pasti bersudu-sudu makan.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menu sup tulang daging empuk, menu simple di bulan puasa, hujung minggu mahupun raya. Sup tulang ni enak dimakan dengan bihun, nasi mahupun mi kuning. Nak sedap lagi, standby cili kicap dan bergedil. Confirm bertambah apa yang dimakan tu 😁😁

Kat pasar Nilai ni, kekadang aje ada orang berjualan daging dan tulang ni. Rezeki kamilah haritu bila ke pasar dapat beli. Ajak sekali family kak ipar datang berbuka. Masaknya mudah aje. InsyaAllah, Allah beri sedap.

Bahan tumbuk halus:
1 inci halia
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:
1 kg tulang lembu yang masih ada daging
1 sup bunjut 'sup tulang' Adabi
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar rempah sup
1/2 cawan air (disatukan dengan rempah sup)
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk (boleh aje guna dah siap kisar)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Penyediaan:
1. Tulang lembu dicuci bersih, gaul dengan tepung gandum dan garam hingga rata. Perap 15 minit dan cuci hingga bersih. Masukkan tulang lembu dalam periuk, masukkan air hingga tenggelam dan rebus 30

Kueh tiaw ladna yang power. Sekali makan mesti jatuh cinta.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi kueh tiaw ladna ni saya ambil dari YouTube @che_nom . Memang sedap. Kak ipar, suami n mak mertua pun suka. Dapat ke ayah mertua, dia tengok macam pelik aje. Tak nak dirasanya. Dia sejenis kalau tengok cam pelik, memang tak dimakannya. Dia bagi orang lain aje makan. 

Untuk resipi ni, rasanya pun tak pedas mana. Jika anda suka pedas, letak aje cili potong dalamnya. Ini resipinya untuk anda cuba. Saya guna apa aje ada di dapur. Jika anda nak ikut style Cik Nom, boleh ke webnya atau channel youtube dia.😊

Bahan kueh tiaw:
1 bungkus kueh tiaw dibasuh bersih
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar kicap manis

Bahan kuah:
3 sudu minyak masak
8 ekor udang saiz sederhana
4 ulas bawang putih didadu
2 bahagian isi ayam didadu besar
1 sudu kecil lada sulah
5 tangkai cili padi kerat dua
1 batang lobak merah dihiris & potong dua
2 batang sayur bok choy
2 sudu besar sos tiram
5 cawan air
1 kiub pati ayam
1 ekor sotong saiz sederhana dihiris kasar
Garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan air
1 biji telur
1 biji tomato potong 6
Jika suka pedas, boleh buat cili kicap

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan kueh tiaw & kacau sebentar. Masukkan kicap

Resipi sup ayam serius sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama kali buat sup ayam letak segala macam rempah ni. Selalunya letak bahan asasnya (sup nasi ayam). Rasa sangat lain & bila makan sambil letak bawang goreng, rasanya makin terangkat.

Dan oleh kerana ada baki kuah & ayam sedikit, saya buat bubur nasi. Udahnya rasa dah macam bubur lambuk. Marbeles. TQ @matgebu untuk resipi di web.
Ini bahannya, anda boleh cuba.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 14
1.5 liter air
2 biji kentang dipotong wedges
1 batang lobak merah dipotong 4 & di'wedges'kan
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Penyediaan:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih & toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" & tumis hingga wangi & terbit minyak. Masukkan ayam , lobak & kentang, gaul rata & masak sekejap hingga ayam kecut.
2. Tuang air & masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng & daun sup yang dipotong kasar. Perlahankana api dan renihkan.
3. Tambah kiub pati ayam & garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa & jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng untuk dihidang.

Sup Sayur, sedap makan dengan nasi, mi, bihun atau kuehtiaw


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Untuk menu sup sayur ni, anda guna aje apa sahaja jenis sayur yang suka/ada & letakkanlah ayam/fish balls/ fish cake atau apa aje. Nak rasa sedap skit, boleh letakkan kiub pati ayam seketul.

Kalau tak nak makan dengan nasi, celur aje bihun , mee atau mi kering. Letak cili potong dengan kicap. Perghh!!!

Bahan:
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris / ketul
2 sudu besar minyak zaitun
5 - 7 biji fishball dibelah dua
2 batang fish cake dihiris
5-6 baby corn potong dua
1/2 batang kubis panjang 
2 batang saderi dihiris serong
1 batang lobak merah dihiris serong
1 batang cili merah dihiris serong
1 liter air
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Sup Yong Tau Foo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sup Yong Tau Foo yang boleh dibuat di rumah. Takyah pening-pening nak beli kat luar.

For the 1st time saya buat menu ni. Selalunya beli kat pasar malam. Dek kerana kat sini susah nak dapat Yong Tau Foo sedap, makanya gigih akak cari resipi. Alhamdulillah... Jumpa kat blog ummizzkitchen.
Ini resipinya.

Bahan:
3 1/2 liter air
1 cawan ikan bilis, dibasuh & toskan
1 sudu besar lada putih
6 ulas bawang putih diketuk
2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan periuk pada api sederhana & masukkan bawang putih (masak tanpa minyak). Masak seketika & kemudian masukkan air, ikan bilis, lada putih & kiub pati ayam. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan gula & garam secukup rasa. Renih sup dalam 1 jam & kemudian tapis airnya ke dalam periuk lain. Siap.

p/s: jika nak celur bahan2 Yong Tau Foo lain, boleh aje masuk dalam periuk sup yg dah ditapis. .

Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sup labu berkrim, selalu saya nampak dalam filem or drama orang putih. Terfikir, bagaimana agaknya rasa dia. Dek kerana dah beli labu 'holloween' yang cantik di Bandung haritu, makanya hari ni kita buat sup. Sementelah saya pun demam on off on off, memang sedap le makan. Dan Alhamdulillah, anak saudara si Ely suka dengan sup ni. Siap request nak lagi dan makan sendiri.

Tapi, labu hollowen ni, sedap buat sup, pastri atau kek tapi tidak gulai. Kerana, esoknya mama masak gulai lemak labu, isinya tak berapa cantik kejadiannya dan ianya kelihatan banyak serat terkeluar berbanding labu di Malaysia. 

Sup labu ni boleh dimakan begitu sahaja, makan dengan roti bakar / garlic bread, makan dengan pepperoni goreng & taburan daun sup/daun thyme/oregano pun sodap...

Bahan:
1kg labu dibuang kulit & dipotong kiub besar
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 biji kentang dibuang kulit & dipotong dadu
1 biji bawang besar potong empat
4 cawan air stok ayam (guna 2 kiub ayam & cairkan dalam air)
1/2 kotak krim (boleh guna whipping cream/heavy cream/light cream)
1/4 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali krim ke dalam periuk. Masak pada api sederhana & semua bahan empuk / lembut. Tutup api & biarkan ia sejuk seketika.


2. Setelah bahan agak suam, masukkan semua bahan tadi ke dalam blender & kisar bahan hingga teksturnya lembut. Masukkan dalam mangkuk bersih & masukkan pula krim. Kacau hingga sebati. Siap sup labu berkrim kita.

P/s: JANGAN panaskan atas dapur jika sup dah letak krim. Untuk selamat, bila nak makan, panaskan sup sekejap & letak dalam mangkuk kecil & baru letak krim.

Sup ketam jika badan tak sihat atau denggi


Assalammulaikum & Selamat Sejahtera. Sup ketam, tak terfikir pun saya nak buat sebelum ni. Selalunya kalau makan ketam, saya akan buat gulai masak lemak putih atau masak lemak kuning. Kali ni, menunya berubah dan memang kena belajar segera sebabnya gara-gara encik hubby yang kena denggi.

Masa cari sup ketam ni di kedai dan makannya, harga semangkuk ketam dan hanya ada seekor ketam dalam tu berserta sayur, RM13. Dek kerana tak pernah masak, masa saya tengok aje ingredient sup ketam yang encik hubby dapat masa makan kat kedai yang jual menu ni. Tilik punya tilik dan rasa, saya dah boleh agak apa bahannya.

Dan paling menarik sekali, adalah disarankan anda beli ketam ni kat pasar. Sekilo baru RM22 dan dapat dalam 4-5 ekor ketam. Cara nak pilih ketam ni pula ada banyak petua. Pertamanya, carilah ketam betina kerana ia lebih banyak isi. Tapi.... jika yang tinggal semua jantan @ awang gedebe, cari paling simple yang diagar oleh orang kat pasar Nilai 3 ni, korang jentik kuat-kuat sikit kat area cengkerang atau atas kepada ketam tu. Kalau dengar bunyi macam lampong aje, maknanya ketam tu takde isi sangat. Kalau bunyinya macam mampat, hah! yang tu ada isi. InsyaAllah sebab orang pasar Nilai 3 tu pilihkan berdasarkan cara yang saya cakap tadi. Isi ketam yang saya masak pun lebih banyak berbanding beli kat kedai makan sebelum ni.

 Perbezaan ketam betina dan jantan adalah bawah ketam tersebut.


Meh sini saya kongsikan dengan anda semua cara nak masak sup ketam. Nanti boleh cuba sendiri. Senang aje...

Bahan-bahan:
1. Bawang besar - 1 labu dihiris halus
2. Bawang putih -2 ulas dihiris halus
3. Bunga lawang - 2 kumtum
4. Minyak zaitun -2 sudu besar (boleh aje pakai minyak sayuran)
5. Lobak merah - 1 batang dikerat 3 bahagian & potong panjang
4. Batang saderi - 2 batang potong serong
5. Rempah sup - 1 pek kecil
6. Ketam - 5 ekor dipotong 2 dan cuci bersih
7. Tomato - 1 biji belah 6
8. Garam secukup rasa
9. Cili padi kalau naklah, taruk aje 3 tangkai

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis separuh bawang merah dan semua bawang putih berserta bunga lawang.
2. Setelah naik bau, masukkan air dalam 2 cawan dan masukkan lobak merah. Masak sehingga lobak separuh empuk. Kemudian, masukkan pula batang saderi.
3. Bila kedua-duanya dah empuk, masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan secawan air. Kacau dalam 2 minit dan kemudian masukkan ketam.
4. Pastikan api sederhana besar bila ketam dah dimasukkan ya. Masukkan cili padi dan tomato. Kacau perlahan-lahan sehingga ketam kelihatan kulitnya sudah semuanya merah dan isi dalamnya nampak dah masak (kalau belah 2 tu, confirm boleh nampak sedikit isi dalam ketam yang cantik tu).
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan-lahan. Bila rasa dah ok dan kacau kuah tu dalam 5-8 minit, rasanya ketam tu dah ok. Dah siap sup ketamnya.

Selamat mencuba...

Sup mudah makan dengan kuey teow & pasta rigati untuk sambut tetamu / menu orang demam


Assalammualaikum & Selamat Hari Raya semua. Alhamdulillah, sudah 4 hari kita di Malaysia menyambut Ramadhan. Selepas sehari dua raya ni, tekak dah mula ada yang nak cari makanan selain rendang, lontong dan kuah kacang. Dan bila tahu ada saudara mara mahu bertandang datang ke rumah, saya dah mula risau. Apa nak masak ya? Badan pun tak berapa sihat ni. Godek punya godek blog masakan akhirnya saya jumpa resipi mudah dari Che Mat Tiffinbiru (blog dia memang very helping). Mulanya ingat nak buat kuey teow hailam sudahnya saya tukar buat sup aje. Dan bila teringat ada 1 kotak pasta rigati ya dibeli last 2 weeks, terus ingat nak buat dua pilihan pada tetamu. Siapa rasa nak kuey teow boleh ambil yang tu dan siapa rasa nak mempastakan tekak, pilih aje rigati.

Jom saya kongsikan resipi sup yang boleh makan dengan kueh tiaw mahupun pasta.

Jika kat dapur rumah anda takde pasta rigati, pakai aje pasta lain yang ada. Janji boleh direbus dan dimakan. Guna aje apa ada di dapur :)

Kuey Teow & Pasta Rigati Sup
Bahan-bahan:
250gm pasta rigati yang direbus. Rebus dalam 8-10 minit aje (kalau terlebih masa, pasta jadi overcooked)
1 pek kuey teow yang yang dicelur sebentar.
ayam bahagian dada, bersihkan. Potong kecil.
1 biji kentang dipotong dadu (jangan kecil sangat tau. Sedang-sedang gitu)
1 pokok kecil sawi di kerat-kerat (versi anak sedara yang sengsara nak makan sayur)
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
6-8 keping cendawan tiram
1 pokok kecil daun bawang, kerat kasar
1 batang lobak merah dipotong bulat
1 batang tangkai saderi
4-5 ketul bebola ikan/ayam/daging/sotong (apa aje yang ada dalam fridge tu). Potong 2.
400 ml stok rebusan ayam (guna 1 kiub ayam dan cairkannya dengan air panas)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan 1 camca besar minyak masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. 
3. Masukkan stok ayam. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan lobak merah dan 3 minit kemudian kentang.
4. Masukkan ayam dan bebola ikan. 
5. Bila ayam dan lobak sudah sedikit empuk, masukkan cendawan dan batang saderi. 
6. Letakkan garam secukup rasa. Tambah sedikit lada sulah. 
7. Letakkan pula sawi dan minyak bijan. Masak sekejap, rasa dan siap.

Cili Kicap:
Bahan-bahan: 
13 - 15 batang cili padi
2 batang cili merah
2 ulas bawang putih
Kicap manis
Gula
Garam

Penyediaan:
Kalau anda rajin, boleh je tumbuk cili, bawang & gula tu. Tapi kalau rasa macam tak berapa nak rajin, kisar aje semua bahan tu serentak :)

Happy cooking & Selamat Hari Raya

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...