Assalammualaikum dan salah sejahtera. Rendang ayam cili api noghori style. Resipi ni dapat dari mak customer. Asalnya nampak dia share menu kambing tapi entah macam mana, dapat terus resipi rendang noghori ni. Memang sedap. Encik suami pun approve. Ini resipinya. Anda boleh cuba sempena nak raya nanti (try dulu masak, at least tau rasanya bagaimana 😊)
Bahan:
Ayam - 1 ekor potong 16
Cili padi - 30-35 tangkai
Halia - 2 inci
Serai - 3 batang kerat kasar
Bawang besar - 7 biji
Bawang putih - 4 ulas
Kunyit hidup - 6 inci
Lengkuas - 1 inci
Air - 2 cawan
Serai - 2 batang diketuk
Daun kunyit - 1 helai
Santan - 1 biji / 1 kotak kecil
Asam keping - 1 keping
Kerisik - 1 sudu besar
Gula melaka / gula putih secukup rasa
Minyak masak untuk menumis - 2/3 cawan
Penyediaan:
1. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai potong kasar, kunyit, halia, lengkuas, cili padi dan air ke dalam pengisar (blender). Kisar halus semuanya.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan serai yang diketuk. Masak hingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
3. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kacau sebentar. Biarkan masak dalam 2-3 minit untuk matikan darah. Selepas itu, masukkan air dalam 2 cawan lagi. Kacau sebentar dan biarkan ia masak dalam 10 minit (jangan lupa kacau sekali sekala).
4. Setelah nampak ayam dah kecut dan separuh masak, masukkan pula santan & sedikit air. Kacau dan sambung reneh ayam sehingga nampak kuah memekat.
5. Setelah agak pekat, masukkan kerisik, garam & gula/gula melaka. Kacau hingga sebati dan rasanya ok, bolehlah angkat dan letakkan dalam bekas hidangan. Taburkan dengan daun kunyit yang dihiris. Siap rendang ayam cili api kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan