Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 18 Oktober 2013

Resipi Kimbap @ Sushi @ Pulut Gulung untuk semua :)

Assalammualaikum semua...

Dek kerana fenomena Korea ni dah hampir 3 tahun dan sehingga sekarang ini masih lagi kuat (mana taknya, siapa yang kaki 2 days 1 night atau Running Man mesti tunggu aje cerita tu bila time slotnya), saya pun tetiba ada rasa macam nak buat kimbap. Kan dah gi ngetest makan kimbap kat 2 kedai makan korea sebelum ni, so, rasa tu memang tak larilah kan. Masuk aje dek tekak ni.

Dan sudah ditakdirkan Allah, tetiba kawan saya di FB pun sarankan saya buat aje kimbap sendiri. Dia pun dok sarankan beras mana yang sesuai dan siaran kat you tube mana yang patut digunakan untuk cara memasaknya. Dan... Alhamdulillah, masa Hari Raya Aidil Adha baru ni, saya dan adik perempuan saya akhirnya berjaya membuat kimbap korea. Seronok gitu...
Dan yang paling seronoknya, bila our parents yang bukannya suka sangat makan benda pelik2 ni akhirnya menyumbat juga kimbap ke mulut dalam seketul dua. Mak mertua adik saya pun boleh aje makan kimbap ni. Kami suka suka suka tengok mereka makan.... Mungkin barangkali beras yang digunakan rasanya sedikit macam pulut. Itu yang mereka suka dan boleh masuk ke mulut.

Jom saya kongsikan bahan-bahan untuk buat kimbap ni. InsyaAllah senang. :)

Bahan-bahan:


1. Beras short grain (saya guna jenis Sumo mcm gambar di atas). Beras ni ketot-ketot aje tau. Lagi ketot dari beras yang kita biasa makan di Malaysia.
2. Seaweed atau rumpai laut yang dileperkan (alah... macam dalam gambar di atas). Pastikan anda cari yang ada logo halal ya sebab kalau yang semuanya bahasa asing, susah juga sebab tak tau kandungan apa yang ditulis dalam bahasa tu).
3. Minyak bijan
4. Minyak masak (sedikit aje gunanya)
5. Telur 2-3 biji (bergantung berapa banyak anda nak buat kimbap ni)
6. Sebatang lobak merah
7. Sebatang timun
8. Sosej (ayam atau daging, bergantung pada mana yang anda suka)
9. Sedikit garam
10. Bamboo mat atau dalam bahasanya tikar bamboo kecil (boleh le kot ayat ni, hehehee...)

Cara-cara penyediaan (Gambar penyediaan ada di bawah ya. Silalah scroll... :

  1.  Masak nasi dalam 3 pot. Cuci beras macam kita selalu masak tu. Selalunya kalau 3 pot beras, airnya mesti 6 pot. Dan selalunya, jika 3 pot beras anda masak, anda akan dapat dalam 6 gulung panjang kimbap tu.
  2. Masa menunggu beras masak, kita goreng telur dadar. Tarukkan secubit garam dalam adunan telur tu. Goreng seperti biasa. Potong memanjang bila sudah masak.
  3. Buang kulit lobak merah dan potong memanjang seperti mana macam telur juga.
  4. Untuk timun pula, potong kedua-dua hujungnya dan potong memanjang seperti lobak tadi cumanya, jangan ambil bahagian tengah timun yang berair. Tak sesuai untuk diletakkan dalam kimbap. Takut cepat basi. Potong memanjang timun tersebut, Jangan nipis sangat tau. At least, sebesar saiz jari kelingking.
  5. Sosej pula, anda potong empat bahagian memanjang. Sama seperti timun dan lobak.
  6. Goreng lobak merah yang dipotong ke dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak. Sedikit aje tau. Kemudian angkat dan ketepikan.
  7. Goreng sosej pula dengan minyak yang sedikit. Setelah agak masak, angkat dan ketepikan. Saya sarankan anda lap minyak yang ada pada sosej dan lobak agar ia tidak terlalu berminyak di dalam gulungan kimbap. Untuk kesihatan juga kan...
  8. Setelah nasi masak, dan agak suam-suam, masukkan ke dalam satu mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan ke atas beras dan letakkan beberapa cubit garam. Tang ni, ikut citarasa anda. Kiranya suka rasa tawar, kurangkan garam. Tapi kalau nak sedap, suka-suka hatilah bak kata Chef Amar... Gaul nasi, garam dan minyak minyak itu agar mesra. 
  9. Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat ke atasnya dan letakkan pula sekeping seaweed ke atasnya. Letakkan sedikit nasi yang telah digaul tadi sedikit demi sedikit di atas seaweed dan benyekkan nasi tersebut. Macam gambar kat bawah ni. Benyek keliling kepingan seaweed tu tapi yang dihujung tu jangan taruk banyak sangat sebab takut bila digulung nanti, nasi terkeluar di hujungnya. Tak cantik sangat dah kimbap tu dan membazirlah kan... 
  10. Kemudian, ambil timun dan letakkan ditepi sekali. Ambil sosej, telur dan lobak merah dan letakkan rapat-rapat. Ala-ala macam bertindan.
  11. Bila hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelek ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap tu. 
  12. Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang. Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari. Kalau rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati... :)
  13. Dah siap potong semua, bolehlah dihidangkan di atas pinggan panjang atau bulat. Enak dimakan dengan mayonis, sos black pepper dan paling 'hebat' sekali adik saya buat, dibantainya makan dengan sambal tumis ikan bilis. Hehehe...







HAPPY COOKING EVERYONE...

109 ulasan:

  1. salam..nak tya brg2 buat kimbap nie kat tesco ader x?bamboo mat tu sume?awak bli kat ner?

    BalasPadam
  2. Salam cik, Barang2 nak buat kimbab ni semuanya boleh didapati di tesco atau pun jaya jusco ataupun supermarket bawah sogo tu. Kalau giant, ada barangnya yg tak lengkap tapi still beras sumo tu ada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam , saye cari bahan2 untuk buat kimbap ni di tesco . Sy cri bras short grain tu mmng tkde dekat tesco . Bamboo mat tu pun sme . Slain tesco , mne lgi sye bleh bli bras n bamboo mat tu ?

      Padam
    2. Ass.saya dari johor saya nak cakap sikit.di kip mart atau maydin johor tampoi ada jual barang di gmbar.atas

      Padam
    3. kalau di tesco, dibahagian mana sy boleh dpt sushi nori tu ya ? sy x pernah jumpa dekat tesco

      Padam
  3. Salam, nk tyn klu guna beras Malaysia biasa ni boleh tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. x bleh sbb nanti dia macam lembik dan mudah hancur klau pulut xpe

      Padam
  4. Sis: saya x pasti pula beras malaysia biasa tapi rasanya kalau guna beras short grain ni dia mcm lembut spt pulut skit. Dia melekit skit. Rasanya beras kita tak melekit

    BalasPadam
  5. salam nk tnye kalu xcmpurkan mnyak bijan kt nasi tu xpe x? rse die sdp x?

    BalasPadam
  6. wan rohati: kalau tak taruk minyak bijan, kiranya mcm bau dan rasanya tak sama macam cik makan kat kedai korea. minyak bijan tu naikkan bau dan rasanya :)

    BalasPadam
  7. Sy pnh try beras biasa n masak lembut. Tp x tlalu lembik. Hasil nya... taaraaa... sume bertabur. X melekat..

    BalasPadam
  8. Nak cuba la resipi ni..^^

    BalasPadam
  9. Cik anonymous: beras kita tak sama dgn beras utk kimbap. beras di lagi ketot2 n melekit. Cik cari beras yg namanya short grain.

    BalasPadam
  10. mane nk cari bamboo mat nie ye...kat online ade jual x

    BalasPadam
  11. Kalau bamboo mat tu beli kat tesco, nak cari kat bahagian mana eh?

    BalasPadam
  12. Anonymous: Bamboo mat ni kat tesco ampang ada. kat area jual chopstick, sudu, kuali gitu. Kat jaya jusco pun ada juga. Tapi kat giant takde

    BalasPadam
  13. Bamboo mat tu saya beli kat D.I.Y je. Muraahh. Berapa ringgit tau...... RM1.00 je! hehe

    BalasPadam
  14. satu paket berapa kilo ehh beras tu ?

    BalasPadam
  15. Sharifah: tak ingatlah saya berapa kilo. Tapi mmg paketnya kecil aje . Mungkin dlm 2 kilo gitu. Tapi, lately saya tengok macam dah byk pasaraya jual beras ni. Cari yg tulis short grain

    BalasPadam
    Balasan
    1. HARGA BERAPA BERAS TU.

      Padam
    2. Tanpa Nama: tgk berapa kilo kita nak beli. Ada yg 2kg ada yg 5kg

      Padam
  16. nak tanya kalau buat kimbab yang dekat dalam memang perlu letak sosej ke?

    BalasPadam
  17. Anon: boleh aje nak letak inti apa2. sayur blh, hotdog blh, telue boleh, nugget boleh, jejari ketam boleh, sengkuang boleh. Ikut suka :) Malaysian stail... :)

    BalasPadam
  18. Amrina: tak pasti pula saya. Yang saiz kecik tu ke? Kalau yg itu, rasanya tak sesuai sebab my sister ada try, terkoyak2 bila nak gulung

    BalasPadam
  19. salam nk tnye ,semua bahan2 tu halal ke?

    BalasPadam
  20. Faxiera: InsyaAllah halalan toiyiban. Pastikan seaweed & minyak bijan tu ada logo halal yg diiktiraf sama ada JAKIM atau luar negara. Beras, confirmlah dari padi.

    BalasPadam
  21. Mekasih beri panduan buat kimbab utk berbuka puasa tadi. Kimbab tu sushi la ork...?

    BalasPadam
  22. Kelaut fiber: sama2. Lagi jimat dan puas makan kan. Plus, kita blh taruk apa kita suka :)
    Kimbab or sushi tu lebih kurang aje, cuma original sushi, dia akan taruk sedikit arak dlm pulutnya tu bila masak (my friend yg chef lah kata)

    BalasPadam
  23. assalamulaikum sye just nk tanya klw tak letak timun bole ke????

    BalasPadam
  24. W'salam.
    Boleh aje guna timun. Tapi ambil bahagian kerasnya jangan ambil yg bahagian tengah berbiji berair tu. Takut cepat basi

    BalasPadam
  25. Terima kasih anak saya suka sangat

    BalasPadam
  26. Siti Hajar: Alhamdulillah... moga menjadi ilmu yg bermanfaat pada semua :)

    BalasPadam
  27. fify: skarang ni, saya lihat, kebanyakan pasaraya besar dah ada beras short grain. Selalunya beras ini dipekkan dalam pek kecil dan paling besar pun yg saiz 5kg. Bamboo mat tu, adakala boleh dpt kat kedai D.I.Y atau cari bahagian pasaraya yg menjual sudu, garfu, sudip semua tu

    BalasPadam
  28. sy beli bamboo mat tu kat popular bookstore..ade dlm kotak2 yg diorang display selalunye...

    BalasPadam
  29. beras tu boleh guna beras pulut takk??

    BalasPadam
  30. Anon: tak pasti pulak. tapi, seingat saya, kalau beras pulut, kita taruk minyak sedikit masa nak kukus. tapi utk beras ni, kita taruk minyak bijan lepas dah masak. :)
    mungkin ck blh cuba. kalau jadi, blh kongsikan

    BalasPadam
  31. Kalau tak guna bamboo mat tu boleh ke ? Just gulung gune tangan. Hancur tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh je. Saya xgna bamboo mat tu sbb tkt membazir tak tpakai n jmat. Sya gna plastik je untuj gulung. Gulung mcm biasa tp gna plastik. Ok je. N saya letak dkm 1 teaspoon mnyk bijan atas kimbap yg dh siap tu. Sdap

      Padam
  32. Nak tanye kalau tak guna bamboo mat boleh ke? Hee,cam susah nk cari

    BalasPadam
  33. Salam kak. Nak tanya. Seaweed yang akak guna tu ada jual kat mana? Seaweed tu jenis yg macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna yang jenis diorang tulis nori tu. Tapi slalunya saya buat guna seaweed yg local punya.

      Padam
  34. Tanpa nama: selalunya kalau guna bamboo mat ni, kiranya nanti sushi/kimbab yg kita gulung tu sekata dan takdelah hujung kuncup tengah kembang :)

    BalasPadam
  35. Lizah: seaweed tu saya beli di tesco dulu. dia memang jenis utk gulung kimbab/sushi. bukannya jenis yang garing yg jadi snack tu. Pernah try yg jenis snack tu, tak sempat gulung habis, dah berderai2 seaweednya retak

    BalasPadam
  36. dkt mydin ada jual x brg2 tu.... seaweed tu jenama ape ye?

    BalasPadam
  37. Anon: tak pasti pula di mydin. seaweed tu apa brand pun takpe janji ada cop halal sama ada dari Malaysia atau negara lain.

    BalasPadam
  38. salam..terima kasih share..dah lama nak buat kimbap ni.. x buat2.. x sabar nak cuba ni..

    BalasPadam
  39. Salam..nak tanya..lepas gulung hujung seaweed nk letak apa bgi melekat..contohnya minyak atau apa. ??

    BalasPadam
  40. salam, sy sarankan bhn spt timun, sosej, isi ketam, carrot tu dicelurkan dlm air mendidih pun ok so x pyh grg...

    BalasPadam
  41. Yanz: ok gak tu. blh campur2 rasa2 kan...

    BalasPadam
  42. Ayep: tak yah boh apa2. bila digulung dan ditekan sedikit masa menggulung tu, sushi akan terus melekat. Plus, beras short grain tu mmg lembut & lembik skit jadi, ia mcm bahan meng'gam' juga :)

    BalasPadam
  43. Mne nk cri kedai mknn ni ek ... Ye la nk cube dulu tkt rsenye x sme

    BalasPadam
  44. Tanpa nama: kalau di ampang, blh google nama sweetree. InsyaAllah ia kedai korea yg halal + siap ada surau lagi jika ingin bersolat di situ. Jika di Bangi, boleh ke Bangi Gateway. Di sana ada 2 kedai yg menjual sushi dan kimbab halal.

    BalasPadam
  45. Saya buat kimbap tadi tapi hasil tadaaaaaaaaaa
    Gagal dengan hancurnya. Nasi dia. Bahan-2 dia semua tak menjadi. Bila nak potong je kimbap tu berhancuran segala isinya. Duh duh. Apa rasa dia sebenarnya? Just teringin nak tau T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. beras yg nak gna untuk buat kimbap kalau xnak hancur, gna beras wangi mcm beras thai ke lbh bgus kalau ada beras sushi tu. tp pakai beras wangi pun dah cukup. kalau pkai bras biasa x mllat sbb kering

      Padam
  46. Hi alfi.. Sy try ikut resepi awak..ohsem!! My baby 1y suka sgt. And sy guna beras pulut.. Rasanya xde beza sgt dgn short grain. Tq for the recipe.

    BalasPadam
  47. akak bamboo mat nih bole digantikan dengan benda lain tak ? and berapa harga bamboo mat nih ?

    BalasPadam
  48. Ni ada nak tambah n nak bagi cara saya sendiri buat kimbap. Saya dh try smua resipi n yg saya buat sndiri ni mmg puas hati. Saya guna beras bario (kalau tak tahu boleh google). Tapi blh jugak guna beras wangi sebab beras wangi pun kira lembut. Kalau xjmpa short grain. K ni resipi nya.
    1. Beras bario (short grain@beraa wangi ). Dimasak. Lpas masak nasi ni,kalau nak campur gram n minyak bijan pn boleh. Ikut rasa. Tp saya tak cmpur garam nasi ni.
    2. Dry seaweed/nori
    3. Carrot,sosej dpotong panjang dan DIGORENG DENGAN TEPUNG TEMPURA.
    4.telur goreng
    5.bijan yang dah dgoreng tanpa minyak

    Cara2
    1. Masak nasi ikut sukatan. Brapa2 pn boleh.
    2. Nasi yang dah d msak jlh dcapur dgn garam n minyak bijan. Tak campur pun boleh
    3. Goreng telur yg dcmpur dgn garam dan potong panjang2
    4. Potong carrot dan sosej dalam memanjang dan GORENG BERSAMA TEPUNG TEMPURA sehingga garing.
    5. Letakkan seaweed/nori atas sekeping plastik(guna bamboo mat bagi yg ada. Tp lapit k dgn plastik
    6. Letakkan dalam 1 senduk or 1 senduk setengah nasi atas seaweed. Jangan letak banyak or tebal sangat nasi,nanti tak sampai rasa bahan2 lain.
    7. Letakkan carrot n sosej yg dh dgoreng tempura atas nasi. Letak juga telur yg sgoreng atas nya. Boleh letak sbrapa banyak yg anda mahu carrot,sosej n telur ikut rasa anda.
    8. Roll kan dgn plastik/bamboo mat. Pastikan hujung seaweed ada nasi supaya melekat.
    9. Dah siap roll,sapu dalam 1 teaspoon minyak bijan atas kimbap yg dh siap. Taburkan bijan atas nya. Dan potong. Boleh makan.
    * boleh letak isi ketam yg juga dgorwng tempura atau fish cake yg dgoreng tmpura. Letak timun pun ok. Ikut rasa. N yg ni gerenti terbaik punya resipi. Saya dah cuba banyak resipi n resipi yg saya buat sendiri n8 mmg sesuai dgn lidah saya. Enjoy.
    Kalau nk guna resipi ni untuk post kat tmpt len blh. Tp jgn lupa credit kan nama sya. Thanks. Harap dpt membantu. Sng je kan. ~pororodaebak~

    BalasPadam
  49. Sayyidatun: kimbab ni rasanya lebih kurang macam kita makan kuih seri muka cuma topping atas/dalam tu, ikut citarasa kita dan bahan yg ada. kalau nak try sushi/kimbab yg halal, blh aje ke Bangi Gateway (di Bangi Selangor), dalam tu ada 2 kedai menjualnya satu jepun dan satu lagi kedai korea. Jika ke Ampang, blh try cari kedai Sweetree. Mereka pun ada buat kelas utk belajar masak masakan korea.

    BalasPadam
  50. ct saufee: alhamdulillah. blh le saya cuba try pakai beras lain juga nnti

    BalasPadam
  51. pororo: Alhamdulillah. terima kasih utk perkongsian... :)

    BalasPadam
  52. 1 gulung berapa banyak beras short grain guna

    BalasPadam
  53. anon: beras tu bergantung pada berapa orang yg nak makan. selalunya kalau setakat 2-3 orang makan, blh aje masak 3-31/2 pot. dalam segulung seaweed (saizyg saya guna), blh dpt 8-9 ketul kimbab

    BalasPadam
  54. Agak2 bape lama tahan... cepat basi x... kalau nak bw bekal letak dlm tupperware... bleh tahan bape lama

    BalasPadam
  55. Tanpa nama: kalau letak dalam fridge, tahan dalam 2 hari. kalau lebih harinya, takut beras short grain tu akan kering dan jadi keras. So, rasanya kureng skit. Kalau nak bawa bekal, pastikan jgn lama sgt tinggalkan takut lebih dan basi (nasi kan)

    BalasPadam
  56. Salam bole tak saya nk pesan kat awak bahan2 buat kimbap?? Sini susah nak dapat la.

    BalasPadam
  57. rashidah: W'salam. selalunya tang beras tu takde masalah. Yg susah skit nak dapat & selalu habis stok, seaweed tu serta tikar buluh utk gulung. Seaweed tu, memang byk di kedai tapi nak cari yg ada logo halal tu yg susah (saya pun bukan reti bahasa korea nk tahu bahan2 dalamnya, hehehe...)

    BalasPadam
  58. just nk pesan seaweed n beras tuh jekk . if u dont mind la . hihi

    BalasPadam
  59. rashidah: beras takde masalah. seaweed tu aje yg problem. kat nilai ni, mmg xde jual seaweed. yg ada seaweed goreng yg budak2 selalu makan.... kalau di klcc byk tapi xde cop halal...

    BalasPadam
  60. assalamualaikum tq atas prkongsian. sy prnah buat kimbap jgk. cuma sy ade tambah tuna sbgai inti dan nasi tu masa nak masak(tgh lembik2) sy tmbah cuka masakan. sbb resipi asal sushi kebanyakannya dorang letak cuka jepun. tmbh sikit je x masam pun hehe.

    BalasPadam
  61. baru buat smlm....beras, sy pki beras biasa..tp ms nk tanak nasi tu...saya campur sikit garam & minyak zaitun dlm nasi..so, bila dah msk nasi tu cantik je melekit...nak gulung pon senang..buat pg dlm kol 10, ptg kol 4 still ok..x basi @ kering...cuma kalo nk simpan sy simpan dalam bekas kedap supaya x kering kene angin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa banyak kuantiti garam dan minyak tu?

      Padam
    2. T/N: garam tu secukup rasa. Minyak tu jangan banyak sangat specially minyak bijan. Takut cik kurang suka baunya bila terlalu banyak. selalunya dalam 1 sudu aje

      Padam
  62. Boleh tak nak tgk close up seaweed yg digunakan?

    BalasPadam
  63. Tanpa nama: seaweednya takde dgn saya. tapi mmg guna yg jenama atas tu. yg itu ada tanda halal. Yg lain ada yg xde dan ada yg mahal :)

    BalasPadam
  64. Kalau dekat kedah mcm mna ya. Semua barang tu ada ka dkt kedah?

    BalasPadam
  65. Anon: kalau cik di Kedah, cik try cuba cari beras short grain dulu (kat area tempat beras) & seaweed (adakala pekedai letak kat tempat barang2 rempah yg mcm daun thyme, basil, lada sulah semua tu. kalau takde, cuba tanya staf tu gambar seaweed dlm plastik, hopefully dia tau mana letaknya) :) bahan2 lain senang nk cari. dua ni aje yg paling penting

    BalasPadam
  66. Tak pakai yellow pickled radish ke? Sebab radish tu yg macam simbolik kimbap punya rasa. Org korea sangat suka makan radish. So rasa dia mungkin lari sikit kalau tak letak

    BalasPadam
  67. Tanpa nama: ia ke? Alahai, tak tau pulak saya. Senang ke cari di giant atau pasaraya lain yellow pickled tu?

    BalasPadam
  68. fazanie: tak tentu. ada yg jual complete. ada yg kurang. Selalunya yg ada brg2 ni kat sogo, jusco maluri, tesco ampang dan mungkin jaya grocer

    BalasPadam
  69. Daripada goreng, lebih baik la rebus :) agak menyusahkan nak lap lap. lagipun kalau goreng, nanti sosej tu menggelembung lepastu kecut. lebih baik merebus sahaja. lagipun orang korea tak guna sangat taktik menggoreng dalam apa2 makanan/masakan diorang~

    BalasPadam
  70. Nk tnya apa nama seaweed tu ehh ?

    BalasPadam
  71. Sezali: encik carik aje yg ada logo halal sbb ada seaweed yg campuran benda tak halal juga

    BalasPadam
  72. Nk tnye klau kt kelantan mane nk cri brg² mcm beras short grain n seaweed tu, ek??

    BalasPadam
  73. Salam.... nk tnye klau kt kelantan mne nk bli beras short grain n seaweed tuu?? N klau x tarok minyk bijan xpe ke??

    BalasPadam
  74. tanpa nama: Saya tak pasti pula kat kelantan tapi cuba cik cari di supermarket besar di KB. Beras short grain ni selalunya paket kecil aje. dalam 1-2 kg aje.
    minya bijan tu pula, dia akan beri aroma tersendiri bila makan sushi atau makanan cina.

    BalasPadam
  75. Salam. Saya dah cari merata tempat untuk dapatkan dried seaweed tu tapi susah betul nak cari. Baik tesco, giant, family grocery, cold storage, DAISO, semua takde halal. :(

    BalasPadam
  76. Aina Azmi: Cuba cik cari di Jaya Jusco Maluri & Mid Valley atau isetan KLCC bawah tu. nampak ada byk hari tu died seaweed di sana. Cuba cari yg ada logo halal.

    BalasPadam
  77. saya pernh cuba buat guna beras pulut biasa.Alhamdulillah menjadi..nk gulung pon senang je...n ats sebab2 pantang larang ..xboleh mkn cuka...jd beras pulut mlysia sesuai sgt sebgai gnti...masak beras pulut dgn air,garam n gula...xplu ltk cuka..bila da msk sejukkn je pulut tu n balut mcm biasa

    BalasPadam
  78. saya pernh cuba buat guna beras pulut biasa.Alhamdulillah menjadi..nk gulung pon senang je...n ats sebab2 pantang larang ..xboleh mkn cuka...jd beras pulut mlysia sesuai sgt sebgai gnti...masak beras pulut dgn air,garam n gula...xplu ltk cuka..bila da msk sejukkn je pulut tu n balut mcm biasa

    BalasPadam
  79. Kat mana nak cari bamboo mat tu

    BalasPadam
  80. haikal: boleh try cari kat area tesco or giant area jual sudu/penyepit camtu. kat Daiso pun ada

    BalasPadam
  81. selain timun dengan lobak tu boleh letak bnda lain x?

    BalasPadam
  82. mimi: boleh cuba letak sengkuang, chicken fingers yang digoreng dan dipotong panjang

    BalasPadam
  83. Kalau nk cicah kicap,kicap ape yg sesuai ye?

    BalasPadam
  84. irdina: boleh aje kicap cair tu sbb lebih kurang aje rasa masinnya dgn kicap kat kedai makan jepun tu... nak makan dengan mayonis pun, on aje...

    BalasPadam
  85. irdina. tp spttnya x cicah apa2 la. sbb ni kimbap bkn sushi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan mmg begitu tapi jika kita ke restoran Sweetree, ada beberapa pilihan untuk diletak sos atasnya

      Padam
  86. Asik akhirnya nemu juga resep ini, gara2 nyobain di mangkok ramen di permata cimahi... jadi pengen bikin sendiri... di bookmark dulu deh... thanks min

    BalasPadam
  87. Salam, nk tny braper cost nk buat kimbap ni ekk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Afifah: tak berapa ingatlah cik. Tapi rasanya dalam range RM25-RM30

      Padam
  88. AFC Channel bawa sy cari resipi ni...

    BalasPadam
  89. Balasan
    1. Sis @fatimatuzzahara , paling sedap hanya bertahan 2 hari. Masuk hari ketiga selalunya nasi tu dah keras sedikit.

      Padam
  90. Assalam,nk tanya ,kimbap tu lepas siap,sedap cicah dengan pencicah jenama ape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya cicah dgn kicap cair ataupun blh try tengok jenis2 kicap halal di restoran sushi :)

      Padam
  91. Untuk masak untk anak boleh ke beras ni

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...