Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 26 Ogos 2014

Nasi Ayam Bakar Madu sungguh gebusss...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Nasi ayam. Rasanya semua rakyat Malaysia sukakannya. Jika ada yang tak suka, mungkin ada sebabnya yang tersendiri.

Resipi yang saya nak kongsi ni, saya ambil dari web Che Mat Tiffinbiru. Dari dulu sampai sekarang, saya suka cari idea nak masak apa dari blog dia. Dan selalunya resipi yang dikongsikan 95% menjadi. Betul... Tak tipu punya. Arwah makcik saya yang tak makan pasta pun boleh makan pasta dibuatnya.

Kali ni saya gunakan resipi nasi ayam madu dari webnya. Ada beberapa perkara yang saya kurang sebab ada bahan yang tak ada di rumah mak saya ni. Kiranya, guna ajelah apa yang ada. But still sedap tau...


NASI AYAM.....
Bahan-bahan:
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 45 minit dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar penuh majerin (planta)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Daun salad
Hirisan timun dan tomato secukupnya

Penyediaan:
Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, daun pandan dan bunga lawang hingga harum, masukkan beras basmathi, gaul rata dan goreng 1 minit, guna api sederhana dan kacau selalu. Matikan api.
Pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air rebusan ayam, masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak hingga nasi masak. Gemburkan dan off suis periuk nasi. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama daun salad, hirisan tomato, timun, sup ayam, sos dan ayam bakar madu...

SUP UNTUK NASI AYAM....
Bahan-bahannya:
6 - 8 kaki ayam / 2 bahagian dada ayam
2 inci halia, dititik*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kiub pati ayam (optional)*
1 camca teh lada hitam kisar
4 liter air (atau secukupnya)
1 sup bunjut Adabi
1 biji kentang, kupas dan potong kiub

Penyediaan:
Kaki / dada ayam dicuci bersih dan kerat. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan bahan-bahan bertanda (*), kacau dan masak hingga menggelegak, kemudian sederhanakan api dan terus merenih selama 45 minit (kalau kurang kuah, tambah air lagi) jika ada seakan-akan buih timbul dipemukaan sup, keluarkan. Asingkan 5 1/2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.
Kemudian masukkan sup bunjut, lada hitam kisar dan kentang. Masak lagi hingga kentang empuk. 

AYAM BAKAR BERMADU....
Bahan-bahan:
6 kepingan kepak ayam bersaiz besar / apa sahaja bahagian ayam yang anda suka
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
Sedikit majerin

Penyediaan:
Cuci bersih kepak / bahagian ayam, kemudian cucuk-cucuk dengan garfu pada semua bahagian. Masukkan dalam satu bekas. tambah semua bahan2 diatas kecuali garam dan majerin. Gaul rata pada semua bahagian kepak ayam, tambah garam secukup rasa dan perap 5 - 6 jam dalam peti sejuk....
Panaskan kuali ajaib dengan sedikit majerin, kemudian susun kepak ayam tadi dan ketepikan jus yang terhasil dari bahan perap tadi. Kecilkan api dan tutup kuali. Masak 10 minit. Sementara itu, jus perapan dimasak hingga pekat sedikit. Gunakannya untuk menglis ayam semasa proses membakar. Ayam akan masak kurang lebih 25 minit...Boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi..

SOS UNTUK NASI AYAM...
Bahan-bahan:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah saiz sederhana, potong kecik
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
2 cawan air
3 camca besar gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam

Penyediaan:
Kisar cili, bawang putih dan tomato dengan 2 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalau.
Masukkan kiub ayam dan cuka makan. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Perlahankan api, tuang bancuhan tepung jagung (kacau sebelum dituang) dan kacau hingga sebati dan terus memasak hingga pekat. Matilan api dan biar sejuk.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...