Mood atau emosi ada ketika tidak stabil terutama sekali bila kita dalam hidup yang mengalami tekanan, stres, marah ataupun sedih. Bila marah, selalunya kita akan melampias segalanya jika tidak pada orang, pada makanan. Bila sedih pula, kita lebih suka mendiamkan diri dan tak ada selera nak makan. Dan bila kita berada dalam mood tertekan atau stres, kita lebih suka melempias rasa pada apa sahaja yang mampu buat kita rasa tenang. Sebagai contoh tonton drama lama yang best, baca novel, tidur mahupun makan atau minum apa sahaja yang boleh melegakan tekanan.
Sedang saya cari bahan untuk artikel web Ekspresisyukur , tiba-tiba terjumpa artikel tentang makanan yang boleh boost mood kita dari down kepada fasa bertenang dan gembira kembali. Weh... Ini sudah bagus. Sebab kadang-kadang mood kita memang ada ke laut atau swing. Nak centerkan balik, rasa macam susah aje. Tapi bila lihat senarai-senarai makanan ni, rasanya mudahlah nak dapat lagi dan murah (kalau mahal sangat macam truffle, kirim salam ajelah boleh beli...).
Ini 11 jenis makanan yang anda boleh cuba untuk ON kan balik mood tak best dalam diri.
1. Pisang - No wonder monyet happy aje bila dapat pisang. Rupanya ia membantu menyumbang kepada mood bahagia dalam diri. Pisang membantu meningkatkan mood kerana mengandungi triptofan dan vitamin B6. Dua bahan ini berkait rapat dengan memberi rasa bahagia dan relaksasi. Gula yang terdapat di dalam pisang membantu mencegah perubahan mood yang drastik dan membantu kadar gula di dalam darah. Apapun, jangan ambil berlebihan pisang dalam sehari. Takut nanti jadi penyakit lain pula.
![]() |
| Pisang goreng |
2. Coklat - Siapa yang tak suka coklat kan. Ia antara makanan yang mampu menaikkan kembali mood manusia. Tak perlu banyak tapi cukup sekadarnya. Contoh seperti minum air coklat, makan coklat sedap sekeping, nikmati manisan berinti coklat 4 ke 5 ketul atau dapatkan aiskrim coklat sebatang. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa coklat mampu meringankan gejala depresi dan meningkatkan kadar hormon serotonin dan endorfin dalam diri.
3. Kacang-kacangan dan biji-bijian - Kacang ini tidaklah spesifik kepada kacang apa tapi as long ia adik-beradik kekacang dan bijian. Lihat orang yang suka mengunyah kacang, makan kuaci, letak kekacang dalam salad sayuran, makan tempe, mereka semua cuba menimbulkan mood bahagia dalam diri dan pada masa yang sama cuma menenangkan diri. Kacang dan bijian ini secara langsung membantu menambah kadar magnesium dalam badan sekaligus mengurangi kolestrol jahat serta menjaga kadar gula agar stabil.
4. Gandum - Gandum mampu boost mood anda yang down untuk naik perlahan-lahan. Gandum




