Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 17 Ogos 2019

Nasi Minyak, Menu pagi raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana mama kata dah boring asyik buat nasi tomato/nasi daging aje time raya, so harini dia minta buat nasi minyak.
Maka, saya guna resipi @matgebu . Dah lama tak buat & Alhamdulillah menjadi.

Bahan:
5 1/2 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
5 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih# (#rempahtumis)
Sedikit pewarna kuning & hijau

Penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah tumis & bawang besar hingga harum. Masukkan bahan kisar & daun pandan. Tuang air & biarkan ia mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam & gula. Bila mendidih, padamkan api &tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata & masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang & masukkan pewarna kuning & hijau. Biar nasi betul2 masak.
4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu. Angkat & letakkan dalam bekas nasi. Tabur bawang goreng & hirisan daun sup/bawang. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...