Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 15 Jun 2014

Poach egg untuk sarapan

Assalammualaikum.

Agak lama juga tak update. Agak sibuk dalam 2 minggu ini.
Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menulis lagi dalam blog ini.

Kali ini, saya ingin kongsikan resipi memasak telur carak @ merenih telur. Dalam bahasa Inggerisnya, poach egg. Cara masakan dan menu telur ini saya lihat dalam rancangan Masterchef dan juga Food Network. Bagusnya rancangan ini, ia membuatkan kita mengenali resipi-resipi baru dan juga resipi menarik di serata dunia. Sometimes, cooking makes me happy and thrill.

Poach egg a@ poached egg ini lebih kurang macam telur separuh masak kita cuma telur separuh masak kita bila dipecahkan, putihnya akan keluar cair terus bersama kuning. Tapi untuk poach egg ini, anda akan memasaknya di dalam air panas bila sudah dipecahkan telur tersebut. Untuk tahu poach egg anda menjadi, bila dipecahkan kuningnya, ia akan meleleh keluar macam dalam gambar di bawah.



Ini resipinya.

Bahan-bahan:
1. Telur 2-3 biji
2. Garam dalam 2 sudu besar
3. Cuka buah (saya guna Heinz) dalam 2 sudu besar
4. Air

Penyediaan:
1. Panaskan air dalam periuk lebih kurang 2-3 inci (bergantung pada ketinggian periuk anda. Kalau periuk besar, banyak le air gunanya. kalau kecil, sedikitlah airnya).
2. Bila air mula mendidih, letak garam dan cuka ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan hingga garam larut.
3. Bila dah larut, sederhanakan api dapur.  Kemudian, pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk kecil.
4. Sebelum masukkan telur, kacau air tersebut ikut arah lawan jam perlahan-lahan. Jadinya ia seperti berpusar. Setelah itu, masukkan telur perlahan-lahan ke dalam periuk dan biarkan pusaran air itu membalut telur kuning. Jika anda lihat ia sedikit berbalut, boleh kacau air tersebut lagi tetapi perlahan-lahan kerana takut telur putih akan pecah dan merebak. Masak dalam 3-4 minit.
5. Sediakan semangkuk air sejuk. Setelah telur putih masak, angkat perlahan-lahan telur tersebut dan letakkannya ke dalam air sejuk. Ia bagi menyejukkan telur dengan segera dan agar telur kuning tidak masak di dalam pada suhu panas air tadi.
6. Bila sudah sejuk, tapis telur tadi, dan letakkan di dalam pinggan atas hidangan yang anda inginkan.


Happy cooking...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...