Assalammualaikum & salam sejahtera. Rendang ayam kampung maman ni rupanya bila dah makan sekali memang mampu buat penggemar ayam makan bertambah. Bukan sahaja ayam kampung tu terasa lembut bila masak sekali dengan maman tapi keenakan asli daun maman tu memang tak dapat disangkal. Walaupun terasa ada pahitnya daun maman tu bila makan tapi pahitnya boleh lagi kita terima berbanding makan peria.
Sebenarnya daun maman ni saya tak pernah tengok. Pertama kali saya lihat secara life adalah bilamana saya ke kebun seorang rakan threads ni. Asalnya nak beli kacang panjang dan sayur lain yang ada. Sekali, dia perkenalkan saya pokok maman. Katanya pokok ni kalau orang tahu dah boleh tuai, mereka akan beli berkilo-kilo untuk masak. Saya tanya, "Menu apa yang sesuai untuk masak guna daun maman ni?" Terus dia dan suami cakap, paling ramai orang buat adalah rendang ayam kampung maman. Saya pula cakap macam pernah makan tempoyak daun maman sekali je (kat mana tak ingat). Jadinya, bila dah cerita gitu, saya terfikir, 'dah lama saya tak try menu baru, Kalau ikutkan dalam visi misi 2026, nak cuba resipi baru makanan Asia dalam 10 resipi. So, bolehlah try'. Saya beli sekilo maman dengan sis ni sekali dengan kacang panjang dan bendi. Apapun, ni saya sharing sikit maklumat tentang pokok maman dan khasiatnya. Mungkin anda berkenan nak cari dan cuba makan.
![]() |
| Ini pokok maman yang dah boleh dituai hasilnya. Seronok tengok hasil berkebun orang bila menjadi. |
Maman dan khasiatnya juga resipi popular di Malaysia.
Khasiat Maman
Walaupun nampak sederhana, daun maman kaya dengan nutrisi:
- Tinggi antioksidan – membantu melawan radikal bebas
- Mengandungi vitamin A & C – baik untuk kulit dan sistem imun
- Sumber kalsium & zat besi – bagus untuk tulang dan tenaga
-
Dalam amalan tradisional, ia dipercayai membantu:
- melancarkan penghadaman
- mengurangkan tekanan darah
- membersihkan darah
Rasa pahit itu sering dikaitkan dengan manfaat “detoks semula jadi” dalam perubatan tradisional.
Resipi popular yang menggunakan daun maman
1. Maman tumis air2. Rendang maman
3. Rendang ayam kampung / daging salai maman
4. Maman jeruk
5. Tempoyak maman dengan petai
6. Jeruk maman bersama sambal picit
5 inci kunyit hidup
600ml santan
![]() |
| Bahan-bahan untuk menyediakan rendang maman. Plus, asam keping dan garam yang lupa nak include sekali. |
![]() |
| Ayam yang dimasak biasa dahulu dengan bahan kisar halus dan air. Bila menggelegak, masukkan santan. |
![]() |
| Ini rupa kuah ayam yang dah dimasukkan santan dalam 200ml dan air. Masak sehingga sedikit lembut. |
![]() |
| Sayur maman yang dibasuh berkali-kali untuk pastikan ia bersih dan tidak berpasir. |
![]() |
| Asam keping yang diletakkan dalam kuah. |
3. Masak dengan api sederhana hingga ayam empuk dan rendang hampir kering, kacau rendang ini sekali-sekala. Tambah sedikit gula dan garam jika perlu. Setelah nampak rendang ini memekat, bolehlah tutup api dan hidangkan. Atau jika anda sejenis nak ada kuah sedikit, janganlah masak terlalu kering.
Dan ada satu tip saya belajar dalam Tiktok semalam orang memasak rendang maman masa Live. Katanya, jika ayam sudah lembut dan tak mahu ia terlalu hancur, keluarkan ayam dari kuah maman dan masak maman sahaja dalam 1 jam dan kemudian baru masukkan ayam tadi ke dalam maman yang hampir siap.
![]() |
| Rendang ayam kampung maman yang sedia untuk dinikmati. Saya buat tidak terlalu berkuah atau terlalu kering. Sedang-sedang gitu aje. |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan