Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan

Puding jagung yang seda[p & seperti makan aiskrim


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah bertahun tak makan puding ni. Dan sesekali makan, rasa macam makan aiskrim jagung. Bila lepas tarawih & cari kudapan, amik aje sudu & kaut sikit demi sikit masuk mulut puding jagung yang lembut & wangi ni.

Bahan:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis dalam tin
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Penyediaan:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat, kental & berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat & tuang puding ke dalam loyang atau bekas tahan panas. Simpan dalam peti ais selama 2 jam. Selepas itu, bolehlah dipotong ikut suka atau sedekahkan pada jiran 😊

Puding laici yang enak makan time sejuk-sejuk


 Assalammualaikum & Salam Ramadhan. Dah tak rentas-rentas PKP lagi ni, kita buatlah resipi puding laici mama yang simple. Resipi yang mostly jika buat & bawa ke ofis dulu, ramai member suka.
Dan harini, kita kongsi resipi & kongsi rezeki dengan tetangga sempena Ramadhan.

Ini resipi puding laicinya. Hopefully anda pun suka 😊😋

Bahan:
2 paket agar-agar
1 tin besar laici
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula batu (membantu memekatkan agar-agar)
1400 ml air

Penyediaan:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan agar-agar. Kacau sehingga cair & mendidih.
2. Masukkan gula pasir, gula batu, susu cair & separuh air dalam tin laici. Jangan tuang habis air laici ke dalam periuk tau. Kacau hingga mendidih & gula batu sudah mencair. Tutup api.
3. Kacau perlahan-lahan seketika bagi membuang haba. Kemudian, masukkan puding ke dalam bekas & biarkan ia sejuk sendiri di atas meja.
4. Bila dah sejuk, taburkan buah laici yang dicarik-carik ke atas puding. Baki air laici yang separuh tin, tuangkan ke atas puding. Masukkan dalam peti sejuk & biarkan selama 2 jam. Siap untuk dipotong puding laici ni.

Puding soya buah-buahan


Assalammualaikum,Saya jumpa resipi puding soya buah-buahan dalam blog juicycafe. Nampak macam sedap dan menyelerakan aje. Apa lagi, saya pun try lah buat sempena buka puasa kali ini. Bila berbuka dan rasa pudingnya, memang sedap sangat. Rasa sejuk aje bila lalu kat tekak. 

Jom saya kongsikan resipi puding soya buah-buahan ni agar anda pun boleh rasa kesedapannya.

Bahan-bahan:
1 liter air soya kotak
20 gm agar-agar tali (potong kecil)
100 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 helai daun pandan
1 sdk tepung arrow root @ tepung jagung - gaul dengan sedikit air
6-7 biji buah rambutan (dek kerana musim rambutan kat kampung ayah saya, saya rembat aje apa ada kat dapur tu)
1 tin buah-buahan cocktail
Daun pudina - hiasan


Penyediaan:
1. Sediakan bekas tupperware dan beberapa bekas transparent yang kecil & sesuai.
2. Susun dan ratakan buah-buahan campuran di dalam bekas. Potong isi rambutan tu dari bijinya. Ketepikan seketika.


3. Dalam periuk besar satukan air soya, agar-agar, gula, vanilla dan daun pandan. Panaskan ia dengan api sederhana. Gaul sehingga sebati dan agar-agar larut atau separuh larut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Biarkan ia mendidih sebentar dan tutup api. Ada sesetengah agar-agar memang sukar nak larut, maka biarkan aje.
5. Tapiskan adunan tadi agar agar-agar yang tidak larut dapat diasingkan. Kemudian, tuang dalam bekas berisi buah-buahan tadi. Hiaskan dengan daun pudina di atas puding soya buah-buahan.

 

Happy cooking...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...