Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 14 Mac 2013

Kisah Affan bin Muslim

Assalammualaikum semua.
Saya nak kongsikan satu kisah seorang hamba Allah bernama Affan bin Muslim. Siapa dia? Dia ni saya baca dalam buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia. Bila saya habis baca sahaja kisah dia, saya akui yang saya amat lemah berbanding beliau, tahap keyakinan saya adakala tidak menentu dan air mata saya mengalir kerana takut. Takut kerana tahu betapa lemahnya jiwa saya. Takut kerana perkara kecil pun saya tidak boleh lawan inikan pula seperti lelaki ini. Nak tahu pasal dia? Jom saya kongsikan...

Ini cover buku yang saya maksudkan. Memang banyak kisah-kisah menarik dan panduan serta pengajaran di dalamnya. Saya amat-amat sarankan anda membacanya.

Kisah Affan Bin Muslim ini terjadi pada tahun 218H di Baghdad dan peristiwa tentangnya dipanggil Fitnah Khalq al-Quran. Muktazilah berjaya menghasut Khalifah al-Makmum untuk memaksa setiap ulama yang hidup pada masa itu mengakui bahawa al-Quran ialah makhluk. Padahal akidah ini bercanggah dengan akidah salaf yang menjadi pegangan semua ulama iaitu al-Quran adalah firman Allah bukan makhluk.

Imam Tajuddin as-Subki bercerita di dalam Thabaqat asy-Syafiiah bahawa orang pertama yang diuji dalam fitnah ini ialah Affan Bin Muslim, seorang ahli hadis di Basrah. Apabila dihadapkan kepada Khalifah dan dipaksa mengakui akidah sesat ini, beliau menolaknya dengan tegas. Khalifah segera menghentikan wang seribu dinar yang biasa diberikan kepadanya setiap bulan.

Affan Bin Muslim tetap teguh dengan pendiriannya. Padahal beliau banyak memiliki anggota keluarga yang mesti dinafkahinya. Dengan yakin, beliau berkata, "Rezeki kita berasal daripada Allah swt."

Diceritakan bahawa pada malam harinya, seseorang tak dikenali mengetuk pintu Affan Bin Muslim. Lalu orang ini memberikan seribu dinar kepadanya dan berkata, "Aku akan memberimu seribu dinar setiap bulan. Semoga Allah meneguhkan dirimu sebagaimana engkau meneguhkan agama ini."

Keyakinan sentiasa beriringan dengan keajaiban.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...