Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 24 September 2017

Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, encik hubby dan keluarga dah seminggu pulang dari Tanah Suci Makkah. Hanya Allah tahu rasa hati.

Hari Isnin lalu, saya masakkan mereka nasi lemak ayam berempah. Masing-masin dah rindu nak makan makanan Malaysia yang pelbagai rasa dengan pelbagai rempah ratusnya.

Encik suami cerita, satu pek nasi lemak yg dijual di Makkah, SR27. Itupun kira macam nasi lemak biasa. Mahal mungkin kerana kos bahan yang dibawa masuk & sewaan kedai barangkali.
Manakala nasi arab yang portionnya boleh 3-4 orang makan, baru SR15. Hmmm... beza...

So, jom saya kongsikan nasi lemak versi saya untuk keluarga. Moga semua happy bila menjamu selera. :)

Nasi Lemak.
Bahan:

4 cawan beras dibasuh bersih & direndam dalam 10 minit & tapis.
1 biji santan kelapa / 1 kotak
1 batang serai
1 helai daun pandan
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris nipis
6 cawan air (untuk dicampur dengan santan)
1/4 sudu garam

Penyediaan:
1. Selepas beras ditapis, masukkan semuanya dalam satu bekas periuk nasi. Gaul mesra seketika dan masak guna rice cooker.
2. Bila hampir masak, gemburkan nasi guna garfu/chopstick. Biarkan hingga masak. Siap.

Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan:
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 biji bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala. 
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula ikan bilis dan juga bawang besar. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam lagi. Jika dah puas hati dengan rasanya, tutup api dan siap.

Telur Rebus:
1. 4 biji telur dicuci bersih 
2. 1 sudu kecil garam
3. Air untuk merebus 

Penyediaan:
1. Rebus telur di dalam periuk yang berisi air melebihi paras telur tersebut. Sebaiknya 1/2 air dari ketinggian periuk. Masukkan 1 sudu kecil garam. Ia ada bahan yang mampu membuatkan telur anda mudah dikopek dan halus sahaja.
2. Rebus telur dalam 10-15 minit dan buang air panasnya. Biarkan telur sejuk sendirinya dan kemudian kopek kulitnya. Potong dua. Siap

Untuk resipi ayam goreng berempah, boleh klik aje resipi ni... Ayam Goreng Berempah...

Happy cooking


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...