Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 19 Februari 2016

Kentang, bilis & tempe masak sambal belacan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Mostly, siapa tak suka sambalkan (kecuali yang tak makan pedas). Menu ni saya dapat idea nak masak kat rumah bila pergi ke satu restoran di Nilai. Hari minggu selalunya memang saya jarang masak kecuali sarapan. So, bila nampak aje menu sambal belacan goreng macam-macam ada ni, idea pun datang untuk ngetest.

Alhamdulillah, bila masak sambal ini fot the 1st time, saya dengan suami memang bedallah sebab kami puasa. Dan bila nak masak lagi buat kali kedua seminggu kemudiannya, dan minta ayah mertua saya beli tempe, dia boleh kata, "Sedap tu." Sah. Dia pun join the club meratah sambal ni hari tu.

So, anda yang nak try buat menu ni, meh saya kongsikan resipinya. Kalau nak banyak, doublekan aje bahan-bahannya ya (kotlah nak buat stok).

Bahan-bahan utama:
2 keping tempe dipotong kecil & goreng. Toskan
Segenggam ikan bilis direndam 2 minit & goreng. Toskan
5 biji kentang saiz sederhana dipotong 6 & goreng. Toskan

Sambal belacan:
1. Cili padi 17 tangkai (nak pedas, tambah aje)
2. Cili merah 3 tangkai
3. Bawang besar 1 biji
4. Bawang putih 3 ulas
5. Belacan 1/2 sudu besar (dibakar sebentar dengan api dapur)
6. Gula 1 sudu besar
7. Garam 1 sudu kecil
8. Lemon / limau nipis, 1 sudu besar jusnya
9. 1/2 cawan air (yang ni saya guna ketika kisar bahan. Kalau kering, macam mana nak kisar kan)
10. Air asam jawa 1/4 cawan
11. 3 sudu besar minyak masak untuk menggoreng sambal (kalau bahannya banyak, agak-agaklah minyaknya ya)

Penyediaan:
1. Goreng tempe, ikan bilis dan kentang yang dah dipotong dan ketepikan. 
2. Masukkan semua bahan membuat sambal belacan tadi kecuali air asam dan minyak masak ke dalam pengisar (blender). Kisar jangan halus sangat. Sedang-sedang gitu (kalau halus sgt macam tak best tak nampak warna cili tu).
3. Panaskan kuali dan minyak. Guna api sederhana. Masukkan bahan sambal tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga sedikit garing. Masukkan air asam dan gaul. Jika anda rasa pedas atau kurang masin, boleh aje tambah gula dan garam. Ikut sedap mulut anda :)
4. Masukkan tempe, ikan bilis dan kentang sebaik sambal tersebut mula mengering kembali (dalam 2-3 minit lepas anda masukkan air asam tu). Gaul mesra sehingga semua sambal melekat kat bahan-bahan tadi. Siap. Enak makan dengan nasi, kapit dengan roti atau ratah begitu aje... Sedap...

Happy cooking

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...