Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Catio kucing untuk anak-anak kucing MIL dan famili akhirnya sampai


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, catio kucing atau kekadang orang panggil banglo kucing siap dan selamat sampai ke rumah kami. Rumah kami memang ada banyak kucing. Senang cerita, lebih dari 10 ekor. Jadinya, satu hari, MIL saya cakap dengan anak dia @ suami saya, "Di, nanti buat rumah kucing satu. Letak kat depan. Bebudak ni dah ramai. Biarlah selesa skit." Suami pun cakap, "Mahal mak rumah kucing tu." "Takpe, kau cari aje orang boleh buat, nanti aku bagi duit." Maka bermulalah episod suami saya dan kakaknya survey di medsos orang yang boleh buat catio kucing area Negeri Sembilan dan Selangor.

Saya bab ni memang tak berapa masuk campur sangat. Sebab MIL memang suruh suami yang cari + duit dia. Saya dengar-dengar dan tahu gitu-gitu aje. Satu hari, suami cakap dah jumpa orang boleh buat. Dan Sabtu, orang tu datang amik ukuran untuk tahu saiz yang mahu dan design yang sesuai. Sebulan lebih juga lah siap sebab kita sambut puasa dan raya, maka amik masa sikit. Dan Jumaat lepas, contractor wasap suami. Kata dah siap. InsyaAllah Sabtu boleh hantar dalam lepas zohor gitu. Dia hantar video juga.

Bila saya tengok video catio tu, saya impressed. Lawa warna dia. Design pun ok. Tapi masa ni saya tak tahu lagi saiznya. Cuma saya tahu harganya memang boleh beli motosikal Yamaha Y16ZR cash (terkejut badak sat saya bila tanya suami berapa harga custom-made catio tu. Punyalah MIL sayang kucing-kucingnya).

Maka, hari yang dijanjikan tiba. Pagi, saya dan suami bersihkan porch. Buang mana tak perlu dan ketepikan tong besar isi air bila musim takde air datang. Dan bersih, dah wangi, kami rehat kejap. Dalam lepas zohor, tengah saya lunch kat dapur tetiba kak ipar cakap, "Eh! Lori dah sampai." Kelam kabut saya abiskan makanan. Laju aje ke depan untuk amik gambar dan rekod buat kenangan. Once keluar gate aje, tercengang saya tengok lori besar gabak depan rumah. 'Mak ai, besarnya lori bawak banglo kucing ni.Beli perabot rumah pun tak macam ni lorinya', ucap saya dalam hati. 

Jiran yang tengah tunggu family dia nak pi beraya pun pandang aje lori besar tu. Dia tanya suami, "Apa benda tu?" Suami cakaplah rumah kucing. Once bahagian belakang lori dibuka. terserlahlah catio yang

sampai. Tercengang lagi kali kedua saya dibuatnya. 'Mak ai! Besarnya rumah korang.' Pakcik jiran kami tadi pun tercengang gak. Agaknya dia pun first time nengok catio ni. Dia tanya suami, "Berapa harga rumah kucing ni?" Suami terus cakap, "Harganya 1****, pakcik, Tapi mak yang belanja." "Hah? 1****? Huish!" Saya tengok pakcik jiran tu, terus saya sengih. Itulah reaksi saya bila dengar harga tu suami sebut beberapa hari lepas. 

Ok lah gais, korang layanlah gambar turutan saya ambil haritu. Saya ceritakan sekali kat bahagian gambar tu ya. Lebih mudah nampak.

Nampak tak lori tu besar mana. Siap stand lelaki tu berdiri boleh turun naik elektronik. Masa ni, pakcik tu dah start tanya suami harga catio tu.

Masa ni staf kontraktor dan pemandu lori memang berhati-hati bawak turun catio tu. Saya yang tengok pun seriau. Pakcik jiran pun tengok gak sampai tunggu wife dan menantu dia bersiap nak pi raya. Entah macam mana, jiran depan rumah kami balik dari surau. Dia pun join tengok gak. Tapi yang kelakarnya, pakcik jiran ni cuit bahu dia, "Kau tahu harga dia Mi? Ni harganya 1****." Terdiam brader tu sampai pandang aje pekerja bawak turun dari lori.Saya, sengih ajelah.

Alhamdulillah, dapat turun dengan selamat catio tu. Sekarang, proses nak pindah masuk bawah porch plak. 

Masa nak bawak masuk ni, sekali tak lepas sebab ada ruang kecil berlekuk antara tiles porch dengan jalan bertar. Maka jiran-jiran saya ni tolonglah tolak bila dia tengok pekerja dua orang tu dan suami tak lepas masukkan. Terima kasih banyak-banyak.

Catio MIL untuk bebulus. Catio reveal.

Alhamdulillah, akhir dapat juga masuk ke porch. Bila saya tengok, memang besar, lawa dan kemas. No wonder harganya keras sikit. Masa ni suami dan staf kontraktor catio sedang kunci roda bawah catio agar catio tak bergerak.

Staf kontraktor catio terangkan pada suami function untuk kipas dan lampu serta apa yang perlu bagi catio tu. Kalau korang tengok ketinggian suami dan staf tu, catio MIL ni memang tinggi. Bila kita berdiri dalam tu, memang boleh berdiri tegak dengan selesa. 

Untuk catio ni, ada 8 kotak untuk kucing tidur atau menyorok. Jika tak nak menyorok, boleh aje duduk lepak kat para yang disediakan.

Untuk setiap tingkat atau bahagian, disambungkan tangga kayu atau tangga bertali untuk berjalan atau melintas.

Ini dari sisi pandang melintang. Saiz catio ini lebarnya 12 kaki. Kiri kanan bahagian mempunyai design yang sama.

Anda boleh lihat bahawa ada ruang lagi di atas kepala bila berdiri dalam catio ini. Kiranya mudahlah anda bergerak di dalam ini. Cuma perlu berhati-hati dengan lampu + kipas di tengah tu.

Ini contoh tangga bertali yang dibuat kontraktor. Selalunya yang akan meniti tali berkayu ini anak-anak kucing kecil dan remaja. Jika kucing tersebut besar atau jantan, mereka lebih prefer lompat terus dari bawah ke para atas.

Ini kipas + lampu di bahagian tengah catio. Ada 2 biji. Anda boleh tukar warna lampu dan malapkan ia atau padam terus jika suka. Untuk kipas juga sama. Jika cuaca panas, boleh lajukan dan bila sejuk atau malam, boleh aje perlahankan. 

4 tempat membuang najis disediakan dalam catio ini. Bekas plastik tu pun dah include sekali ya. Untuk kucing kami, kami letakkan pasir ke dalam 3 bekas aje dan satu bekas lagi kami biarkan kosong sebab ada sekor kucing suka dok dalam bekas kelabu tu. Mungkin sejuk kat kulit dia.

Dari sudut pandang luar, tempat buang najis tu dibuat seperti sebuah laci. Senang ditarik keluar jika malas mahu masuk ke dalam. 

Ini catio kami dari arah pandang hadapan. Saiznya 6x6x12 kaki. Warna untuk catio tu anda boleh pilih sendiri jika nak order dengan kontraktor yang suami pilih (nombornya di bawah sekali ya).

Belum sempat kucing rasmi, cucu-cucu saudara suami dah datang nyinggah lepas asar. Mereka excited bila lihat mak mereka tunjuk di telefon yang moyang mereka ada rumah kucing baru. Udahnya, mereka jadi happy bila dapat main lari-lari, panjat-panjat dan duduk-duduk dalam tu (ialah bersih lagi. Kucing belum masuk memang syok aje baring).

Hari pertama, Ahad, suami dah start masukkan beberapa ekor kucing. Nak bagi mereka merasa phase by phase dulu. Kucing kami yang 3 kaki, Justin, elok aje dah naik ke tingkat 2 untuk lepak sambil pandang luar. 

Keadaan catio bila waktu malam. Masa ni, kami try sekor dua dulu dok dalam ni bila malam. Nampak suasana macam cantik aje lepas dah letak pokok, bantal dan bekas minum tu.

Untuk anda yang ingin dapatkan atau mencari orang yang boleh membuat catio, kami sarankan ke Instagram Banglokucingbajet2. Anda boleh tengok catio yang berkenan dan request detail yang anda mahukan dalam catio tu. Jika anda tiada IG, boleh cari mereka di FB juga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...