Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 25 Mei 2018

Roti John, Menu murah & mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Home-made roti john.
Bila suami kau suka-suka hati 'selet' sos & mayo kat roti, tu pasal sos meleleh bagai.

Buat sendiri, puashati.
Jimat.
Boleh letak apa sahaja untuk intinya.
Boleh makan berulangkali.

Bahan:
6 keping roti hotdog
4 biji telur suhu bilik
1/2 cawan daging cincang
1 biji lobak merah disagat
3 tangkai daun bawang & sup dihiris
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk memasak
Sos cili
Mayonis

Penyediaan:
1. Potong roti hotdog tapi jangan putus. Ketepikan
2. Dalam satu mangkuk, masukkan daging cincang, lobak merah, daun sup, daun bawang, telur & garam. Kacau hingga mesra.
3. Panaskan kuali leper atau non-stick. Letak sesudu besar minyak dan ratakan atas permukaan kuali. Setelah panas, masukkan bancuhan telur tadi. Ratakan sebesar roti hotdog yang dikembangkan.
4. Setelah permukaan telur agak masak (masih ada sedikit kawasan berair) tekap roti hotdog yang dikembangkan. Tekan2 sedikit dengan sudip agar ianya melekat. Masak dalam 1 minit dan kemudian terbalik. Masak dalam 30 saat (agar tidak berminyak sangat) & angkat letak dalam piring.
5. Setelah itu, letakkan sos cili & mayonis. Ratakan. Takup roti & belah dua. Siap.

Gulai Lemak Pucuk Paku


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak masak, ini menu yang teringin semalam. Sometimes gulai oldies ni memang pemecah selera.

Bahan:
1 ikat pucuk paku. Ambil bahagian lembut
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit /kunyit hidup
1 keping asam keping
1 batang cili merah
1 kotak santan kelapa 200ml
2 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, serbuk kunyit dengan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan dalam kuali.
2. Masak pada api sederhana. Setelah mendidih, masukkan pucuk paku baki air. Kacau seketika.
3. Selepas itu, masukkan santan, asam keping & cili merah. Masak hingga kuah mendidih kecil. Kacau sentiasa. Kemudian, masukkan garam secukup rasa. Masak seketika & siap.

Talapia Panggang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana mama dok teringin makan, kita try buat resipi dari @matgebu . Itupun menderhaka apa yang patut sebab barang takde.
Yang teringin, boleh try buat ek.

Bahan2:
1 ekor talapia dikerat dua
Aluminium foil
1/2 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca besar sos ikan
1 camca teh gula
3 camca besar air

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
4 biji cili merah

Bahan cili kicap
1/2 biji bawang besar didadu
10 biji cili padi, hiris kecil
1/2 biji limau nipis, perah jusnya
1/2 camca besar sos ikan
2 camca besar kicap lemak manis
1 camca besar air masak

Penyediaan:
UNTUK PES SAMBAL :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masak dengan api kecil dan kacau sentiasa. Tambah pes asam jawa, air, serbuk kunyit, sos ikan dan gula. Kacau sebati dan masak hingga naik minyak. Matikan api dan sejukkan sebentar
IKAN PANGGANG:
Ikan di cuci bersih. Kemudian lumur rata-rata ikan dengan sambal tadi. Perap dalam 5 minit. Panaskan periuk ajaib. Ambil aluminium foil yang dipotong ikut saiz ikan dan letakkan ikan diatasnya lalu balut. Bakar dengan api kecil selama 12 minit.
CILI KICAP :
Satukan semua bahan2 untuk cili kicap, kacau hingga rata dan boleh hidangkan bersama ikan panggang. Siap.

Ahad, 20 Mei 2018

Popiah Goreng / Lumpia / Spring Rolls


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Buat sendiri puashati.
Dek kerana ramai dalam rumah yang berpuasa ganti & sunat, kita buat sikit kuih untuk kudapan berbuka.

Bila buat sendiri, rasa puashati sebab ianya tak serupa dengan gerai jual kuih yg sanggup potong sebiji pisang sampai 3 potongan kecil (akak baru terkena jumaat lepas bila beli kuih). .

Jom buat sendiri. Boleh jimat beringgit-ringgit & boleh goreng berkali-kali (boleh bersedekah lagi jika banyak portionnya). .

Bahan:
1 pek kulit popia (saya guna 25 keping aje) suhu bilik
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 dada ayam dihiris & didadu isinya
1 biji lobak merah dipotong dadu
1/2 cawan air
3 batang saderi dipotong dadu
1/2 batang kentang didadu
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
3 sudu minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak guna api sederhana. Tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam berkurangan & ayam sedikit garing.
2. Kemudian masukkan lobak merah. Kacau seketika & masukkan pula air. Masak lobak merah dalam 5 minit. Selepas itu masukkan pula batang saderi & kentang. Kacau sayuran hingga semua mesra.
3. Masukkan pula garam & lada hitam. Kacau & masak dalam 1 minit. Tutup api & pindahkan dalam mangkuk. Biarkan sejuk sebentar.

Isi popiah yang sudah dimasak. Kita sejukkan kejap.

4. Sediakan semangkuk kecil air untuk dijadikan gam pada kulit popiah yang akan digulung. Kemudian, kopek kulit popiah yang melekat sekeping demi sekeping. Letak atas pinggan besar.

5. Ambil sesudu besar isi sayuran tadi & letak di atas kulit popiah di bahagian tengah. Kemudian lipat kulit di bahagian bawah ke atas menutupi inti. Lipat pula kiri & kanan kulit popiah & kemudian gulung hingga hampir hujung. Sapukan sedikit air guna jari pada hujung kulit popiah & gulung hingga habis. Buat hingga habis inti.


6. Panaskan minyak pada suhu sederhana. Kemudian goreng popiah hingga keemasan. Toskan & siap untuk dihidang & dimakan dengan sos atau begitu sahaja.

Kari Telur


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk anda yang takde idea nak masak apa atau telur aje stok yang tinggal atau teringin nak makan roti cicah kari & telur, boleh cuba resipi ni.

Bahan:
8 biji telur rebus & kupas
1/3 cawan minyak untuk menumis
1 keping asam gelugur
1 cawan santan (1 kotak kecil)
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji bawang besar sihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai daun kari, dilurut
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato hiris 6

Bahan2 kisar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah

Penyediaan:
1. Bancuh bahan kisar halus, rempah kari & gaul hingga menjadi pes. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar, bawang putih & daun kari hingga sedikit garing. Masukkan pes rempah, kacau rata & masak hingga naik minyak. Guna api kecil.
3. Kemudian, tuangkan air, kacau & biar mendidih. Setelah mendidih, masukkan telur rebus & asam gelugor. Kacau rata dan masak sekejap.
4. Tuang pula santan, kacau perlahan dan biar mendidih. Setelah mendidih sedikit, masukkan garam secukupnya & sedikit gula. Kacau sesekali & biar kuah mendidih dalam 4 ke 5 minit. Masukkan tomato. kacau seketika & tutup api. Siap.

Bihun Goreng / Mihun Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tetiba pagi ni rasa lapar bagai digaru-garu dinding perut. Macam mana nak dapat berat bawah 60kg camni. Kalau tak makan kang, kena gastrik & angin masuk terus pening seharian.
Tapi dek kerana keperluan perut & pentingnya sarapan, maka saya decide masak bihun goreng untuk family. Bahagia aje masing2 makan.

Ni resipinya. Boleh cuba.

Bahan:
Bahan tumis:

1 genggam cili kering direbus
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air
= Kisar semuanya

1 mangkuk bihun yang direndam
4 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 keping fishcake dihiris
5 biji fish ball dipotong dua
1 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Apa sahaja jenis sayur anda nak letak (parutan lobak merah, sawi, batang saderi etc)
1 batang cili merah dihiris
2 biji telur digoreng dadar & dipotong

Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumisan & tambah setengah cawan air lagi. Masak cili dalam 15 minit. Kacau sekali sekala.
2. Kemudian masukkan cili sos & kicap. Gaul seketika & masukkan pula fishcake & fishball. Kacau & biarkan ianya masak seketika.
3. Selepas itu, masukkan gula & garam. Seketika kemudian, masukkan bihun yang ditoskan & kacau bihun hingga mesra. Masukkan pula sayur. Kacau bihun goreng anda dalan 3-5 minit atau hingga anda puas hati. Matikan api, senduk bihun dalam mangkuk/pinggan besar & taburkan hirisan telur & cili merah. Siap.

Lempeng Sedap dan Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bila ada baki kuah kari ayam & sambal bilis, makanya kita melempenglah pagi ni.
Menu mudah untuk semua.

Bahan:
1. 2 cawan tepung gandum
2. 2 1/2 cawan air
3. 1 biji telur
4. 1 tangkai cili merah dihiris
5. 1/2 labu bawang besar dihiris dadu
6. 1 sudu kecil garam
7. 1 sudu besar minyak zaitun

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk dan gaul hingga mesra.
2. Panaskan kuali leper dan kemudian tuang sesenduk adunan ke atasnya. Bila adunan kelihatan mula mengering tepinya, terbalikkan untuk masak bahagian sebelah. Tekan sedikit sekali sekala & kemudian angkat. Masuk adunan sehingga habis. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...