Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 10 Ogos 2018

Nasi Goreng Cina


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Nasi goreng cina ni, masa muda-muda dulu, memang tak pernahnya masak kalau menjadi. Ada aje slack di mana-mana. Dan sekarang, Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki dapat memasak masakan yang dulu tak pandai dan juga makanan yang baru.

Dulu masa belajar, nak masak nasi goreng ni pun tak berapa jadi. Alhamdulillah sekarang, ok lah rupa & rasanya :)

Guna baki nasi putih semalam. Jangan membazir. Menu mudah untuk sarapan.

Bahan:
2 cawan nasi sejuk
3 ketul fishball dihiris
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji telur pukul sedikit
2 tangkai kacang buncis dihiris
1/2 batang lobak merah dipotong bulat & belah dadu
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
Hirisan daun bawang
Cili merah dihiris

Penyediaan:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak kemudian tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan fishball & goreng seketika. Tambah lobak merah & kacang buncis. Kacau & masak seketika.
3. Ketepi isi kuali, masukkan telur, kacau seketika & bila telur kelihatan berketul, masukkan nasi & lada sulah. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa & masak seketika. Tutup api. Letakkan nasi goreng dalam mangkuk & hiasakan dengan daun bawang & cili merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...