Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Makanan Laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Laut. Papar semua catatan

Masak fatty crab di rumah aje dah buat tukang masak n tukang makan happy


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Rezeki saya sebulan lepas dapat cuba masak menu fatty crab yang popular. Ni semua gara-gara Mark Weins yang popular kat Youtube tu share dia makan ketam sedap kat area KL. Saya pun tengoklah apa ke nama makanan dan kedainya. Bila dah tengok dan tetiba ada rezeki dapat beli ketam dengan Ali ikan, jadinya saya skodeng resipi fatty crab ni kat internet. 

Syukur, Yatie Kitchen ada masak dan share resipi kat IG dia. Gigihlah saya soh suami cari sos plum kat supermarket depan rumah. Ialah, mana pernah saya guna sos tu masak-masak dalam rumah ni. Jumpa aje sos plum, esoknya mulalah operasi masak fatty crab. Ini saya kongsikan resipi untuk 2 ekor ketam ya.


Bahan:
2 ekor ketam dikerat dua
3 ulas bawang putih
9-10 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
2 sudu besar sos plum
1 liter air untuk merebus ketam & simpan air rebusannya
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air untuk mencairkannya
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Masukkan ketam dalam kuali atau periuk dan masukkan air. Panaskan kuali dan bila air mendidih, masukkan ketam. Rebus ketam lebih kurang dalam 5-7 minit. Tutup api dan toskan ketam tapi air rebusan jangan buang. Simpan untuk dibuat kuah.

2. Kisar kasar cili merah, cili padi dan bawang putih. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan minyak. Setelah panas, tumis bahan-bahan kisar tadi hingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan sos plum. Kacau sebentar dan biarkan ia sedikit garing. Setelah garing, masukkan air rebusan tadi dalam 1/2 liter atau 3 cawan. Masak sebentar hingga mendidih dan kemudian masukkan air berisi tepung jagung pula untuk melikatkan kuah.

4. Apabila dah mendidih, perasakan dengan sedikit garam. Kemudian, bila kuah dah memekat, masukkan ketam rebus tadi dan kacau hingga mesra lebih kerang 1-2 minit. Tutup api dan hidangkan fatty crab kita dalam mangkuk yang sedikit besar. Boleh nikmati dengan roti bakar atau nasi putih atau nasi goreng.



Sambal sotong kembang yang buat nasi makan bertambah-tambah


Assalammualaikum & salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsi resipi sambal sotong kembang kegemaran saya, abah dan ayah mertua. Kami kalau jumpa lauk ni kat kedai makan atau kenduri, tangan tu akan ringan aje mencapai (tak selalu tapi kalau pi 10 kedai makan, 2 kali mesti ada senduk). Jadinya, kali ni saya kongsikan resipi feveret kami untuk anda cuba. Mana tahu, kot kena dengan selera tekak ke. Sambal sotong ni kalau nak rasa nikmat memakannya, kena makan dengan nasi lemak atau nasi putih. Kalau nasi minyak ke, nasi briyani ke, nasi tomato ke, rasa dia macam tak me'nyengat'.


Bahan sambal sotong kembang: 25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis. 3 bawang besar dipotong 4 1 liter air 1 1/2 cawan minyak masak 1/2 cawan air asam jawa 4-5 sudu gula (secukup rasa) 2-3 sudu kecil garam (secukup rasa) 1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan) 1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak) 1 ekor sotong kembang dipotong ikut saiz kegemaran
Penyediaan: 1. Rebus sotong kembang yang dipotong ke dalam air yang mendidih pada api sederhana. Rebus lebih kurang dalam 10-15 minit. Sampai sotong tu anda rasa lembut dan boleh dikunyah. Setelah lembut, toskan dan letak ke tepi sebentar.
2. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala. 3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit. 4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan sotong dan sedikit hirisan bawang besar. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan garam atau gula. Jika dah puas hati, tutup api dan siap untuk dihidangkan sambal sotong kembang kita ini dengan hidangan lain yang dimasak.

Rendang kerang, menu pembangkit selera bila makan dengan nasi lemak mahupun nasi putih


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menu rendang kerang ni mampu buat kita berselera makan bila sekali dengan nasi lemak atau nasi putih. Dia punya aura, buat orang yang sedang makan tak pandang kiri kanan dalam beberapa suap. Ralit menikmatinya. 

Menu rendang kerang ni saya tahu bila kahwin dengan famili suami. Mereka suka betul makan menu yang heavy gini bila datang majlis atau hari tertentu. Maka, bila suami dah suka makan, kita belajarlah masak. Perut siapa lagi kita nak gembirakan kalau bukan famili sendiri kan.

Rendang kerang ni cepat sikit masak berbanding jika masak rendang daging, ayam ataupun itik. Cuma jangan terlalu lama masak atas api. Ditakuti kerang kita jadi liat. Bila makan nanti, rasa macam kunyah gula-gula getah pulak. 

Ini resipi rendang kerang saya kongsikan. Moga bermanfaat. 

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1/2 cawan air

Bahan bahan:
1kg isi kerang
200 ml santan
1 serai diketuk
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula Melaka / gulau anau

Sup ketam yang sedap layan bila badan dan tekak tak sihat


Assalammualaikum & salam sejahtera. Sup ketam memang menu akan dicari bila demam dan batuk melarat lebih dari 3 hari. Bukan apa, tekak sakit, badan lemah dan tidur pun tak berapa kena. Jadinya, nak naikkan selera dan ubat tekak agar tak makan pedas sangat, makanya, sup adalah ubatnya.

Saya tak minta banyak bila masak sup ketam. Selalunya minta 2 ekor aje. Ialah, nak makan beria, tak juga sebab dah tak sihat. Setakat cukup syarat je. Ini resipinya anda boleh cuba. Jika anda tak sihat bila baca posting sup ketam ni, moga Allah berikan anda kesembuhan kembali. Nikmat mana lagi kita hendak dustakan kan...

Bahan:

Ketam - 2 ekor dipotong dua & cuci bersih
Bawang besar - 1/2 labu dihiris halus
Bawang putih -2 dicincang halus
Bunga lawang - 1 kuntum
Bunga cengkih - 2 biji
Minyak zaitun -2 sudu besar (boleh aje pakai minyak sayuran)
Lobak merah - 1 batang dikerat 4 bahagian & potong suku
Batang saderi - 2 batang potong serong
Rempah sup - 1 pek kecil
Air - 2 cawan
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang dan bunga cengkih. Kemudian tumis bawang dan bawang putih.
2. Setelah naik bau, masukkan air dan lobak merah. Masak sehingga air mendidih. Kemudian, masukkan pula batang saderi.
3. Lebih kurang 2 minit, masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan sedikit air. Masak lebih kurang 5 minit dan kemudian masukkan ketam.
4. Pastikan api sederhana besar bila ketam dah dimasukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga ketam kelihatan kulitnya sudah semuanya merah dan isi dalamnya nampak masak (kalau belah 2 tu, confirm boleh nampak isi dalam ketam masak cantik).
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebentar. Bila rasa dah ok, tutup api dan hidangkan sup ketam kita dalam mangkuk besar. 



Sotong goreng tepung rangup macam kat Kuala Perlis


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sotong goreng tepung jadi igauan. Sejak balik dari Kuala perlis 2 tahun lepas, suami saya kalau pergi kedai makan, kekadang dia akan request sotong goreng tepung. Tapi jika tak sama, dia macam frust. Katanya, sotong goreng tepung Kuala Perlis memang sedap. Nombor satu dalam ranking dia. Katanya, "enak ratah gitu aje. Macam makan ayam goreng."

Entah macam mana, rezeki saya terjumpa Tiktok Chef Crack. Saya save resipi tu. Dan bila ada masa baru ni, saya cuba buat. Alhamdulillah sedap. Rangup. Kadar letupan sotong tu pun kurang (teringat masa muda dulu saya masak sotong goreng tepung di rumah sedara di Labuan, meletup-letup sotong tu dalam kuali. Terjerit-jerit saya. Hahaha...)

Jadinya, ini bahan sotong goreng tepung Chef Crack yang anda boleh cuba. Hopefully anda suka juga menu makanan laut ni.

Bahan:
300gm sotong (cuci dan potong ikut saiz kesukaan)
Garam
1 sudu kecil baking powder.
Bahan Perap:
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Lasa sulah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
Garam
Air sejuk

Bahan tepung kering:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung

1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
Garam

Penyediaan:

1. Perap sebentar sotong dengan garam dan baking powder dalam 15 minit. Selepas itu, basuh dan toskan hingga kering.
2. Campur bahan basah dalam satu mangkuk dan adunan jangan cair sangat. Masukkan sotong. Gaul dan perap dalam peti ais sebentar dalam 10 minit.
3. Masukkan bahan kering dalam satu mangkuk. Masukkan minyak menggoreng dalam kuali dengan guna api sederhana. Keluarkan sotong diperap.
4. Setelah minyak panas, masukkan sotong diperap tadi dalam adunan kering dan sadurkannya. Masukkan dalam minyak panas dan goreng sehingga keemasan. Setelah masak, angkat dan toskan. Selesaikan baki menggoreng sotong yang lain sehingga habis.

Kari udang Sri Lanka, mudah memasaknya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sri Lanka prawn curry @ kari udang Sri Lanka. Resipi ni saya test sebab ada orang di TT yang makan kari ni cakap sedap sangat. Makanya, saya carilah resipinya. Alhamdulillah jumpa... Mudah sangat cara masaknya. Kiranya tak sampai 1/2 jam dah siap.

Bahan:
2 sudu besar minyak masak
500gm udang
1/2 biji bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai dihiris
5-7 tangkai cili padi dipotong
1 batang kayu manis
3 tangkai daun kari
1 biji tomato didadu
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil chili flakes 
200ml santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia. Kacau sebentar dan masukkan pula, cili padi, serai, kayu manis dan daun kari. Kacau dan masak sebentar.
2. Masukkan pula serbuk kari, serbuk kunyit, chili flakes dan sedikit garam. Kacau hingga naik bau.


3. Masukkan udang dan gaul sebentar. Selepas itu, masukkan santan dan air. Gaul dan masak hingga mendidih. Perasakan lagi dengan garam jika ingin tambah. Siap.

Pasta Aglio Olia yang semua orang suka


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Sesekali kita tukar menu pasta tanpa kuah. Memang sedap geng. Untuk yang suka makanan laut, sesuai sangat geng 😋

Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air rebusan pasta
300gm udang siap dibuang najis
300gm lala siap direbus
10 biji vongole direbus
1/2 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air rebusan pasta. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili benggala & udang. Kacau. Bila dah nampak udang bertukar warna merah, masukkan lala & vongole. Kacau perlahan-lahan.
3. Masukkan pula mix herbs, lada hitam, chilli flakes & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.

Gulai lemak ketam yang marbeles


 Assalammualaikum & Salam Ramadhan semua...

Menu ni Khas untuk peminat makanan cengkerang.
Selalunya, yang suka menu ni, family saya. Bila boleh rentas negeri ni... Kalau tak boleh makan ramai-ramai 😌

Bahan:
3 ekor ketam dibelah dua & cuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 kotak santan (250ml)
2 cawan air
1 helau daun kunyit
Garam secukup rasa
1 tangkai cili merah dihiris

Penyediaan:
1. Masukkan bawang besar, bawang putih, air serta 1/2 cawan santan dahulu ke dalam kuali. Masak guna api sederhana.
2. Bila dah mendidih, masukkan ketam, daun kunyit serta baki santan. Kacau hingga mendidih & perasakan dengan garam. Kemudian masukkan cili merah. Kacau seketika & siap.

Kerang rebus kuah tomyam yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua. First time buat resipi kerang rebus kuah tomyam ni dan setelah dirasa makan dengan nasi putih, rasa sedap juga. Sesekali makan kerang dengan hirup kuah tomyam memang marbeles. Bak kata atuk KFC, 'finger linking good'. Tq @matgebu untuk resipi kerang kerek tu. Saya tukar sikit sebab x suka bau daun ketumbar 😁

Yang nak try, boleh sesangat. Bahannya mudah aje. Oh ya, jika tak suka kerang, boleh le ganti dengan kupang ke, lala ke atau vongole.

Bahan:
500gm kerang
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris kasar
1/2 inci halia, hiris halus
12 tangkai cili padi diketuk
1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji tomato belah 6
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Cuci bersih kerang & toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai, bawang putih & halia. Masak hingga harum & layu. Masukkan cili padi & pes tomyam. Kacau rata & masukkan sos tiram & sos cili. Masukkan kerang & daun limau purut. Besarkan api & gaul mesra.
2.Tuang air & tutup kuali, masak hingga kerang terbuka kulitnya. Tambah hirisan bawang besar, tomato & kacau. Akhir sekali masukkan jus limau nipis. Gaul rata & jika rasanya ok boleh matikan api. Kerang rebus kuah tomyam ni anda boleh hidangkan dalam mangkuk kecil. Mudah untuk orang ambil dan kopek kerangnya.

Sambal sotong simple


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambal ni anda boleh aje terus guna cili kisar yang dalam pek tu tapi still boleh nampak pekat sambalnya. Jimat sikit masa.

Bahan:
500gm sotong
3/4 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat & leraikan
1/4 cawan jus asam jawa
1 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
1 biji bawang besar potong
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Penyediaan:
1. Sotong diasingkan kepala, buang kotoran & cuci bersih. Badan sotong dikelar-kelas tapi tidak putus. Cuci & tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil & kacau sentiasa.
3. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa & gula (selalunya jika sambal sotong, gula kena lebih sikit). Kacau & masukkan sotong, gaul rata & masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang lembut & sotong bertukar warna. Rasa & jika ok matikan api. Siap untuk dihidang.

Maggi goreng sambal sardin & kerang yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sarapan maggi goreng sambal sardin dengan kerang.

Kome-kome makan apa pagi ni?
Harini saya try resipi baru dari Youtube @sheilarusly_jspictures . Tunggu punya tunggu Ali ikan datang bawak dagangan, sekali harini dia tak jadi datang. Makanya, pantas le dok fikir apa nak masak sarapan pagi ni. Terus teringat stok maggi yang ada & YouTube Sheila Rusly yang dok tengok 2-3 hari lepas.

Jadinya, inilah sarapan sedap kami. Ada add on sikit kerang sebab sis in law suka.

Bahan:
4 paket maggi sambal bilis direbus sebentar & toskan
4 paket perencah maggi
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
3-5 tangkai cili padi dihiris
1/2 tin ikan sardin dengan kuahnya
1/4 cawan air
1 biji limau nipis
1/2 cawan isi kerang
5-6 biji fishball dihiris
2 biji telur
Secekak sawi dipotong kasar
1/4 kobis dihiris
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & putih. Masak hingga naik bau. Masukkan pula cili giling. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan perencah maggi & kacau. Masukkan air serta ikan sardin & kuahnya. Kacau & pecah-pecahkan ikan sardin tersebut.
2. Kemudian, masukkan, jus limau nipis, fish ball & kerang. Kacau & biarkan ia masak sebentar. Lepas tu, masukkan telur & dadarkan ia sekejap. Masukkan pula maggi, sawi & kobis. Kacau hingga semuanya mesra. Tutup api & siap untuk dihidang.

Sambal sotong nak cepat


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambal ni anda boleh aje terus guna cili kisar yang dalam pek tu tapi still boleh nampak pekat sambalnya.

Bahan:
500gm sotong
3/4 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat & leraikan
1/4 cawan jus asam jawa
1 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
1 biji bawang besar potong
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Penyediaan:
1. Sotong diasingkan kepala, buang kotoran & cuci bersih. Badan sotong dikelar-kelas tapi tidak putus. Cuci & tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil & kacau sentiasa.
3. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa & gula (selalunya jika sambal sotong, gula kena lebih sikit). Kacau & masukkan sotong, gaul rata & masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang lembut & sotong bertukar warna. Rasa & jika ok matikan api. Siap untuk dihidang.

Resipi mudah mi bandung


Assalammualaikaauam dan salam sejahtera. Dok fikir nak masak apa yang mudah hari Jumaat. Makanya, ini hasilnya, mi bandung in da house. Kalau nak pedas lagi rasa kuahnya, add-on sekali dengan sos cili madu 3 tu masa makan Pergh! Tambah lagi dengan cili padi. Terangkat weh...

Bahan:
2 bungkus mee kuning dicelur
10 ekor udang basah
2 ekor sotong dipotong bulat
1/2 cawan kacang tanah digoreng & kemudian kisar
1 ikat saw1 biji tomato potong 6
Hirisan dada ayam
1.5 liter air rebusan daging (guna aje 2 kiub daging)
8 biji telur
Gula & garam

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
2 keping tauhu goreng dihiris
Bawang goreng
Cili merah dihiris

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga cili masak.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, hirisan ayam & sotong. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula & garam secukup rasa.
3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau agar telur tidak pecah. Biarkan telur masa. Akhir sekali masukkan sawi & tomato.
4. Kacau seketika & tutup api. Curahkan kuah di atas mi. Hiaskan dengan bahan hiasan. Siap mi bandung mudah kita.

Lala rebus yang mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Dek kerana kejar masa & baru balik kelas mengaji, makanya, menu ini yang mudah. Tak sampai 20 minit dah siap. Kot ada nak reserve sebagai menu buka puasa nanti, silakan. Jimat masa.

Bahan:
1kg lala dibasuh bersih
3-4 ulas bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak zaitun/sayuran untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih & 1 garam hingga berbau harum. Masukkan lala & serai, gaul mesra. Tuangkan air & gaul sebentar. Tutup lala dengan penutup nasi atau penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 5-7 minit.
2. Angkat penutup, gaul sebentar. Dan jika semua lala dah terbuka, angkat & letakkan dalam bekas. Siap. Nak jadikan lauk makan dengan nasi boleh, nak ratah pun silakan...

Aglio Olia Seafood


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tetiba teringin nak makan aritu & tengok stok seafood pun ada, so kita masak. Menu sihat untuk semua

Bahan:
1/2 pek spaghetti siap direbus & tos
15-17 ekor udang dicuci bersih
1/4 kg lala dicuci bersih
1 sudu kecil red pepper flakes
1/2 sudu kecil lada hitam
3-4 biji jus limau kasturi
4 ulas bawang putih dicincang
5 ulas bawang putih dihiris (utk pasta)
1 batang saderi dihiris
1 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak zaitun untuk perapan udang & menggoreng

Penyediaan:
1. Perap udang dengan minyak zaitun, red pepper flakes, garam & bawang putih. Perap dalam 15-20 minit. Kemudian, salai udang tersebut atas kuali non-stick. Masak kedua-dua belah. Angkat & ketepikan.
2. Selepas itu, masukkan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang putih seketika. Kemudian masukkan sedikit red pepper flakes & black pepper. Kacau & masukkan air. Setelah mendidih, masukkan lala & batang saderi. Kacau seketika & tutup lala dengan penutup periuk/kuali. Biarkan lala masak dalam 4-5minit.
3. Angkat penutup & kacau lala seketika. Masukkan spaghetti & garam secukup rasa. Kacau mesra. Masukkan pula udang. Kacau sebentar & boleh tutup apinya. Siap dihidang.

Lala Goreng Serai & Cili


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu mudah lala goreng serai dan cili. Menu ni kalau dah buat. memang mampu buat saya meratah aje bila dah hadap. Sekarang ni, harga sekilo lala dalam RM12-RM13. Bergantung pada tempat jualan.

Bila masak guna cili kering ni, teringat housemate cina di Labuan dulu. Suka mereka berdua masak letak cili kering & halia banyak2.

Bahan:
1kg lala dicuci bersih & toskan
2 batang serai dititik
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 camca besar sos tiram
5 tangkai cili kering dipotong serong & direndam dalam air panas dalam 5 minit
1/2 cawan air
Sedikit garam
2 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan hirisan cili kering. Tumis hingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia & serai. Kacau rata.
2. Tambah sos tiram, gaul mesra & masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air. Tutup kuali & masak 5 -7 minit dengan api sederhana. Kacau & tambah sedikit garam. Kacau seketika & siap. Boleh dah dihidangkan menu lala goreng serai dan cili ni.

Kupang Masak Cili Padi Pedas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni saya cuba masak kupang masak cili padi yang pedas untuk famili. Alhamdulillah, depa suka. 

Sebenarnya, asalny saya order lala tapi udahnya ali ikan kata kupang aje ada di pasar. Kupang pun kupanglah. Tq so much Encik Ali sayur bawakan stok seafood.

Ini resipinya.

Bahan:
3-4 tangkai daun kari
2 biji bawang merah dihiris (dek kerana rumah saya jarang ada bawang merah, saya guna 1 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih dihiris
15 batang cili padi dipotong (nak podeh lagi, pandai2 le tambah ya...)
1 sudu besar udang kering (rendam dlm 1-2 minit)

Bahan pes (satukan semua bahan ini dalam mangkuk kecil):
1 pek kecil rempah kari ikan
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
1-2 cawan air
1kg kupang dicuci bersih
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, daun kari & udang kering. Goreng sehingga naik bau atau bawang sedikit garing.
2. Kemudian, masukkan pes tadi dan kacau. Masak sehingga pecah minyak dan tambah air. Bila mendidih, gaul dan tambah sedikit garam secukup rasa.
3. Masukkan kupang & gaul perlahan-lahan sehingga mesra. Kemudian tutup kupang dengan tutup periuk nasi atau apa aje yang sesuai bagi memastikan kupang masak sekata. Biarkan dalam 4-5 minit api sederhana.
4. Angkat penutup dan gaul perlahan-lahan kupang tersebut & jika anda dah pasti kupang sudah masak semuanya, bolehlah tutup api (jika masih belum masak sebab kuantiti banyak, tutup sekali lagi dengan penutup periuk dalam 2-3 minit). Siap & pindahkan dalam mangkuk besar kupang masak cili padi pedas.

Kari Udang Kapitan yang buatkan rumah bau wangi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tak pernah makan kari ni sebelum ni. Cuma last minute terfikir, nak masak karilah udang ni. Selalu buat sambal, goreng tepung atau tempoyak aje.

Dan bila dah cuba, sangat sedap karinya & bau rumah sangat wangi dengan bahan yang dikisar ketika menumis.

Thanks @matgebu untuk resipinya. Adalah sikit saya ubah resipinya ikut apa yang ada di dapur.

Bahan:
500 g udang besar, dibersihkan
3 tangkai daun kari
200 ml santan segar
1 biji bawang besar, didadu
1 sudu besar gula
2 1/2 sudu besar jus limau kasturi
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji tomato dipotong 6

Bahan Kisar Halus :
5 tangkai cili kering digunting & rendam dalam air panas & toskan
8 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
1 inci belacan

Penyediaan:
1. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bahan kisar halus & daun kari kemudian tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan udang, gaul rata & tuang air. Kacau & biar mendidih.
2. Masukkan santan, gula & garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan jus limau kasaturi. Kacau & rasa, jika ok boleh matikan api. Masukkan potongan tomato.

Kupang Masak Lemak Cili Padi, Pergh!!


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Merayap ke Pasar Nilai 3 sabtu baru ni lepas jogging. Dan rezeki bila ternampak selonggok kupang fresh kat deretan jualan makanan laut. Exactly untuk confirm, saya tanya budak jual tu apa namanya sebab pernah kena komen di YouTube tentang lala (padahal betullah lala, budak YouTube tu yang salah) "Dik, apa nama benda warna kulit hijau tu?"
"Kupang namanya cik."
"Betullah namanya kupang ya? Bukan tiram ke, lala ke?
"Betullah kupang."
"Berapa sekilo?"
"RM9 cik." So, bila dah tau harga, pantas akak mintak bakul kecik. Sesi memilih bermula. Alhamdulillah rezeki dapat beli (sebab tak semua pasar ada jual).

Bahan:
1kg kupang cuci bersih
1/2 liter air
1 paket tempe potong 12
1 kotak kecil santan
1 tangkai serai
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
Sedikit air

Penyediaan:
1. Panaskan kuali pada api sederhana. Masukkan minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Kacau sebentar. Masak hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan 2 sudu pati santan & tempe. Kacau sehingga mendidih.
3. Selepas itu, masukkan kupang & air. Kacau seketika. Masukkan pula santan. Kacau hingga sebati & masukkan sesudu dua garam (ikut rasa).
4. Tutup guna penutup periuk untuk pastikan ia masak seketika. Biarkan dalam 1-2 minit. Angkat & kacau hingga mendidih & sesedap rasa.

Gulai Lemak Udang Dengan Kacang Buncis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Gulai lemak udang dengan kacang buncis. Untuk udang, selalunya encik hubby tak makan. Kuah dia ok lagi. So, menu ni hanya orang tertentu akan bedal :)

Menu mudah. Ambil masa dalam 20 minit (pastikan udang dah kopek kulit siap2).

Bahan:
1/2kg udang yang dibuang kepala & kulitnya
7-8 tangkai kacang buncis dipotong serong
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
250ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi

Penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, asam gelugor dan santan cair (2 sudu besar santan pekat + 2 cawan air). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan udang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna dan nanas lembut. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacauhingga mendidih dan guna api sederhana.
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, jika perlu. Biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau untuk elakkan santan pecah. Masak seketika, siap.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...