Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 18 Januari 2015

Red Velvet Soft Cookies @ Biskut Lembut Red Velvet


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua...
Siapa tak suka biskut kan... Cuma kali ni, saya try buat biskut baru. Red Velver Soft Cookies. Selalunya orang kita makan kek or cupcakes RV tapi kali ni saya nak tukar sikit. Buat biskut. Dan, dek kerana orang kat dalam rumah ni suka soft cookies berbanding yang yang rangup, makanya kuturutkan kehendak mereka.

Dan, rupanya, biskut ni ada penggemar setianya pulak lepas dibuat. My nephew sorang ni rupanya suka. Semalam masa dia dok lepak rumah saya dengan maknya, tetiba nampak dia bukak tupperware biskut dan ngap biskut RV ni. Saya tanya, "sedap ke mi? Paksu kau kureng skit sebab dia suka oatmeal tu lagi." Jawapnya, "Ok aje." Dan mak dia sampuk, "Dia tolong habiskan biskut yang kau beri aritu fisyah. Sambil hadap komputer or tv, itu yang dimakannya sampai habis."
Dengar aje komen tersebut, saya soh dia bawak balik beberapa keping lagi biskut RV tu.

Jom saya kongsikan resipinya dengan anda. Ingat! Ini soft cookies tau dan rasanya memang lembut ala-ala macam lemau gitu. Cuma orang yang tak tahu akan ingat biskut ni lemau padahal tidak. Biskut ni kalau lemau, dia akan jadi sedikit rangup (terbalikkan dengan konsep biskut biasa).

Bahan-bahan:
1. 230gm cream cheese, suhu bilik
2. 1/2 cawan mentega, suhu bilik
3. 2 sudu kecil ekstrak vanila
4. 11/2 cawan tepung gandum @ all purpose flour
5. 1 sudu kecil soda bikarbonat
6. 150gm gula perang
7. 50gm gula kastor
8. 1/4 sudu kecil garam
9. 1 biji telur
10. 1 sudu besar susu biasa (susu minum uht tu aje)
11. 11/2 sudu besar pewarna warna merah
12. 1 cawan cip coklat
13. 1 cawan gula kastor (untuk saduran)

Penyediaan:
1. Campurkan tepung, garam dan soda bikarbonat dalam 1 bekas. Dalam bekas lain, guna hand mixer untuk pukul mentega hingga gebu dalam 1 minit. Guna kelajuan tinggi sama ada 3 atau 4. Selepas itu, tukar pada kelajuan sederhana (no. 2 pada hand mixer tu) dan masukkan kedua-dua gula kastor dan gula perang tadi. Pukul sehingga sedikit gebu (dalam 3-4 minit).
2. Kemudian, masukkan telur, susu dan ekstrak vanila dan pukul hingga mesra. Bila sudah mesra, masukkan pewarna warna merah dan pukul hingga mesra.
3. Selepas itu, masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit sehingga habis dan menjadi doh yang lembut. Jika mahukan biskut tersebut berwarna merah lagi, boleh aje tambah pewarnanya dan jangan lupa pukul dohnya sehingga warna doh sekata.
4. Kemudian, masukkan cip coklat dan gunakan hand-mixer pada kelajuan rendah (1 aje sebab kita tak mahu cip coklat tu pecah). Kalau nak selamat, guna aje sudip dan gaul mesra.


5. Rehatkan doh dalam peti ais lebih kurang 1 jam setengah. Tutup dengan kertas aluminium atau plastik agar bau peti ais tak ganggu dia.
6. Panaskan oven pada suhu 170 Celsius. Untuk dulang pembakar, anda boleh sapukan mentega pada dulang tersebut atau letakkan kertas surih yang dipotong ikut saiz dulang.
7. Keluarkan doh dari peti ais dan ceduk (scoop) doh tadi saiz sebesar 1 sudu besar (saiz guna aje skup aiskrim tu) dan sadurkannya pada gula kastor (1 cawan tadi) sebelum diletakkan di atas dulang pembakar. Tak payah nak benyekkan doh yang bulat tu. Biarkannya kerana ia akan cair dengan sendirinya bila dibakar nanti. Cuma anda jarakkan sedikit satu doh dengan doh yang lain agar ia tidak bercantum.
8. Bakar doh biskut tadi dalam 10-12 minit. Jika oven kecil, selalunya saya letakkan suhu pada 160 Celsius sebab tak mahu dia hangus cepat dan kadar pembakarannya dalam 14-15 minit.
9. Setelah masak, ada keluarkannya dan jika anda ingin biskut anda kelihatan kedut atau renyuk (crinkle), tekan sedikit biskut tersebut masa panas dan ia akan crinkle (kau jangan telebih tekan pulak, tak pasal-pasal pecah biskut, hehehe...). Bila biskut dah sejuk, masukkannya ke dalam tupperware atau bekas kedap udara.

Happy cooking...

Khamis, 15 Januari 2015

I love you = saya cinta awak selamanya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Kalau tengok pada tajuk entri tu, rasanya semua yang baca entri tu akan terlintas perasaan yang dimaksudkan. Tak kisahlah pada siapa atau bila. Semua orang majoritinya, suka akan perasaan tersebut. Namun, adakala perasaan tersebut cukup menyakitkan. Sakit bagaimana?? Bak kata pepatah lama, 'tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, pandang orang lain pun takde feel (ini saya tambah sendiri ya)'.

Apa pun perasaan kita, tentang kata-kata I Love You, Saya Cinta Awak, Te Amo, Sarang Heyo, Wo Ai Ni, Hum Tumhe Pyar Karte Hee, ia menggambarkan rasa hati kita pada orang yang kita cinta, sayang dan rindu sentiasa. Saya lebih maksudkan kata-kata ini pada pasangan kekasih yang bercinta dan suami isteri.

Kata-kata ini, pada awalnya hanya dikongsikan seorang diri sahaja sebelum ia dapat diluahkan. Memang sukar dan kena buang jauh-jauh perasaan malu atau ego untuk lafazkan kata-kata ini. Lagi-lagi untuk dilafazkan kali pertama pada orang yang dirasakan betul-betul menguasai hati, fikiran dan rasa kasih dalam diri. Bukan apa, kita takut kesan pada kata-kata ajaib ini. Jika pasangan yang dicintai menerima seadanya, Alhamdulillah... But, bayangkan sebaliknya. Hanya Allah yang tahu. Mampukah kita hadapi penolakan tersebut. Mampukah kita tatap lagi wajah orang yang kita cinta? Mampukah kita atau dia bereaksi seperti biasa, seperti tiada apa-apa berlaku? That is the consequences yang perlu dihadapi.

Ada orang pernah jatuh cinta berkali-kali. Ada orang tidak pernah langsung bercinta. Ada orang, cintanya dipermainkan (atas alasan tertentu). Yang paling manis, cinta pertama. Cinta yang bilamana kedua-duanya ada perasaan seperti itu. Tak ramai orang dapat nikmati cinta pertama dengan orang yang pertama dia jatuh cinta. Even saya sendiri admit, my hubby is not my first love (I syok dalam diam ok pada hamba Allah yang dulu. Monkey love :) ). But still, my hubby is the one and only who heard I said those words. Bila saya sebut, saya pun tak ingat coz it was so long ago.

Saat saya dan dia mula berkasih, bercinta, bertunang dan tika diijabkabulkan hinggalah hari ini, I Love You, is the words that we need to say everyday before he goes to work, hang-up the phone or before we got sleep. Rasa hari tidak lengkap tanpa ungkapkannya pada dia. Saya nak dia tahu dan saya mahu ingatkan juga diri yang cinta perlu disemai setiap hari. InsyaAllah, saya akan sayang hubby saya selagi hayat dikandung badan dan selagi mana diri ini kuat untuk terus menyintainya.

Saya ada lihat orang sekeliling yang rasa cinta mereka sudah pudar mahupun hilang. Bila rasa cinta dan sayang itu sudah berkurangan, kata-kata manis ketika bercinta juga sudah amat jarang terbit dari bibir. Yang ada hanya kata-kata biasa. Itu belum lagi bila kata-kata menyakitkan hati terhembur dari mulut orang yang kita sayang. Rasa hati yang tak dapat diucap pedihnya.


Saya sedih bila lihat rasa cinta yang berkurangan dari pasangan-pasangan tertentu yang saya kenal. Dalam hati saya terfikir, 'kenapa jadi begini? Sibuk sangatkah aktiviti harian hingga tak mampu untuk ucapkkanya walau sekali sehari? Tidak mampu lagikah mulut itu mahu memuji kebaikan, kecantikan dan kelebihan pasangan yang dicintai?' Apa pun, jika saya teringat, saya akan minta pada Allah ketika itu agar lembutkan hati mereka dan berikan kasih sayang dan rahmatNya pada mereka.

Apa pun perasaan cinta anda bila baca entri ini, ingatlah, rasa cinta itu pertamanya perlulah diluahkan pada Dia Yang Satu. Minta petunjuk padanya. Jangan putus asa. Jika ada jalan lain yang Dia tunjukkan (dalam mimpi atau istikharah anda), yakinlah, Dia tidak pernah silap. Mungkin pada awalnya kita teragak-agak, tapi insyaAllah, Dia akan pandu kita untuk berjalan ke arah yang lebih baik. Seperti mana sayangnya kita pada pasangan yang cintakan kita, sayangnya Allah pada kita, lebih dari segala-galanya. Ingatlah:

"Dan apabila hamba-hamba Aku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa pada Aku. "
(Al-Baqarah: 186).

Apapun perasaan cinta anda, lafazkannya dengan cara yang anda rasa selesa dan yakin (untuk yang baru nak mulakan langkah pertama). Buktikan bukan hanya pada mula-mula sahaja, tapi sehingga akhir hayat.

Jumaat, 2 Januari 2015

Ujian hebat dari Allah untuk Malaysia


Subhanalllah, Allahu Akbar, Innalillah hiwaina ilaihi roji'un...

Tiada siapa jangka banjir yang menimpa pada tahun ini merupakan ujian hebat buat hambaNya dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya. Banjir yang pada awalnya saya ingat banjir biasa kerana memang sudah biasa melihat negeri Kelantan dan Terengganu menghadapi banjir setiap kali hujung tahun menjelma. Ada saya lihat gambar di FB rakan saya yang bapanya siap berkenu lagi di hadapan rumah. Ingatkan tidak serius banjir kali ini kerana melihat pada intonasi ayatnya di FB. Rupa-rupanya adalah sebaliknya. 1-2 hari selepas itu, hujan yang turun luar biasa lebatnya telah menyebabkan beberapa tempat mula dinaiki air. Semakin lama semakin saya lihat di FB, ramai rakan-rakan & kenalan post kan cerita tentang banjir ini. Dalam hati dah terdetik, 'serius sangat ke? Kenapa macam takde berita diperhebahkan sangat di kaca tv dan berita?'

Dan apa yang terlintas di fikiran itu, rupanya memang. Banjir besar dan hebat bukan sahaja melanda negeri Kelantan dan Terengganu bahkan Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor dan yang paling terkini adalah Sabah. Subhanallah... hebatnya ujian Allah ini. Lebih-lebih lagi bagi penduduk di Kuala Krai, Kelantan dan sekitarnya. Air naik sehingga mencecah ketinggian tiang elektrik. Ya Allah, takut saya melihat gambar kederasan air dan impaknya pada manusia dan alam sekeliling. Dan yang paling menakutkan sekali apabila mendengar berita kematian mereka dalam banjir ini.

Bila air sedikit surut dalam 3 hari kebelakangan ini, kelihatan satu fenomena yang tak terjangka berlaku di Malaysia. Rumah sudah roboh dan tidak tahu ke mana perginya, kereta sudah terbalik dan tersadai di merata tempat dan tertimpa antara satu sama lain, sekolah dan masjid musnah teruk hampir 80%, bekalan air bersih dan elektrik terputus, penduduk setempat yang terselamat sudah hampir 4-5 hari tidak makan dan hanya minum air banjir, rumah yang terselamat penuh berselut dari lantai hinggalah ke atap dan munculnya satu golongan yang menindas tanpa ada perasaan belas kasihan (menjual barang makanan dan harian dengan harga paling hilang akal. Dan paling hampeh, menggunakan barang pemberian penderma untuk mendapatkan keuntungan).

Pada waktu inilah, kita dapat melihat betapa hebatnya ujian Allah bukan sahaja kepada mangsa banjir tetapi juga orang sekeliling, rakyat Malaysia dan pemerintah (negeri mahupun pusat). Setiap orang diduga dengan caraNya yang tersendiri. Saya dan hubby akui yang bila ditilik kembali ujian kereta yang dihadapi hubby 2 bulan lepas, rasanya ujiannya hanyalah kecil sahaja berbanding mangsa banjir. Saya cakap dengan hubby, "awak rasa ujian awak yg kena keluar duit **** untuk baiki kereta yang masuk air banjir di KL itu mahal tapi cuba awak bayangkan apalah sangat nilai duit yang awak keluar itu berbanding dengan mangsa banjir yang hilang segalanya (kesian bila lihat warga emas duduk di tangga yg rumahnya telah musnah langsung)."

Bila lihat ujian mereka ini, hubby dengan rakan-rakan ofisnya menderma sedikit barang keperluan untuk dihantar ke sana melalui NGO Islamic Relief. Saya dan anak-anak sedara yang besar pula, membantu dari sudut yang lain pula. Kami aku yang sumber kewangan kami juga adalah agak terhad namun, insyaAllah kami akan cuba membantu apa sahaja yang kami mampu untuk meringankan sedikit beban saudara seIslam dan senegara dengan kami.

Di sini saya tepekkan beberapa keping gambar tentang banjir yang berlaku. Saya ambil gambar ini di FB dan internet. Moga ia menjadi iktibar buat saya dan anda semua (ada banyak perkara jika difikirkan tentang iktibarnya pada kita).

















Moga Allah membantu kami dan anda semua untuk terus berada di jalan yang lurus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...