Kali ni saya nak kongsikan resipi Panna Cotta dengan anda semua. Exactly, panna cotta adalah antara Italian desserts yang popular selain daripada kek tiramisu dan biscotti. Saya tahu tentang panna cotta ni semuanya gara-gara Masterchef Professional Australia tu lah. Depa masak aje dessert menarik, terus saya google untuk tahu apa ke bendanya tu. Bagus juga kan ada rancangan macam ni. Kita belajar untuk tahu tentang makanan negara lain meskipun kita mungkin tak mampu untuk ke sana. :)
Untuk kali ni, saya buat panna cotta yang biasa sahaja. InsyaAllah, lain kali try buat yang flavour pula. Sebenarnya dah 3 kali buat panna cotta ni. Semuanya flavour biasa. Cara buatnya sangatlah mudah. Hopefully anda pun boleh buat juga.
Panna Cotta with blueberry, honey, raspberry & red berry.
Panna Cotta with honey, plain and another with pomegranate juice.
Bahan-bahan:
1. 14 gram galetin (cari aje yang halal, insyaAllah ada).
2. 60 gram susu sejuk
3. 560 ml heavy cream/double cream/whipping cream (pastikan untuk whipping cream ni ada 35% fat at least)
4. 60 gm gula
5. 1/2 sudu vanilla extract
6. Cawan atau mangkuk untuk meletak panna cotta
Penyediaan:
1. Masukkan susu sejuk ke dalam mangkuk kecil. Masukkan geletin ke dalamnya. Biarkan dalam 10-15 minit sehingga geletin yang ditabur itu kelihatan macam berkedut (spongy)
2. Masukkan heavy cream/whipping cream/double cream ke dalam periuk. Masukkan pula gula. Panaskan dengan api sederhana dan kacau. Bila kelihatan agak mendidih, masukkan pula vanilla extract. Kacau.
3. Selepas itu, masukkan pula susu dan geletin tadi ke dalam periuk. Kacau dengan pantas. Pastikan geletin itu larut dalam bancuhan. Tutup api dan kacau lagi bancuhan dalam 2-3 minit.
4. Sediakan cawan atau mangkuk dan kemudian masukkan bancuhan tadi perlahan-lahan ke dalamnya. Jangan letak penuh sangat. Kira-kira 3/4 isi cawan sahaja.
5. Masukkan cawan berisi panna cotta ke dalam peti sejuk. Biarkan dalam 4-5 jam. Kalau dapat semalaman pun ok juga.
6. Bila sejuk, anda akan dapati panna cotta itu seperti jeli sedikit. Untuk menikmatinya, boleh dimakan begitu sahaja atau dengan madu, atau dengan jem dan boleh juga dinikmati dengan parutan coklat.
Panna Cotta sempena hari lahir suami saya :)
Happy cooking...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan