Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 1 September 2013

Memanah itu sukan sunnah yang menarik

Rasulullah s.a.w bersabda: "Ajarilah anak-anakmu berkuda, berenang dan memanah." 
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Alhamdulillah, hari ini saya nak kongsikan 1 lagi entri menarik tentang aktiviti saya dan hubby. Kami dah mula belajar memanah dalam sebulan sebelum Ramadhan. Dan alhamdulillah, aktiviti ini kami teruskan kembali selepas sebulan lebih meninggalkannya kerana berpuasa & beraya. :)

Exactly, jika diikutkan, doktor yang merawat hubby saya slip disc dahulu ada sarankan suami saya belajar berenang kerana ia elok untuk membetulkan dan menguatkan tulang belakang. Tapi, oleh kerana kami masa itu tidak tahu yang ia sukan sunnah Nabi dan kami beranggapan ianya satu sukan yang mahal serta kami tidak berkemampuan, maka kami biarkan aje. Hubby pun hanya amalkan senaman yang diajar aje.

Dan, entah bagaimana, satu hari, Allah tiba-tiba mengetuk minda saya dan hubby. Kami tiba-tiba teringin untuk mengamalkan sukan sunnah Nabi selepas kami mengetahui tentangnya. Setelah berfikir dan berbincang, akhirnya kami decide untuk belajar memanah. Nak menunggang kuda, hubby tak boleh sebab slip dics, nak berenang, saya pula tak berani dengan air. Hehehe...

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami untuk belajar sukan sunah ini. Daripada masa mencari sehinggalah berjumpa dengan tempat belajar memanah sekarang, meskipun ada sedikit kesukaran, tapi Dia membantu mempermudahkan.

Masa mula-mula belajar dan nak dapat arm guard sendiri, amik kau, lebam-lebam jugaklah tangan tu. Tapi, itu yang membuatkan pembelajaran itu sesuatu yang menarik. We learn the hard way in learning process dan itu yang membantu kita sebenarnya untuk mengingati aplikasi pembelajaran.

Pernah satu ketika, saya dan sepupu berbual tentang sukan sunah nabi (beliau sudah menghantar anak-anaknya belajar berenang & berkuda). Beliau berkata, "Kau tahu Rina, kalau kau perasan, sukan sunnah Nabi ni sukan eksklusif. Kau tengok menunggung kuda & polo, berapa harga kuda dan yurannya. Berenang, tengok berapa hadiah yang ditawarkan dan diiktiraf dalam sukan dunia. Memanah, kau tengok alatannya dan yurannya di kelas tertentu kat Malaysia ni. Boleh tahan bukan."

Saya mengangguk. Mengiakan. Sukan sunnah ini memang sudah diangkat menjadi sukan bertaraf dunia oleh negara bukan Islam. Tapi di negara Islam, ianya dianggap enteng dan tidak penting. Bukan itu sahaja, yuran yang dikenakan adakala mahal dan tak masuk akal. Maka, dari situ, orang tertentu sahaja yang mampu mengamalkannya dan golongan kurang berkemampuan, hanya melihat di dalam tv, baca di majalah dan tengok di internet sahaja.

Saya amat berharap agar satu ketika nanti, sukan sunnah Nabi akan menjadi ikutan 90% umat Islam di dunia dan ianya dapat diamalkan dengan mudah oleh semua golongan. Affordable is the key word.

Oh ya, If ada antara pembaca ingin belajar memanah dan tinggak di area KL Selangor dan Nilai, bolehlah belajar memanah di tempat saya & hubby belajar di Kajang. Boleh cari di FB, Kelab Memanah Kajang (Archery Kajang), insyaAllah yurannya amat berpatutan dan harga alatan memanah boleh dirunding berdasarkan kemampuan dan kehendak anda. :)

Sekarang, kelab ini sudah berpindah ke Sekolah Rendah Saujana Impian, Kajang. So, boleh terus ke sana ya untuk info. Hari Sabtu dan Ahad pagi hingga tengahari mereka berlatih.

Memanah ini membantu kita bukan sahaja fokus untuk menembak dengan tepat tetapi juga sabar dari segi minda dan pergerakan. 

42 ulasan:

  1. W'salam,
    Rasanya hari tu ada cousin saya begitahu (jika tak silap), di Sunway rasanya ada indoor archery. Mereka kira ikut berapa bilah arrow yg nak guna. Mungkin boleh try survey kat sana. :)

    BalasPadam
  2. salam kak,
    Sy memang tercari-cari tempat utk sukan memanah. alhamdulilah, post akak amat membantu. Kalau sy berminat sy blh terus pegi n mendaftar? TQ

    BalasPadam
  3. Norbalqis: Boleh aje terus mendaftar. InsyaAllah, yurannya tidak mahal :)

    BalasPadam
  4. di nilai tiada ke aktiviti sukan memanah? kala ada siapa nak dihubungi?

    BalasPadam
  5. dean: setahu saya di USIM ada tapi ia untuk student aje. org luar saya x pasti.

    BalasPadam
  6. salam, ada info mengenai kelas memanah untuk kanak2 disekitar selangor?Kelab Memanah Kajang ada x menawarkan kelas untuk kanak-kanak?

    BalasPadam
  7. W'salam cik ugly duckling. Seingat saya, ada 1 di area Sri Kembangan, di Melawati. Dan di kelab memanah kajang ada latihan untuk kanak2 memanah. Paling muda adalah berusia 4 tahun. Dan dalam bulan Januari sehingga bulan March (jika saya tidak silap), pihak kelab ada mengundang pemanah dari negara luar setiap hari Sabtu.

    BalasPadam
  8. Assalam sis..tq post ni amat membantu..sya mmg tgh crik tmpt utk blajar memanah..yg sis kate dkt melawati tu kat mna ye..TQ

    BalasPadam
  9. W'salam Rashidah, kat melawati tu, kalau tak silap kat area aeon jusco AU2 tu. Sebelah tu ada padang. Kadang2 nampak ada budak2 berlatih memanah kat situ :)

    BalasPadam
  10. as salam saya menawarkan class/bengkel/ memanah(sukan yang popular dizaman RAsulullah SAW..) pada harga yang berpatutan..class memanah di Padang sebelah JUCSO setiawangsa...utk lebih lanjut boleh hubungi saya 012-2270237 FARIDAH

    BalasPadam
  11. Yuran utk dewasa lain. Kanak-kanak lain. Encik boleh terus call mereka untuk bertanya :)

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum,
    puan tahu tak dimana boleh belajar memanah di area Johor? saya di johor, nk ke area kl jauh..

    BalasPadam
  13. Nabihah: W'salam. Rasanya ada 1-2 grup yang ada membuat kelas memanah di Johor. Cuma saya tak pasti sama ada ia memanah menggunakan cara tradisional (Traditional archery) atau moden (modern archery yang menggunakan compound or recurved bow). Ini saya berikan linknya. Mungkin cik blh rujuk http://arramy.com/

    BalasPadam
  14. Alamat kelab memanah tu kat mane yer... xtaw sgt tempat...

    BalasPadam
  15. Anis: Selalunya berlatih di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang pada hari Sabtu dan Ahad

    BalasPadam
  16. (Bismillahi Ya Malik'Ya Aziiz) Assalamualaikum.

    Saya ingin berkongsi sedikit tentang gelanggang memanah. Saya ada membuka kelab memanah di Kompleks Sukan Bukit Kiara, dimana fokus memanah kami adalah dengan menggunakan busur tradisional. Kelab kami memang terbuka untuk public. Sewaan lane adalah dengan harga RM25 1/2 hour. Jika saudara mempunyai busur dan panah sendiri saudara boleh gunakan di gelanggang kami. Jika ada saudara lain yg baru ingin mencuba kami juga menyediakan sewaan peralatan memanah dengan harga RM10. Waku operasi kami adalah dari jam 9am - 7pm. Jika saudara semua benar-benar berminat dengan sukan memanah saudara semua boleh mendaftar sebagai ahli dengan bayaran yuran sebanyak RM250 setahun, dan apabila saudara semua mendaftar sebagai ahli di kelab saya secara terus anda akan menjadi ahli Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA), InsyaAllah banyak aktiviti kami yang kami akan kongsikan dengan saudara semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro..kalo masuk jadik ahli camne dgn masa latihan n ape semua yg berkaitan laa..bley bg contact number tak..?? TQ

      Padam
  17. memanah tradisional ada di bandar seri alam

    BalasPadam
  18. terima kasih atas info sukan memanah ni... jadi bahan rujukan :)

    BalasPadam
  19. numpang nanya ada ga ya tempat belajar memanah disekitar tangerang atau jakarta?

    BalasPadam
  20. Nadnad: maaf. saya tidak pasti pula di Indonesia. Tapi selalunya, jika ada tempat belajar menunggang kuda, mungkin blh bertanya mereka sama ada mereka ada tawarkan juga tak pakej utk belajar memanah. Sesetengah tempat di Malaysia, ada 2 pakej tersebut serentak

    BalasPadam
  21. Kt mne pakej utk tggang kuda dan manah

    BalasPadam
  22. Adie: yang saya tahu ada kat area Istana Negara lama di KL. Cuba cik try ke sana dan tanya

    BalasPadam
  23. Kelab memanah d melaka untuk org awam, kt mane ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hubungi freedah enterprise di GB 133 keramat mall kl

      Padam
  24. Anonymous: Saya tak pasti pula di melaka ada di mana. Minta maaf ya

    BalasPadam
  25. Salam. Kalau saya hanya ingin memanah utk sehari sahaja sekadar berhibur utk isi masa lapang di archery kajang ni.. mcm mana pembayaran dia? Per hour ye?

    BalasPadam
  26. Amirah: boleh hubungi nombor yang ada di FB Archery Kajang. Tentang hal ini, saya tak tahu. :)

    BalasPadam
  27. saya nak beli busur murah..dewasa nak main panah kat kebun saja.berapa harga busur dan panah.yg berpatutan

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama: Saya tak pasti pula. Mungkin encik boleh cari di facebook under nama sunnnah memanah. Mungkin mereka ada info :)

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum,

    Sekadar berkongsi. Saya ada kedai menjual peralatan memanah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Jika ada saudara saudari berminat, kami sedia membantu anda memilih bow yang bersesuaian dengan anda, mengikut kemampuan dan tujuan bow. Boleh whatsapp kami di 014-512 9191 untuk maklumat lanjut. Terima kasih admin, tumpang promosi :)))

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum, jika ada yang berminat ingin belajar memanah modern recurve, Malaya Archery menyediakan khidmat coaching & training, indoor & outdoor. Tujuan latihan lebih kepada hobi, bina fokus dan seterusnya untuk pertandingan jika minat. Lokasi kedai di Bandar Seri Putra Bangi, kedai betul betul lepas tol Putra Mahkota Plus Highway. Thanks - Lisa 0145129191.

    BalasPadam
  31. Aslm puan , saya nak tanya kalau saya nak cari tempat untuk nerltih memanah dan sewa bow recurve dkat mana yer? Dulu saya main archery, Nak cari tempat untk berlatih semula. Area bangi,kajang or putrajaya. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hafiz, area bukit mahkota ada. tapi indoor. Boleh try di sana

      Padam
  32. Saya pun antara pelatih archery dulu... memang rasa puas masa tarik busur tu... sekarang saya juga sedang mencari-cari kelas memanah untuk anak-anak saya... semoga ada pelapis walaupun kini saya pun dah agak lama tak memanah... kena pergi kelas balik ni... hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. De Alif: kami pun dah lama tak ke kelas memanah. Sibuk dgn hal dunia barangkali ngeee...

      Padam
  33. Assalamualaikum..
    Di tempat saya si Alor Gajah Melaka ada saya sediakan lapang sasar memanah persendirian. Jarak target bole mencecah 50 meter. Amat privacy kerana tanah sendiri ditepi hutan. Kut kut klu ada kijang melintas dah rezeki tuh.. Percuma saja dan bagi yang baru, saya bole pinjamkn bow n arrow saya secara percuma... Demi utk memeriahkn sunnah Rosululloh... 0133093999

    BalasPadam
  34. Ada indoor range di kawasan Wangsa Melawati, coaching dan free play. https://www.facebook.com/lepaknlearn/posts/130545798857979

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...