Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 25 Jun 2020

Resipi Spaghetti Aglio Olio Makanan Laut


Alhamdulillah dapat rezeki kupang besar pelbagai saiz dari tokeh seafood Faizal Baharom.
Makanya, kita masakkanlah menu spaghetti ni untuk berbuka puasa haritu. Ini resipinya jika ingin cuba.

Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air
400gm udang siap dicuci
1kg kupang siap direbus
1/4 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar chilli flakes / paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili benggala, udang & kupang. Gaul.
3. Masukkan pula oregano, lada hitam, chilli flakes/paprika & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.

Jumaat, 12 Jun 2020

Resipi Ayam Gulai Darat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni tak perlukan minyak. Siapa yang suka pedas, boleh tambah cili kering & cili merahnya. Sangat sesuai makan dengan nasi putih mahupun pulut.
Resipi ni dari buku masakan Chef @hanieliza

Bahan A:
1kg ayam dipotong 18
3 cawan santan (1 biji kelapa)
3 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 batang kecil kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar kerisik
3 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa

Bahan B (kisar):
15 tangkai cili kering
5-6 batang cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit / 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air

Penyediaan:
1. Campurkan ayam dengan bahan B dalam kuali. Masak sehingga ayam separuh masak.
2. Kemudian, masukkan rempah kari, serbuk ketumbar, kulit kayu manis & bunga lawang. Kacau sekali sekala.
3. Apabila ayam lembut, masukkan santan, kerisik, gula, garam & asam gelugur. Kacau & masak hingga pecah minyak. Tutup api & siap untuk dihidang.

Isnin, 8 Jun 2020

Resipi Udang Masak Berempah yang mewangikan rumah dengan halba campur


Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Resipi udang masak berempah ni saya dapat dari buku Resipi Daun Kari dari PTS. Dan yang bestnya, wangi rumah dengan bau halba campur bila ditumis.

Pertama kali menumis halba campur & bau rumah wangi dengan rempah hingga ke petang. Dan menu ni mudah & sedap. Jika tak suka udang, boleh cuba dengan ketam, lala, kupang mahupun ikan.
Dan jika berminat nak dapatkan makanan laut segar pada harga berpatutan, boleh try contact Encik Faizal di 012-2233597. Penghantaran di buat di area Ampang, KL (certain area), Klang & Port Klang.

Thanks to Chef @hanieliza untuk resipi.

Bahan A:
500 gram udang besar (boleh ganti dengan seafood lain)
3 sudu besar rempah kari ikan
1/2 cawan air asam
1 labu bawang besar potong 4
2 biji tomato potong 4
1/2 tangkai cili merah belah 2
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B (tumis):
4 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari

Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali & tumis bahan B hingga wangi.
2. Bancuh rempah kari dengan air asam. Kacau & masukkan dalam kuali. Kacau hingga mesra & pecah minyak & pekat.
3. Masukkan udang, tomato, bawang besar, cili merah & garam. Kacau hingga mesra & pecah minyak (jika masak makanan bercengkerang, tutup dengan penutup periuk/kuali sebentar agar isi dalam cengkerang betul-betul masak. Dalam 3-4 minit). Bila nampak dah masak & pekat, tutup api. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 6 Jun 2020

Ayam Goreng Pedas & Berempah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni dari buku Chef @hanieliza .
PTS ada promosi pek buku-buku masakan, buku agama, buku motivasi di showroom depa. 6 hari sebelum raya, sambil ambil last stok buku singgah sat tengok promosi yang ada. Dapatlah set buku masakan 10 naskhah pelbagai tajuk hanya RM20 aje. Dan buku resipi daun kari ni best. Macam-macam menu boleh cuba + you can't deny harumnya bau daun kari bila ditumis.

Dan resipi ni saya cuba dulu. Alhamdulillah sedap. Jika nak extra pedas, boleh letak cili padi banyak skit atau jenis cili yg kecil tu & letak lada hitam.

Bahan:
1kg ayam
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
5-7 tangkai cili padi
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung goreng berempah (jika xde guna 1 sudu tepung gandum + 1 sudu kecil tepung beras)
1 biji telur
5 tangkai daun kari dihiris kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Bersihkan ayam & toskan. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, cili padi & sedikit air.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan bahan kisar, cili kisar, rempah kari, serbuk kunyit, tepung, daun kari & garam. Gaul mesra.
3. Masukkan ayam dalam bahan campuran & perap ayam selama 30 minit ke 1 jam (nak lagi kaw, perap le lama lagi).
4. Panaskan minyak dalam kuali atau deep fryer & goreng ayam sehingga masak & sedikit garing. Angkat & toskan. Siap.


Jumaat, 5 Jun 2020

Puding Roti Fruits Cocktail yang mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya suka puding roti. Bila jumpa resipi yang sedap, mesti nak cuba. Dan resipi kali ni juga saya cuba dari IG Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah .
Nampak pudingnya tak perlu tuang kuah kastard & boleh guna fruits cocktail.
Gigih saya dok pi cari roti keras time PKP aritu tapi tak jumpa. Udahnya rezeki baru dapat 2 hari lepas di kedai bakeri Aeon. Orang dah ramai, baru depa buat banyak agaknya.
Jimat sangat buat puding roti ni. Portionnya banyak & boleh sedekah pada orang juga.

Bahan:
1 batang roti french bread / roti keras potong serong saiz sederhana
2 tin susu krimer sejat
2 cawan air
2 1/4 cawan gula kastor (Saya letak 2 cawan aje)
100gram santan kotak (untuk rasa lemak, optional)
3 sudu kecil vanila esen
113gram mentega cair
1 tin besar cocktails buah
5-6 biji kurma dibuang biji (sebab takde stok kismis)
6 biji telur

Khamis, 4 Jun 2020

Air Nanas yang segar bila diminum


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Bukan setakat sedap, sejuk tapi isinya banyak boleh kita makan. Segar. Mak ayah pun senang hati aje minum segelas penuh.
Jika nak rasa extra fresh, boleh letakkan 2-3 sudu air aiskrim soda.

Bahan:
1 biji nanas sederhana dikupas dibuang matanya & dipotong 4. Buang empulur tengahnya. Potong kiub
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
2 cawan air
Air batu secukupnya
2-3 cawan air untuk masak/suam
Setitik dua pewarna kuning

Penyediaan:
1. Masukkan nanas dalam periuk, satukan gula, 1 cawan air, daun pandan & pewarna kuning. Masak guna api sederhana selama 15 - 20 minit. Tutup api. Biarkan sejuk.
2. Bila nak minum/hidang masukkan air nanas tadi dalam jug & masukkan air suam. Kacau & masukkan ais. Jika nak macam air gas yang segar skit, boleh letak 1/3 cawan air aiskrim soda.

Rabu, 3 Jun 2020

Ubi Rebus & Sambal Bilis, menu mudah yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Kudapan masa berbuka mahupun lepas tarawikh.
Jika tak puasa, boleh aje buat menu untuk minum petang. Simple but delicious.

Menu yang sangat mudah + sambal bilis tu buat extra. Boleh makan dengan nasi.
Jimat kan.

Selasa, 2 Jun 2020

Ikan Goreng Tepung Pedas


Assalmmualaikum & Salam Sejahtera.

Nak pi pantai timur tak dapat le time-time gini. Kita bawak le menu tepi pantai ke dalam rumah.
Bahan untuk tepung sangat mudah.

Bahan:
2-3 ekor ikan kembung / ikan pelaling dicuci bersih
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil paprika
1/2 kecil garlic powder
1/2 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil thyme
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan semua bahan kering. Gaul mesra. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur & kocak.
3. Setelah minyak panas, sadurkan ikan dengan tepung & kemudian salut dengan telur & sadur kembali dengan tepung. Goreng hingga kedua-dua belah warna kuning keemasan. Angkat & toskan.

Isnin, 1 Jun 2020

Telur Kicap Bawang yang sempoi


Assalmmualaikuam & Salam Sejahtera.

Bulan puasa hari tu, encik hubby masuk dapur. Alhamdulillah, menunya simple tapi sedap.
Makan time berbuka memang enak.

Bahan:
5 biji telur
1 biji bawang besar dihiris bulat & dilerai
1 sudu minyak masak
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
5 sudu besar kicap manis JALEN
2-3 sudu besar air

Penyediaan:
1. Telur digoreng mata kerbau sebiji demi sebiji. Angkat & susun dalam mangkuk lebar. Ketepikan.
2. Panaskan 1 sudu besar minyak masak. Goreng bawang besar, cili merah & cili hijau hingga layu. Angkat dan toskan. Dalam kuali yang sama, masukkan kicap dan sedikit air. Kacau rata dan masak 1 minit. Tutup api.
3. Tuang kicap atas telur tadi & taburkan bawang besar & cili tadi. Ratakan. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...