Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 20 Disember 2023

Resipi sambal daging masak merah yang enak dimakan hari biasa mahupun raya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menu ni saya buat masa bulan Ramadhan lepas. Ya, Ramadhan lepas. Sekarang baru sempat upload resipi. Hehehe...

Ini saya gabungkan sekali resipi mama dan mak mertua saya. Alhamdulillah sedap. Cuma bab daging tu, memang kena rebus lama untuk empuk. 

Bahan:
1/2 kg daging dipotong kecil
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 genggam cili kering siap rebus
1/2 tin kacang hijau
1 cawan minyak masak
2 liter air (tambah jika perlu untuk empukkan daging)
1/3 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Penyediaan:
1. Masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih, jintan manis dan 500ml air dalam pengisar. Kisar hingga halus. Panaskan minyak masak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar.Masak hingga mendidih.
2. Masukkan pula daging yang telah dipotong dengan 1 liter air. Rebus daging sekurangnya 2 jam. Jika daging tak berapa empuk lagi, tambah air dan masa. 
3. Bila daging sudah empuk, masukkan air asam jawa. Kacau hingga mendidih dan kuah kelihatan sedikit pekat. Masukkan pula garam dan gula.
4. Bila dah puas hati dengan kepekatan yang dimahu, masukkan kacang hijau. Gaul sebentar dan angkat untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...