Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 26 Januari 2018

Ayam Masak Merah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu yang semua orang suka. InsyaAllah.

Dah lama tak makan menu ni. Selalunya mak mertua masak menu ni dulu tapi sesejak tak berapa sihat ni, dia pun dah lupa agaknya nak masak. Lagipun cucu2 request ikan keli sambal, ayam masak kicap, laksa.

Ini resipinya, boleh cuba. Enak dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi lemak atau nasi hujan panas.

Resipi:
1/2 ekor ayam dipotong 8-9 bahagian
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili giling
1 keping asam keping
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Gula & garam secukup rasa
1 biji bawang besar dihiris bulat
3 sudu besar minyak masak

Bahan kisar/blend:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia

Penyediaan:
1. Goreng ayam yang disalut kunyit & garam. Jangan garing sangat. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak (blh aje guna sedikit minyak goreng ayam td). Setelah panas masukkan serai, bunga lawang & kayu manis. Masak hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar. Kacau sekali sekala dan biarkan ia garing seketika.
2. Masukkan cili giling. Kacau & masak hingga pecah minyak. Masukkan air. Kacau & biarkan ia mendidih dalam 4-5 minit (bagi cili masak sekejap).
3. Kemudian, masukkan asam keping, sos cili & sos tomato. Kacau hingga mesra. Selepas itu masukkan garam & gula. Setelah larut & mendidih, masukkan ayam goreng tadi & hirisan bulat bawang besar. Gaul hingga semua ayam diselaputi sambal. Masak dalam 1-2 minit & kemudian boleh angkat. Siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...