Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 19 Disember 2023

Pengat pisang yang enak dimakan petang atau malam


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesekali makan pengat pisang, memang happening. Rasa enak aje lalu kat tekak. Itupun kalau ada rezeki dapat pisang yang boleh dibuat pengat. Kekadang tu, kat pasar or kedai ada pisang untuk makan or buat cekodok je. Takpelah rezeki Allah nak beri try menu lain waktu tertentu.

Ini resipinya jika anda nak cuba masak untuk family. Ayah mertua saya suka pengat pisang ni. 

Bahan:
2 biji pisang tanduk
2 helai daun panda, disimpul
500 ml air
500 ml santan
Secubit garam
1 ketul gula melaka, dipotong dua
1/3 cawan gula pasir

Penyediaan: 
1. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air ,gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
3. Kemudian, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa jika perlu tambah lagi gula atau tidak (kot ada yang nak manis skit lagi). Masak hingga pisang agak lembut. Jika ok, tutup api dan siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...