Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 16 Disember 2023

Biskut Chocolate Chips yang sedap, rangup dan tahan lama


 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini biskut raya buat bulan April dulu. Tak sempat nak share sebab busy buat kerja lain dulu. Biskut ni resipi mama saya. Kami ambil dari buku resipi dia masa muda. Kiranya ini resipi turun-temurun dari keluarga kami. Anda boleh cuba. InsyaAllah sedap, rangup dan bertambah makannya.

Bahan:
1 cawan mentega (100gm)
1 cawan gula ising (100gm)
2 biji telur saiz B
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 cawan crunchy peanut butter
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan tepung gandum diayak
2 sudu kecil serbuk koko
2 cawan cip coklat
1 pek coklat nips/m&m
2 sudu kecil emplex (untuk menggaringkan biskut)


Penyediaan:
1. Pukul mentega dengan peanut butter hingga sebati. Masukkan gula ising & gula perang & pukul lagi. 
2. Masukkan telur & gaul rata. Guna spatula je. Masukkan tepung gandum, soda bicarbonate, serbuk koko & emplex. Gaul hingga mesra. 
3. Masukkan cip coklat & kacau perlahan-lahan.
4. Panaskan oven pada suhu 180° api atas bawah. 
5. Sapukan sedikit dasar loyang dengan mentega. Kemudian, sudukan adunan dengan sudu kecil & letakkan dia atas loyang. Bakar selama 20 minit. Jika untuk kanak-kanak, boleh letak nips/m&m di atas adunan kecil sebelum dimasukkan dalam oven.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...