Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 4 Februari 2021

Siakap Sambal Hijau, Confirm Tak Cukup Seekor


 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Maaf sangat tak berapa nak update menu lately. Sedikit sibuk dengan bisnes buku saya. Namun, jika ada yang nak follow saya di IG, insyaAllah saya ada beberapa hari yang online di situ. Hehehe... Boleh follow atas nama alfisyahrinamolis :)

Menu ni terbuat gara-gara ternampak rancangan Teroka Lokal pengacaranya @marshamilan makan ikan goreng sambal hijau, gigih esoknya saya order dengan Ali Ikan. Minta dihantarkan barang-barang masakan.

Dan tara... Jadi pun menu sedap ni. Nak travel tak boleh. Border negeri2 tutup, kita masak aje sesedap yang mampu. Serius, sekor memang tak cukup.

Here are the recipe. Kot anda teringin juga.

Bahan:
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit, garam & lada sulah untuk saduran ikan goreng
4 tangkai cili hijau besar
12 - 15 tangkai cili padi hijau
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Ikan - Basuh bersih ikan & kemudian lap dengan tisu dapur. Kelar sedikit ikan. Salut ikan dengan serbuk kunyit, garam & lada sulah. Perap dalam 10 minit & kemudian goreng dengan minyak banyak. Setelah masak, angkat & toskan.
2. Sambal hijau - masukkan cili hijau, cili padi hijau, belacan, bawang besar, bawang putih & air. Kisar cili tapi jangan terlalu halus. Panaskan minyak dalam 2 sudu besar ke dalam kuali. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau & tuang sambal atas ikan yang diletakkan atas pinggan besar. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...