Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 9 Disember 2023

Gulai udang masak lemak dengan kacang panjang yang mudah


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tengok fridge, sayur apa yang ada stok. Sekali check, ada kacang panjang baki masak mi kari haritu. Tengok udang pun ada. Jadinya kita buat menu simple aje. Ada protein, ada sayur. 
Ini resipinya.

Bahan-bahan:
400g udang yang dibuang hujungnya
8 tangkai kacang panjang dipotong
1 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
200ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi hijau

Penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, asam gelugor dan santan cair (2 sudu besar santan pekat + 2 cawan air). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan udang dan kacang panjang, kacau rata. Tuang pati santan. Kacau hingga mendidih dan udang nampak sudah berubah warna. Masak sehingga mendidih sedikit. 
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, jika perlu. Biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau untuk elakkan santan pecah. Masak seketika dan siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...