Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 13 Disember 2023

Babka, roti sedap yang enak dimakan begitu sahaja


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Roti babka ni saya start beli tahun lepas kalau tak silap. Di Ampang Point. Bila makan satu, tetiba rasa macam cinnamon rolls. Tapi bila tengok pintal-pintal dia, dah sah kena belajar buat. Alhamdulillah menjadi dan encik suami yang tolong pintalkan (sebab bini dia dok amik video).

Saya try buat 2 jenis babka. Coklat dan kayu manis. Ramai orang tua suka kayu manis lagi.


Bahan-bahan:
550g tepung gandum
2 ½ sudu kecil yis
2 biji telur
160g susu biasa, suhu bilik
55g gula kastor
1 sudu kecil vanila ekstrak
2 sudu kecil garam
140g mentega unsalted + untuk salutan loyang
Untuk inti, boleh pilih nak guna gula + kayu manis atau coklat.


Penyediaan:
1. Campurkan tepung dan yis dalam satu mangkuk. Kacau.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, gula, vanila ekstrak & garam. Kacau hingga mesra & masukkan dalam mangkuk tepung tadi. Gaul hingga membentuk doh. Uli dalam 6-8 minit.


3. Keluarkan doh dan uli atas meja bersih. Uli seketika & bentukkan ia menjadi segiempat tepat. Kemudian balut dengan plastik wrap & masukkan doh dalam peti sejuk sekurangnya 1 jam. Sambil menunggu tu, boleh buat inti babka yang diinginkan.
4. Setelah doh dikeluarkan, ia dalam keadaan mengeras skit. Takpe. Potong dua & doh pertama, leperkan guna penggelek ikut saiz loyang roti yang nak digunakan. Nipis doh lebih kurang 1/8 inci. 

Potong 3 bahagian untuk 3 babka saya buat.


5. Sadur inti atas doh leper & tinggalkan seinci tepi agar bila digulung, inti tak meleleh keluar. Gulung doh menjadi bulat & masukkan dalam peti bahagian sejuk beku selama 15 minit. 
6. Guna pisau & potong setengah bulatan doh tu. Kemudian pintal seperti tocang. Masukkan dalam loyang yang disadur mentega & biarkan ia kembang dalam sejam.

Pintal macam tocang. 

Tutup doh ni dengan kain lembab dan biarkan selama sejam agar ia naik dengan jayanya.

7. Panaskan oven 175°c, api atas bawah & bakar babka selama 40 minit. Setelah masak, keluarkan babka & sadurka dengan air gula atas. Setelah suam, siap untuk dimakan.



Babka bila sudah dipotong akan ternampak garis-garis coklat dalam rotinya. So, takyah dah kita nak taruk jem sebab dah sedap makan gitu aje.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...