Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 26 Disember 2023

Inti kelapa manis yang diperlukan untuk beberapa kuih tradisional


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Inti kelapa ni sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti kuih ketayap, kuih bom bijan, kuih pau, kuih pulut inti kelapa, tepung bungkus, tepung gomak dan coq peria. Yang membezakannya sama ada ingin manis ataupun berair sedikit. Langkah memasaknya tetap sama.

Bahan:
1 biji kelapa parut putih
3 biji gula melaka
2 sudu besar gula merah/gula perang
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 cawan air


Penyediaan:
1. Panaskan air dalam kuali. Setelah mendidih, masukkan gula melaka (nak cepat, pecah-pecahkan gula melaka tu). Masukkan pula gula perang dan garam. Kacau sebentar.
2. Masukkan daun pandan. Masak hingga gula mencair dan kuah sedikit pekat. Masuk kelapa parut dan gaul hingga mesra dan sedikit mengering. Tutup api dan angkat inti kelapa ke dalam mangkuk. Siap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...