Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Keli masak tempoyak idaman orang yang suka lauk kampung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Alhamdulillah kali ni dapat cuba menu keli masak tempoyak. Balik Bota bulan lepas, dapatlah beli 1kg tempoyak. Puaslah nak memasak lepas ni guna tempoyak tu. Ini saya kongsikan resipinya. InsyaAllah mudah. Nak best, siapkan sekali dengan sambal belacan, popodam/keropok dan juga ulam-ulaman.

Bahan:
4 ekor ikan keli
15 tangkai cili padi (yg suka pedas, boleh tambah lagi)
2 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
3-4 sudu tempoyak
2 cawan air
1 tangkai daun kunyit
2 tangkai daun kesum
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi & kunyit dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan air, tempoyak & kacau dengan bahan kisar supaya sebati. Masak atas api sederhana & biarkan ia masak betul hingga 10 minit. Kacau sekali sekala. Kena masak lama sikit tempoyak agar perut tak sakit bila makan dan kuahnya tahan lama.
3. Selepas itu, masukkan pula daun kunyit dan daun kesum. Kacau sebentar. Selepas itu, masukkan ikan keli. Kacau perlahan-lahan kuah hingga ikan masak. Perasakan dengan gula & garam. Siap untuk dihidang keli masak tempoyak yang surr...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...