Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 14 Disember 2023

Terung salut tepung yang confirm sedap terangkat


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Resipi mudah bila ada ekstra terung dibeli dari Cameron Highlands. Guna aje tepung bestari, siaplah menunya.

Bahan-bahan:
1 biji terung saiz besar
2 biji telur
2 cawan tepung bestari
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Hiris terung & letakkan dalam mangkuk berair (supaya terung tak lebam).
2. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan. Kemudian 1 mangkuk lagi berisi tepung bestari pedas.
3. Setelah minyak panas, sadurkan terung dengan tepung dahulu kemudian telur dan sadur kembali tepung. Perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Masak hingga kedua-dua bahagian kekuningan. Angkat & toskan. Goreng sehingga terung dihiris habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...