Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 30 Disember 2023

Gulai lemak udang dengan kacang panjang, the simplest the better


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Gulai masak lemak udang dengan kacang panjang, menu mudah yang cepat masak. Protein, sayur, tenaga, semua ada dalam satu menu. Jadi senang bila nak kejar masa.
Ini resipinya:

Bahan:
1/2kg udang dibuang muncungnya (jika ada udang yang kepalanya nampak lembik sangat, cabut terus)
7-8 tangkai kacang panjang dikerat kasar
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
200ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi

Penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, asam gelugor dan santan cair (2 sudu besar santan pekat + 2 cawan air). Kacau sebentar dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan udang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan pula kacang panjang. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau hingga mendidih guna api sederhana.
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, jika perlu. Biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau untuk elakkan santan pecah. Masak sebentar dan siap. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...