Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 19 Oktober 2020

Maggi goreng sambal sardin & kerang yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sarapan maggi goreng sambal sardin dengan kerang.

Kome-kome makan apa pagi ni?
Harini saya try resipi baru dari Youtube @sheilarusly_jspictures . Tunggu punya tunggu Ali ikan datang bawak dagangan, sekali harini dia tak jadi datang. Makanya, pantas le dok fikir apa nak masak sarapan pagi ni. Terus teringat stok maggi yang ada & YouTube Sheila Rusly yang dok tengok 2-3 hari lepas.

Jadinya, inilah sarapan sedap kami. Ada add on sikit kerang sebab sis in law suka.

Bahan:
4 paket maggi sambal bilis direbus sebentar & toskan
4 paket perencah maggi
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
3-5 tangkai cili padi dihiris
1/2 tin ikan sardin dengan kuahnya
1/4 cawan air
1 biji limau nipis
1/2 cawan isi kerang
5-6 biji fishball dihiris
2 biji telur
Secekak sawi dipotong kasar
1/4 kobis dihiris
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & putih. Masak hingga naik bau. Masukkan pula cili giling. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan perencah maggi & kacau. Masukkan air serta ikan sardin & kuahnya. Kacau & pecah-pecahkan ikan sardin tersebut.
2. Kemudian, masukkan, jus limau nipis, fish ball & kerang. Kacau & biarkan ia masak sebentar. Lepas tu, masukkan telur & dadarkan ia sekejap. Masukkan pula maggi, sawi & kobis. Kacau hingga semuanya mesra. Tutup api & siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...