Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sri Lanka prawn curry @ kari udang Sri Lanka. Resipi ni saya test sebab ada orang di TT yang makan kari ni cakap sedap sangat. Makanya, saya carilah resipinya. Alhamdulillah jumpa... Mudah sangat cara masaknya. Kiranya tak sampai 1/2 jam dah siap.
Bahan:
2 sudu besar minyak masak
500gm udang
1/2 biji bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai dihiris
5-7 tangkai cili padi dipotong
1 batang kayu manis
3 tangkai daun kari
1 biji tomato didadu
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil chili flakes
200ml santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia. Kacau sebentar dan masukkan pula, cili padi, serai, kayu manis dan daun kari. Kacau dan masak sebentar.
2. Masukkan pula serbuk kari, serbuk kunyit, chili flakes dan sedikit garam. Kacau hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan gaul sebentar. Selepas itu, masukkan santan dan air. Gaul dan masak hingga mendidih. Perasakan lagi dengan garam jika ingin tambah. Siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan