Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Selasa, 31 Ogos 2021
Pasta Aglio Olia yang semua orang suka
Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,
Sesekali kita tukar menu pasta tanpa kuah. Memang sedap geng. Untuk yang suka makanan laut, sesuai sangat geng 😋
Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air rebusan pasta
300gm udang siap dibuang najis
300gm lala siap direbus
10 biji vongole direbus
1/2 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air rebusan pasta. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili benggala & udang. Kacau. Bila dah nampak udang bertukar warna merah, masukkan lala & vongole. Kacau perlahan-lahan.
3. Masukkan pula mix herbs, lada hitam, chilli flakes & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan