Assalammualaikum & salam sejahtera. Sup ketam memang menu akan dicari bila demam dan batuk melarat lebih dari 3 hari. Bukan apa, tekak sakit, badan lemah dan tidur pun tak berapa kena. Jadinya, nak naikkan selera dan ubat tekak agar tak makan pedas sangat, makanya, sup adalah ubatnya.
Saya tak minta banyak bila masak sup ketam. Selalunya minta 2 ekor aje. Ialah, nak makan beria, tak juga sebab dah tak sihat. Setakat cukup syarat je. Ini resipinya anda boleh cuba. Jika anda tak sihat bila baca posting sup ketam ni, moga Allah berikan anda kesembuhan kembali. Nikmat mana lagi kita hendak dustakan kan...
Bahan:
Ketam - 2 ekor dipotong dua & cuci bersih
Bawang besar - 1/2 labu dihiris halus
Bawang putih -2 dicincang halus
Bunga lawang - 1 kuntum
Bunga cengkih - 2 biji
Minyak zaitun -2 sudu besar (boleh aje pakai minyak sayuran)
Lobak merah - 1 batang dikerat 4 bahagian & potong suku
Batang saderi - 2 batang potong serong
Rempah sup - 1 pek kecil
Air - 2 cawan
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang dan bunga cengkih. Kemudian tumis bawang dan bawang putih.
2. Setelah naik bau, masukkan air dan lobak merah. Masak sehingga air mendidih. Kemudian, masukkan pula batang saderi.
3. Lebih kurang 2 minit, masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan sedikit air. Masak lebih kurang 5 minit dan kemudian masukkan ketam.
4. Pastikan api sederhana besar bila ketam dah dimasukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga ketam kelihatan kulitnya sudah semuanya merah dan isi dalamnya nampak masak (kalau belah 2 tu, confirm boleh nampak isi dalam ketam masak cantik).
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebentar. Bila rasa dah ok, tutup api dan hidangkan sup ketam kita dalam mangkuk besar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan