Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 27 Disember 2017

Rumah Hutan Terapi Alam Rozita Ibrahim


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah rezeki kami bertiga dapat juga ke Rumah Hutan. Meskipun sesat dekat 15 minit, akhirnya jumpa juga. Memang GPS ni kekadang memang bengong. Last minute dah nak sampai, dia salah detect dan beri tempat lain. Memang menguji kesabaran lah time tu, Mana tak nya, kepala dah start pening + terasa nak buang air sebab cuaca sejuk. 

Saya tahu tentang Rumah Hutan ni masa dengar radio IKIM FM. Tapi tak amik port sangat. Dan tak lama lepas tu, ternampak IG Rozita Ibrahim kat area search. Saje ajelah saya tengok isinya. Hati rasa terpaut untuk follow. dan, maka seterusnya saya terus follow untuk ikuti kisah beliau di IG, tentang JRM & Rumah Hutan.

Untuk rakan/kenalan/ahli keluarga yang ingin mendapatkan urutan tradisional sama ada urutan biasa/wanita mahupun slip disc, strok, masalah saraf dan lain-lain, boleh cuba hubungi staf #rumahhutan di 019-2212617 atau 013-2872133 untuk set appointment. Takut nanti jika anda walk in, ramai orang, terpaksa datang lain kali.
Ada 2 pakej urutan ditawarkan buat lelaki mahupun perempuan. Pilih mana yang sesuai dengan penyakit/bajet.

Untuk ke @rumahutan_terapialam ni, boleh ikut jalan Ulu Yam (simpang berhampiran Batu Caves) jika dari Ampang atau boleh juga anda ikut highway nak ke Genting Highland (akan naik kawasan Genting sedikit sehingga jumpa roundabout & ambil jalan ke Batang Kali). Buat saya yang pernah beberapa kali berurut, saya tahu ada sedikit kelainan pada urutan yang diberikan. Sangat berbeza tapi Alhamdulillah berpuas hati. Encik suami yang juga berusaha untuk pulihkan kembali masalah slip disc nya juga pun kata macam ok. Mama tak banyak cerita sebab dia memang dah biasa bab-bab ni. Dia ok aje.

Oh ya, di sini juga anda boleh beli bahan kudapan (sambil menunggu pasangan selesai berurut), ikan susu (ikan terubuk yang lembut & boleh makan dengan tulangnya sekali), telur itik & produk jrm yang lain.

InsyaAllah will come again next time. Encik suami kata nak settlekan masalah slip disc nya.




16 ulasan:

  1. Salam.. nak tanya, rumah hutan ni boleh menginap ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hidayu: rasanya start awal bulan 4 ni dah boleh menginap. ada beberapa rumah yang puan rozita dah bina. Cik boleh pilih berdasarkan bajet :)

      Padam
    2. Berapa sewa chalet kat sini?

      Padam
    3. Ratna: Rasanya hujung tahun ni baru Puan Rozit mula terima tetamu. Chaletnya belum siap lagi sepenuhnya

      Padam
  2. Salam..nak tye skit..camne dgn urutan..puas hati tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azlin: InsyaAllah puashati. Stafnya pun mmg ikut masa yg diperuntukan.

      Padam
  3. Assalammualaikum..Sya nak Tya kaka ne..apa punca nya lelaki lemah tenaga batin ne dan berapa bajet tuk membuat rawatan tuk lelaki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mazlan: yg tu saya x tahu. boleh terus hubungi nombor yg saya kongsikan

      Padam
  4. Balasan
    1. Ada 2 pakej. Cik boleh whatsapp ke 016-7719343 / 019-2212617 utk appointment

      Padam
  5. as'salam.
    macam mana nk buat temujanji utk rawatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh follow instagram Bonda Rozita Ibrahim atau Rumah Terapi Alam.

      Padam
  6. Sya nk tahu brape pakej utk urut slipdisc dgn kadar segera..sbb sya mngalami sakit shingga kaki ngilu dn kebas sentiasa..sya dh wssp tpi x de respon.😭😭

    BalasPadam
  7. Salam cik, boleh follow IG bondarozitaibrahim atau rumah terapi alam untuk info. kadang2 mereka memang lambat reply

    BalasPadam
  8. Ikut laluan mana lebih mudah utk je sana ikut selayang batu caves atau ikut rawang n btg kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pada puan. Jika nak ikut highway karak, sanggup bayar tol & kereta mampu daki bukit. Jika kereta tak berapa kuat nak daki (kereta lama) & nak elak tol, boleh ikut Batu Caves. Jika cik duduk area dekat rawang, boleh aje ikut situ :)

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...