Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 27 Julai 2018

Potato Salad


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni kita makan menu diet.
Tetiba teringin.
Menu mudah yang boleh makan kudap-kudap depan TV juga.

Bahan:
5 biji kentang dibuang kulit & direbus
2 batang saderi dihiris serong
1 cawan mayonis
1 1/2 sudu besar Dijon mustard
1/2 jus lemon / limau kasturi
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang

Penyediaan:
1. Potong kiub kentang. Masukkan dalam mangkuk sekali dengan hirisan batang saderi.
2. Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan pula mayonis, Dijon mustard, jus lemon, lada hitam & garam. Gaul mesra.
3. Masukkan kentang & batang saderi ke dalam mangkuk kuah mayonis tadi & gaul perlahan-lahan hingga mesra. Kemudian, pindahkan salad kentang tadi ke dalam mangkuk bersih & taburkan hirisan daun bawang sebagai hiasan. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...