Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Home-Made Crispy Spicy Chicken Burger


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Asalnya saje beli daging ayam tanpa tulang (boneless chicken) untuk masak-masak. Sekali rudy cakap nak buat burger ala2 macam Texas Chicken. Makanya belilah 3 pek. Oleh kerana isinya tebal, kita potong dua & ketuk (smash) ala2 macam ayam penyet tu.

Dan hasilnya Alhamdulillah menjadi & sedap. Member yang datang ziarah pun seronok menghadapnya. Plus, bila buat sendiri, kita boleh letak inti sayur, sos, mayo atau apa sahaja suka-suka hati.

Bahan untuk buat patty burger ayam:
Bahan perapan:
4 isi ayam dibelah 2 (jika tebal)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk bawang putih

Penyediaan:
1. Isi ayam yang dibelah 2 dibersihkan & kemudian anda masukkan/lapik ayam tersebut dengan plastik. Ketuk ayam tersebut dengan pengetuk besi/lesung untuk meleperkannya sedikit. Ia bagi melembutkan daging ayam & menjadikan ia rangup bila menggoreng.
2. Masukkan semua bahan rempah dalam satu bekas & gaul mesra. Kemudian masukkan ayam & sadur ia dengan campuran rempah tadi. Perap ayam sekurangnya 2-3 jam (lagi lama lagi bagus).

Ayam yang diperap. At least 2 jam. Nak lagi best, sehari semalam. :)

Bahan saduran tepung:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Bila home-made, rupa daging ayam yang siap digoreng tu tak berapalah lawa. Macam-macam saiz. As long sedap di makan, Alhamdulillah...

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, serbuk bawang putih & garam. Gaul hingga mesra.
2. Dalam mangkuk sedikit kecil, masukkan telur, air & 1/2 cawan campuran tepung tadi. Kacau hingga sekata.
3. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, ambil sekeping ayam diperap & sadurkan dengan adunan tepung, kemudian adunan telur & akhirnya sadurkan kembali dengan adunan tepung. Goreng hingga warna keemasan & masak. Toskan daging yang dimasak atas kertas tisu atau jaring besi.

Bila dah siap... Tada... Dah macam burger fast food pun ada :)

4. Untuk penyediaan burger, potong dua roti burger, sapukan mentega di bahagia tengah & bakar seketika atas kuali leper tanpa minyak.
5. Selepas itu, untuk jadikan burger idaman, letak aje apa yang suka. Siap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...