Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 27 Julai 2018

Milkshake Durian


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ada berani... Bila suami & anak saudara buat experiment, inilah hasilnya. 

Buat penggemar durian, mungkin suka, tapi yang tak suka durian seperti adik bongsu saya, confirm dia tak heran langsung. Marah lagi ada sebab dia bukan setakat alergik durian, tapi bau durian pun dia terus rasa nak muntah. Dan perancangan Allah itu cantik. Yang kita tak suka selalunya dapat. Dan, Allah takdirkan dia kahwin dengan lelaki yang suka makan durian :)

Bahan:
3-5 ulas isi durian
2 cawan susu
2 skop aiskrim vanilla
Whipped cream
Sedikit isi durian untuk hiasan

Penyediaan:
1. Masukkan isi durian, susu & aiskrim dalam blender. Kisar semua bahan hingga mesra.
2. Tuang minuman dalam gelas. Letakkan whipped cream & isi durian atasnya. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...