Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi kari udang buah merunggai menggamit rasa dan memori


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsikan menu kari udang buah merunggai yang pertama kali saya kenal masa makan tengahari di rumah arwah maklong saya dalam 7-8 tahun lepas. Masa ni saya tak aspect dia ada masak untuk saya dan suami. Hajat saya hanya untuk singgah hantar buku agama yang dia order dengan saya. Udahnya, masuk aje rumah, dia jemput kami makan tengahari terus. 

Bila tengok menu dia hidang hari tu, saya terpandang gulai udang yang dia masak. Nampak tempting. Tapi saya tak pernah nampak sbeelum ni sayur dia letak dalam gulai tu. Saya ingatkan kacang buncis ke atau apa tapi bila dia terang nama sayur tu munggai, saya pun angguk aje (masa ni saya masih tak pandai masak sangat jadi angguklah). Maklong ajar saya dan suami makan sayur ni. Kami cubalah. Rasanya memang tak mengecewakan. Tapi dek kerana segan nak makan banyak rumah orang, saya amik sikit ajelah buat rasa. 

Dan rezeki saya lepas bertahun tu, saya jumpa balik sayur ni masa kat Pasar Besar Seremban masa pergi semalam. Tengah dok cari telur dan kentang, tetiba nampak sayur merunggai ni ada kedai jual masakan rempah dok tayang. Terus saya tanya wife penjual, "ni sayur apa?" Dia cakaplah merunggai. Dan nak pastikan itu ke sayur saya makan dulu, saya tanya dia menu apa yang sesuai masak, macam mana nak masak. Ringan mulut dia menjawab. Sah. Ni sayur yang arwah maklong ajar makan dulu. Terus saya beli seikat (teringat udang saya beli sebelumnya, boleh masak sekali). 

Sayur buah merunggai atau kelor ni panjang. Lebih panjang dari daun bawang korea tu. Yang ni, penjual dah kerat dua agar mudah masuk dalam plastik.

Sebelum saya share resipi, saya share dulu kelebihan sayur ni ya (kita gunakan khidmat AI skarang kan untuk google). At least kita tahu khasiatnya dan kelebihannya. 

Profil nutrisi utama sayur batang merunggai / kelor:

Buah kelor diiktiraf sebagai superfood kerana padat dengan kandungan zat yang tinggi. Tumbuhan merunggai atau kelor membekalkan nutrien berganda: 
  • Vitamin C: Menawarkan kandungan antioksidan yang lebih tinggi daripada buah oren.
  • Vitamin A: Membantu kesihatan mata pada kadar yang lebih tinggi daripada lobak merah.
  • Kalsium & Protein: Menyediakan sumber kalsium yang lebih banyak daripada susu serta protein mudah hadam setanding telur.
  • Zat Besi: Membantu mencegah anemia dengan kandungan zat besi yang melebihi sayur bayam.
Khasiat untuk Kesihatan
Pengambilan buah serta biji merunggai secara konsisten memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang telah dibuktikan melalui kajian:
  1. Mengawal Gula Darah: Membantu menurunkan paras glukosa, sekali gus mengurangkan risiko serta membantu pengurusan penyakit diabetes.
  2. Menjaga Kesihatan Jantung: Membantu menurunkan paras kolesterol buruk dan mencegah pembentukan plak pada saluran darah.
  3. Melegakan Keradangan & Sendi: Sebatian bioaktif di dalamnya bertindak sebagai pereda nyeri semula jadi untuk sakit sendi atau arthritis.
  4. Melindungi Organ Hati: Membantu meningkatkan fungsi hati dan melindungi organ tersebut daripada kerosakan sel akibat radikal bebas
Resipi Kari Udang Buah Merunggai / Kelor.
Bahan:
500gm udang
6 batang sayur merunggai 
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dicincang
3 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba (saya guna biji sawi sebab halba abis pulak dalam stok rupanya)
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 liter air
1 kotak santan
1 senduk minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Buah merunggai, buang kulit kerasnya. Siat atau guna pisau pengupas kulit kentang tu. Kerat kecil setengah inci.Basuh bersih dan rebus lebih kurang dalam 20 minit. Tutup api dan tapis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali guna api sederhana. Setelah masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan biji halba / biji sawi. Masak sebentar dan masukkan pula daun kari. Kacau seketika.
3. Masukkan pula rempah kari ikan dan serbuk cili yang dijadikan pes (tambahkan sedikit air & gaul) ke dalam kuali. Kacau sekejap dan masukkan 1 cawan air. Kacau sebentar dan biarkan ia masak hingga pecah minyak. 
4. Setelah pecah minyak, masukkan air dalam 1 liter ke dalam kuali. Kacau dan kemudian masukkan buah merunggai tadi. Rebus buah merunggai ni dalam kuali lebih kurang 20 minit atau sehingga buahnya empuk. 
5. Setelah empuk, masukkan santan dan kacau sebentar. Masukkan pula udang ke dalam kuah. Kacau dan perasakan dengan garam. Masak hingga udang betul-betul masak. Setelah masak kari udang buah merunggai ni, tutup api dan pindahkan ia ke dalam mangkuk besar. Lauk ini boleh dinikmati dengan nasi putih, telur masin dan sambal kentang tempe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...