Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Gulai Lemak Ayam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ni jika makan letak dengan kicap atau sambal belacan, pergh! memang tak pandang kiri kanan bila makan.

Menu mudah.
Kiranya dalam 45 minit dah siap untuk dapatkan ayam yang lembut. Kalau nak cepat siap lagi, potong ayam kecil sedikit

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong & dibersihkan
1 liter air
2 biji kentang dipotong 6
1 kotak kecil santan
2 keping asam keping
1 biji tomato dipotong 6
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit / 2 inci kunyit hidup
Sedikit air

Penyediaan:
1. Panaskan kuali pada api sederhana. Masukkan minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak seketika hingga bahan naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ia digoreng seketika (bagi mematikan darah & menghilangkan bau hanyirnya). Jika keadaan sedikit kering, masukkan 1/2 cawan air. Kacau seketika & biarkan.
3. Selepas itu, masukkan 1 liter air. Kacau seketika & masak hingga mendidih. Masukkan juga 2 sudu santan bagi mesrakan ayam dengan kuah. Kacau sekali sekala.
4. Masukkan pula kentang. Masak hingga kentang separuh empuk & ayam sedikit lembut. Selepas itu, masukkan santan 1 kotak (tambah air lagi 1/2 kotak). Masukkan juga asam keping. Kacau agar tidak bertahi minyak & kentang empuk. Masukkan 1-2 sudu kecil garam / secukup rasa. Setelah masak, masukkan tomato. Kacau seketika & siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...